Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 18 October 2011

Melayu hilang Kuasa akibat sikap PAS





 Di Malaysia, kuasa Melayu yang memartabatkan kedudukan Islam. Jatuh kuasa Melayu bermakna akan jatuh kuasa Islam.


Umat Melayu/Islam di Champa pernah bertapak megah di bumi Indo-China selama ratusan tahun, tetapi telah ditewaskan oleh Vietnam kira-kira 300 tahun yang lalu. Umat islam Champa menjadi pelarian, ada yang berhijrah ke Kelantan, sehingga ada nama Pengkalan Champa, atau Pengkalan Chepa. Yang masih tinggal di Kemboja, hidup sebagai warga kelas ketiga, di dalam kehinaan.

Kerajaan Islam Patani pernah berdiri megah beratus-ratus tahun, dan pernah menguasai Kelantan. Malah Kesultanan Kelantan berkait rapat dengan Kesultanan Patani. Kesultanan Patani pun tidak bertahan lama, dan akhirnya ditakluki oleh Kerajaan Siam. Di dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Siam dan Inggeris, Patani dan wilayah-wilayah majoriti umat Islam di selatan Siam diletak di bawah Kerajaan Siam, sementara Kelantan di bawah Inggeris. Lihatlah nasib umat Islam di Selatan Thailand, amat menyayat hati.

Kesultanan Melayu/Islam pernah berdiri megah di Filipina, di Mindanao, Sulu, malah di sebahagian Pulau Luzon. Tetapi kesultanan-kesultanan yang kecil dan terpencil senang ditewaskan oleh kuasa Kristian dari Sepanyol. Kaum-kaum ethnic Filipina kemudian diKristiankan. Sekarang, Kristian menjadi agama dominan di Filipina. Umat Islam menjadi warga KELAS DUA, dan hidup dalam kehinaan.

Hanya di Malaysia dan Indonesia, umat Melayu/Islam masih boleh angkat muka, sebagai PENGUASA. Tetapi sampai bila? Apakah nasib kita akan sama dengan Champa, Patani, Sulu dan Mindanao???? Tetapi kalau orang Melayu memberikan kepercayaan kepada Melayu Pak Kadok seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Nizar Jamaluddin, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim, BURUKLAH PADAHNYA.

PAS memang telah SESAT dari perjuangan asalnya. PAS terpaksa ‘hitch hike’ dengan menumpang kereta DAP dan PKR. PAS bukan sahaja telah menggadi Melayu, tetapi telah juga menggadai Islam.

UMNO pernah ketepikan Onn Jaafar, demi memelihara perpaduan Melayu/Islam. Sekarang tibalah saatnya PAS mengenepikan Nik Aziz, demi membawa pulang PAS ke pangkal jalan. Kata pepatah Melayu, ‘Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan’.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya