“Barangsiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan islam) maka dia dari kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad ibn Hanbal, bilangan 5093)
Mufti perak pernah menegaskan hal ini.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin, sebahagian mereka dalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Baragsiapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orag itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidakk memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” Surah Al-Maidah ayat 51.
Meraikan perayaan kaum lain sama dengan meredhai kekufuran yang sedang menyaluti diri mereka.Islam tidak membenarkannya.
Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah pula ada mengeluarkan fatwa, seperti berikut:Dalilnya adalah:
“Ikut merayakan hari-hari besar mereka adalah tidak dibolehkan kerana dua alasan”
1) Bahawa hal tersebut mengikuti ahli kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita, dan tidak ada dalam kebiasaan salaf(yakni zaman Rasulullah, para sahabat dan tabi’in).
2) Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa perkara itu sangat dibenci hukumnya, kerana menyerupai mereka dalam hal itu.
Apakah ini yang dimahukan oleh Pakatan Rakyat?? Nik Aziz diam terus membisu.
Ibn Taimiyyah menyatakan lagi: “Tidak halal bagi kau muslimin bertasyabuh(menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka, seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, memberikan cuti dari bekerja dan beribadah ataupun selainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut.Ringkasnya, tidak boleh sama sekali melakukan sesuatu yang menyamai ciri mereka dalam syiar mereka pada hari kebesaran mereka itu. (Dalam Iqtidha Siratul Mustaqim, ditahqiq oleh Dr Nahir Al-‘Aql 1/425-426)
Ada juga hadith yang menyatakan larangan ini secara jelasnya, di dalam riwayat Abu Daud dengan urutan sanadnya menepati ciri-ciri Haidth Sohih Bukhari dan Muslim.
Ada seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pendappat kerana dia telah bernazar menyembelih haiwan di Buwanah(satu nama tempat). Maka Rasulullah SAW bertanya: “Apakah di sana(Buwainah) ada berhala, dari berhala-berhala yang disembah jahiliyyah?”
Lelaki itu menjawab: “Tiada”
Baginda bertanya lagi: “Apakah di sana merupakan tempat dilaksanakannya hari raya dari hari raya mereka?”
Dia menjawab: “Tidak”
Maka Nabi bersabda: “Tepatilah Nazarmu kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nazar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam”
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu, nescaya mereka hanya akan mengembalikan kamu ke belakang(kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang merugi” Surah Ali-Imran ayat 149.