Blog ini akan ditutup kerana sudah meluat dan naik menyampah dengan Pentadbiran dibawah Najib Razak

Blog ini akan ditutup kerana sudah meluat dan naik menyampah dengan Pentadbiran dibawah Najib Razak
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Sunday, 24 July 2011

AGENDA DISEBALIK CADANGAN PEMBINAAN UNIVERSITI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI PEMBANGKANG





Di Pulau Pinang ada ura-ura nak bina DUA universiti di bawah kerajaan negeri. Satu universiti nak dibina di Balik Pulau. Dengar ceritanya universiti untuk Kaum Cina. Satu lagi universiti nak di bina pula di KADUN Penanti. Universiti Islam...hebat tuh!   Universiti Islam Pulau Pinang...!

Itu janji-janji yang sedang "dalam perancangan" oleh Kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Ramai yang tertanya-tanya, buat apa nak buat universiti banyak-banyak di Malaysia ni? Tak payah tengok di Malaysia la, tengok di Pulau Pinang cukup, negeri kecik, pusat pengajian tinggi punya la banyak.

UITM Seberang Perai, USM Pulau Pinang, Politeknik Seberang Perai, USM Cawangan, Kolej Komuniti...

Sebabnya mudah, dengan adanya tempat pengajian tajaan kerajaan negeri. ideologi sesat menentang kerajaan akan mudah diserap dan ditanam di dalam minda budak-budak ni.  Jika di universiti tempatan, terlalu banyak konkongan akta yang sukar ditembusi.

Antara sebab lain juga, kerajaan negeri akan mudah merekrut pecacai-pecacai untuk bertindak dan menyertai perhimpunan-perhimpunan haram yang mungkin akan diadakan lagi di masa hadapan.

Jika yang mengikuti perhimpunan haram ini terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA, sudah pasti mereka akan dikenakan tindakan disiplin dan mungkin akan dibuang universiti. Andainya mereka ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti tajaan kerajaan negeri pembangkang, perkara ini mungkin akan dapat dielakkan...

Setiap program keraian yang memerlukan audience yang ramai akan dengan mudah diperolehi dengan mengeluarkan surat arahan kepada universiti-universiti mereka untuk menghantar pelajar-pelajar bagi menghadiri sesuatu majlis. Dengan adanya audience yang ramai, pastinya majlis tersebut akan bertambah gah!

Itu yang tersirat disebalik memberi peluang kepada anak-anak bangsa kononnya!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...