Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 20 September 2011

Karpal: DAP akan keluar Pakatan Jika PAS tetap Pertahankan Hudud!!






episod wayang politikal lapuk PAS diulang siaran. mungkin pada firasat sendiri nik aziz merasakan tarikh PRU13 akan berlangsung dalam masa terdekat, PAS mencampak kembali umpan tipikal mereka untuk memancing undi khusus kepada penganut islam yang belum sedar pendustaan tegar yang telah mereka lolongkan sekian lama - HUKUM HUDUD!

bagi PAS hudud bukan lagi perjuangan suci menegakkan panji2 islam, tapi umpan paling efektif untuk mensadiwarakan perjuangan politik mereka demi serakah kuasa. kerana mereka seharusnya sedar idea itu tidak pernah disokong oleh rakan2 mereka dalam PRabak, sedangkan PAS hanya memegang kerusi minoriti untuk menentukan dasar & halatuju pakatan itu.

hudud akan cuma berkumandang setiap kali menjelang PRU. seperti menjelang PRU tahun 1990 PAS meletakkan hukum hudud dalam senarai teratas manifesto mereka, tapi menjadi hajat yang pura-pura tak kesampaian kerana kenaifan mereka sendiri.

diksi hudud dibisukan sejak tahun 1995 bila mat sabu ditangkap khalwat dengan isteri orang dalam bilik 121, hotel perdana KB... mat sabu sepatutnya menjadi individu pertama dikenakan hukum hudud di kelantan. menjelang PRU tahun 1999 hudud dikompang lagi... begitulan juga dalam PRU-PRU selepas itu. (saksikan video di bawah untuk lebih pencerahan tentang pembohongan PAS berkaitan hukum hudud)



pendirian rakan2 pimpinan mereka dalam PRabak memberi satu justifikasi jelas hukum hudud hanyalah laungan retorik PAS semata-mata. anwar ibrahim & PKR tidak pernah menyatakan sokongan kerana itu pasti menjejaskan langkah mereka menjejak putrajaya. DAPig pula sudah memberi amaran keras menolak apa saja dasar bersama yang berkaitan islam... sebab itulah tiada sepatahpun perkataan islam atau hudud yang termaktub dalam BUKU JINGGA yang mereka canangkan.

PAS akan terus memperbodohkan penganut2 mereka dengan menjadikan hudud sebagai umpan PRU. mana mungkin hukum hudud dapat mereka laksanakan bila frasa NEGARA ISLAM juga terpaksa mereka mengalah dan diubah kepada NEGARA BERKEBAJIKAN!

"over my dead body!" - karpal singh



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya