Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 18 October 2011

Kuasa Melayu Masih di Pegang UMNO




Pada pandangan saya, dalam kita membicarakan tentang permasalahan perpecahan orang Melayu sekarang ini, orang Islam khususnya orang Melayu rasanya perlu memberi lebih perhatian dan kepercayaan kepada parti UMNO sebagai payung untuk semua orang Melayu berteduh.


Saya berkata sedemikian kerana pimpinan UMNO yang diketuai oleh DS Najib serta ulamak-ulamak dengan rasa rendah diri mereka, tidak jemu-jemu menyeru supaya semua orang Melayu perlu kepada perpaduan kerana dengan adanya perpaduan di kalangan mereka, agak mudah bagi kerajaan melaksanakan apa juga program yang boleh meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang-orang Melayu itu sendiri.


Sebenarnya apa yang boleh dilihat sebelum ini, kegagalan kerajaan dalam memberi bantuan serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi di kalangan sebilangan orang Malayu terutamanya yang tinggal di Kelantan adalah kerana kelemahan orang Melayu di kalangan mereka sendiri yang suka berburok sangka kepada kerajaan.


Apa saja yang dilakukan oleh kerajaan kepada mereka, semuanya adalah salah pada pandangan dan kaca-mata mereka sahaja. Bagi kerajaan pula, kalau buat salah, tidak buatpun salah. Jadi, semuanya serba salah. 


 Berbalik kepada perkara di atas, kalaulah sebilangan dari kita orang Melayu masih lagi asyik mencari jalan menyalahkan kerajaan, maka amatlah sukar bagi kerajaan mengatur program untuk kemakmuran dan kesejahteraan semua orang Melayu. Perbuatan sabotaj, ketirisan, memperlekeh serta amalan tidak berterima kasih kepada satu-satu perlaksanaan program yang baik dari kerajaan akan merugikan orang-orang Melayu itu sendiri.


Sebab itulah salah satu punca kenapa DEB gagal membentuk orang Melayu supaya lebih fokus serta berdaya saing dengan kuam-kaum yang lain.
Berbanding kaum-kaum yang lain, fokus bagi orang Melayu memajukan bangsa mereka sendiri tersasar jauh kerana pemimpin-pemimpin mereka memberi lebih banyak perhatian hanya kepada soal-soal survival kuasa potilik peribadi berbanding penterjemahan dan pengisian matlamat dari dasar politik yang mereka cipta sendiri.

Bak kata orang, kalaulah inputnya negatif maka ouputnya pun negatif jugalah. Tidak hairanlah bilamana sebilangan besar generasi Melayu yang dilahirkan selepas Merdeka, kalau tidak mendapat bimbingan yang betul, akan melahirkan generasi Melayu yang tidak sedar akan makna jati diri. Apatah lagi merasa peka kepada perpecahan orang-orang Melayu khususnya dan semua orang Islam amnya.
Bertitik-tolak dari situ, maka terjadilah ketidak- seimbangan sosio-ekonomi dikalangan orang Melayu yang menerima manafaat dari kerajaan dengan golongan orang Melayu yang saya sebutkan di atas tadi yang nyata tersasar dari sasaran yang sepatutnya mereka terima dek kerana keangkuhan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Ketidak-seimbangan sosio-ekonomi tadi, telah menyebabkan timbulnya rasa iri hati di kalangan orang-orang Melayu sesama sendiri. Ditambah pula dengan pelbagai dakyah serta tuduhan-tuduhan yang direka cipta oleh sesetengah pemimpin yang tidak jujur, maka bertambah semaraklah perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Kita sebenarnya perlu bersyukur kepada Allah kerana masih lagi terdengar seruan keramat secara berterusan dari parti UMMO melalui DS Najib serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Seruan kerjasama politik di antara parti UMNO dan PAS ini perlu dilihat oleh semua orang Melayu bahawa UMNO memang ikhlas untuk perpaduan. Apatah lagi yang menganjurkan seruan perpaduan ini datangnya sendiri dari parti pemerintah yang berkuasa sekarang ini dan bukannya dari parti PAS sendiri.

Cuba bayangkan jika parti yang berkuasa itu adalah parti PAS. Sanggupkah PAS merendah diri mereka dan bertindak seperti UMNO? Saya tidak mahu membuat apa-apa andaian dalam hai ini, akan tetapi apa yang tersirat di sini, salam perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO kepada PAS adalah satu langkah terpuji dari pemimpin Melayu sejati yang cintakan perpaduan.

Perkara yang sebaik ini, kalau jadi ataupun tidak jadi akan tetap kenang serta direkod di dalam sejarah politik orang-orang Melayu itu sendiri.
Selain dari itu, apa yang boleh kita tafsirkan di sini bahawa, cara parti UMNO dalam menganjurkan perpaduan, pada dasarnya adalah lebih islamik dari parti PAS kerana cara parti UMNO yang sentiasa merendah diri sekarang ini ternyata selari dengan tuntutan agama dan sunnah yang menyeru kepada perpaduan sesama orang islam.
Dalam perkara ini, saya menyeru supaya pimpinan PAS perlu bermuhasabah diri serta menerima apa juga gagasan yang boleh memberi keuntungan kepada orang Melayu lebih dari kepentingan diri mereka sendiri.

Sebenarnya tidak banyak bezanya dasar parti PAS dan UMNO ini. Kalaulah dalam hati kecil pimpinan PAS merasakan kedudukan bagi survival kuasa politik peribadi sebagai alasan dan halangan kepada perpaduan mereka dengan parti UMNO, perkara sekecil ini bolehlah diperbincangkan bersesama dengan pimpinan UMNO.
Apa yang penting kita semua mahu melihat bahawa orang Melayu kembali bertaut sebagai umat yang kuat serta boleh disegani kawan dan lawan.

Maka akan terbuktilah nanti akan kata-kata Hang Tuah bahawa “Melayu Takkan Hilang Di Dunia” bukanlah hanya kata-kata retorik malah akan sentiasa menjadi ingatan serta ungkapan keramat orang-orang Melayu sehinggalah ke anak-anak cucu mereka nanti. 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya