Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 6 July 2011

Kenapa Anwar tidak mahu bersumpah?






 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengelabah apabila diminta membuktikan kewujudan jam tangan jenama Omega, salah satu bukti sampingan yang dikaitkan dengan skandal suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelacur China.
Apabila wartawan bertanyakan adakah beliau kehilangan jam tangan Omega, Wan Azizah menjawab, tidak. dan mendakwa beliau masih menyimpan jam tangan tersebut.
Ketika wartawan mahu ditunjukkan bukti kewujudan jam tangan itu, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah mula beremosi. Suasana menjadi kelam kabut. Kedua-dua anak beranak itu berlumba-lumba mahu menjawabnya dan menyalahkan wartawan sebagai tiada hak bertanyakan soalan tersebut
“Kenapa harus saya tunjukkan (jam tangan itu) ? Awak (wartawan) bukan pendakwa”, balas Wan Azizah.
Nurul Izzah juga turut menjawab tanpa mempedulikan jawapan ibunya. Nurul Izzah juga turut bertanya “Adakah awak (wartawan) pendakwa ?
“Apa yang kamu (wartawan) nak?, tanya Wan Azizah lagi yang menunjukkan beliau tidak selesa dengan soalan tersebut.
Ketika mula-mula skandal klip video ini muncul, The Star, 21 Mac melaporkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang ketika itu hanya dikenali sebagai Datuk T berkata tokoh politik terkenal itu telah mengarahkannya untuk mencari jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tempat kejadian seks itu dirakamkan.
Shazryl Eskay dalam kenyataan medianya pada di Impiana Hotel, Kuala Lumpur mengesahkan tokoh politik terkenal itu adalah Anwar Ibrahim.
“Saya yakin seratus peratus sebab saya ada dalam rakaman itu. Saya dalam rakaman itu, (tetapi) ini bukan proses (rakaman) dua individu bertindih.
“Saya (ada) dalam rakaman itu. Ya, saya ada di situ”, kata Shazryl Eskay ketika ditanya wartawan kenapa beliau yakin tokoh politik dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim, tetapi enggan mengulas lanjut kerana perkara ini sudah menjadi kes polis.
Kenyataan Eskay terbukti benar apabila klip video 1 minit 41 saat mula tersebar di internet, kelihatan wajah Eskay sedang bercakap-cakap sesuatu dengan lelaki yang menyerupai Anwar, di samping pelacur China itu sedang duduk di atas katil bilik hotel tersebut.


Anwar menafikan tidak mengenali Eskay,hanya mengenalinya didalam perancangan projek Jambatan bengkok dipetik dari media pembangkang, tetapi eskay berada didalam bilik tersebut dan secara jelas nampak wajah Eskay pada gambar yang terakhir.

Eskay memberitahu ketika beliau mencari jam tangan Anwar dalam bilik hotel itu, beliau terjumpa satu rakaman CCTV yang masih aktif yang turut merakamkan kejadian aksi seks sebelumnya dan mengambil perakam itu keluar dari hotel tersebut.

Anwar ketika mengadakan sidang medianya pada petang selepas tayangan klip video di Carcosa tidak menafikan beliau memiliki jam tangan jenama Omega.
Ketika wartawan bertanya lanjut berkenaan jam tangan itu, Anwar menjawab, “Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan…”
Menurut Agendadaily [klik di sini], Anwar didakwa menanggalkan jam berkenaan semasa adegan seksnya.Mereka yang sudah menonton video itu dakwa nampak pelacur itu sedang ambil jam berkenaan masa Anwar masuk ke tandas selepas adegan seks.
Eskay menemui pelacur China itu dan mengambil balik jam tangan yang dicurinya itu. Jam Omega itu kini sudah diserahkan pada pihak polis.
Ada khabar yang mengatakan terdapat lambang kerajaan Arab Saudi pada jam berkenaan dan jam tersebut merupakan hadiah dari seseorang dari negara itu untuk Anwar.
Dalam sidang media Wan Azizah yang diadakan di rumahnya Bukit Segambut pagi ini yang turut disertai bapanya, Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah dan peguamnya, Karpal Singh ternyata beliau tersinggung dengan persoalan jam tangan Omega.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut serta dalam sidang media itu kemudian membebel mengalihkan perhatian mengenai soal jam tangan berkenaan dengan mencelah dan mempersoalkan mengapa wartawan bertanya soalan sedemikian.
“Soalan anda menunjukkan anda tidak menghargai keadilan. Hakikatnya saya berada di sini ialah untuk melihat sama ada media-media ini bertanyakan soalan demi kepentingan negara atau cuba memainkan isu ini,” katanya.
Persoalanya kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah mengelabah apabila ditanya soalan jam tangan Omega ?

Persoalannya, jika benar dakwaan itu bukan DSAI, kenapa dia tidak mahu mengangkat sumpah laknat? seperti apa yang telah dibuat oleh Eskay?

tetapi terus mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam menangani isu ini..

putar.. putar alammm...


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya