Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 22 September 2011

Sekadar Pendapat!

Sekadar pendapat sy. Klu anda semua tidak setuju tak mengapa. Kita semua ada hak untuk mengutarakan pendapat masing2. Berikut adalah isi penting dari kuliah seorang yang sy anggap sebagai 'Ulama Islam'.


Maksud pemerintahan Islam :
- orang ramai faham pemerintahan Islam ialah potong tangan pencuri, sebat orang berzina dan lain-lain sedangkan pemerintahan Islam sebenarnya lebih luas dari itu.
- Undang-undang Islam mesti dilaksanakan dengan memenuhi maksud Islam itu sendiri.
- Hukum ‘hudud’ mesti dilaksanakan dengan memenuhi tuntutan-tuntutan syara’.
- Ketika manusia miskin dan merempat, perkahwinan susah, manusia ramai jadi hamba, ketika manusia melihat dunia Islam mundur, kesusahan di sana sini, manusia kelaparan, tiba-tiba di sebuah Negara ‘Islam’ dipaparkan seorang budak berusia 13 tahun direjam dengan batu, dinamakan dengan pelaksanaan Islam, ianya harus difikirkan semula.
- Kita tidak anti dengan undang-undang Islam, tetapi mereka mungkin salah dalam pelaksanaan.
- Bila undang-undang mula dilaksanakan pada zaman Nabi SAW? Bagaimanakah penguatkuasaannya? Bagaimanakah latarbelakang dan suasananya untuk pelaksanaannya dianggap berkesan? Semua ini mesti kita kaji dengan mendalam.
- Nabi SAW berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan manusia dari dihukum.
- Sebuah parti politik di Malaysia agak keterlaluan dalam isu Negara Islam ini sehingga sentiasa tertumpu pada soal menghukum, namun akhir-akhir ini parti ini seakan keletihan dari membicarakan soal ‘hukum’ ini.
- Islam ada ‘hukum’, tetapi yang paling tepat ialah Islam memperjuangkan landasan yang membolehkan sesuatu hukum itu apabila dilaksanakan, ianya kelihatan ‘cantik’.
- Sebagai contoh, kita memukul anak kita yang gagal dalam peperiksaan, tetapi kita tidak beri ruang untuk dia belajar dengan baik. Kita tidak membekalkan buku yang mencukupi untuk dia. Kita suruh dia bekerja pada waktu dia belajar. Kita tidak beri dia peluang untuk hadir ke sekolah. Tidak ada anak yang akan kata kita sayang, tidak ada anak yang boleh kata kita adil.
- Sediakan ‘landasan’ sehingga orang melihat pelaksanaan hukum itu secantik-cantik hukum. 


Marilah sama-sama kita fikirkan. Buka fikiran dan hati. Sesungguhnya Islam itu indah dan adil untuk semua.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya