Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 12 October 2011

PAS Sudah Terbalik, Rela Mati Pertahan DAP






KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pas kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa Pas di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.

Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota Pas sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhannegara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.

“Sampaikan Nik Aziz  sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam. ”

“Tetapi sekarang ini orang Pas pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh… suasana dah terbalik,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di sini, Ahad.
Bekas presiden UMNO  itu berkata perpecahan di kalangan orang Melayu hari ini juga dimulakan oleh Pas apabila ulamak yang asalnya dalam UMNO  bertindakkeluar parti dan menubuhkan Pas setelah tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tempat.

“Puncanya orang UMNO  yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa tidak diberi tempat,” katanya.
Dr Mahathir juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa.

Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup berkata dengan memetik ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua.
Beliau berkata, atas landasan itulah, UMNO dari dulu lagi menyangkal yang Pas memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin Pas itu.

7 comments:

Darah Satria said...

1. Saya telah menonton rakaman ceramah oleh adalah Timbalan Presiden Parti ISLAM semalaysia (PAS) Ustaz. Mohamad Sabu mempertikaikan tentang peranan UMNO dalam memajukan Negara.
2. Beliau berkata, negeri Selangor dan Penang, yang diperintah oleh pakatan rakyat telah diiktiraf sebagai antara negeri yang tertinggi mempunyai nilai dagangan.
3. Beliau bangga dengan pencapaian kerajaan negeri kerana telah memajukan negeri Selangor dan Penang.
4. Persoalannya, sejak bila Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Penang? Sejak Merdeka kah?
5. Siapa yang memajukan negeri tersebut sebelum pakatan rakyat memerintah?
6. Ustaz Mohamad Sabu bercakap seolah-olah sebelum ini Selangor dan Penang tidak MAJU langsung, tiada Pelabuhan Kelang, tiada stadium Shah Alam, tiada jambatan Pulau Pinang, dan tiada segala-galanya.
7. Ustaz Mohamad Sabu seolah lupa, kemajuan Selangor dan Pulau Pinang telah disumbang oleh perancangan rapi kerajaan terdahulu iaitu kerajaan BN.
8. Sepatutnya Ustaz Mohamad Sabu mengkaji kenapa negeri Kelantan tidak semaju negeri Selangor dan Penang, walaupun telah diperintah oleh kerajaan (BUKAN BN) lebih 20 tahun yang lalu.
9. Orang yang memberi ceramah BIASANYA adalah orang yang pandai dan bijaksana, bukan bercakap ikut suka.
10. Jelas Ustaz Mohamad Sabu seorang penceramah yang ’LUAR BIASA’.

Darah Satria said...

Satu Luncai, satu lagi Pak Pandir.
Si Luncai berangan2 nak jadikan “Malaysia Negara Kebajikan” tapi sikit pun tak tahu apa kebajikannya dan bagaimana caranya!
Si Pak Pandir pula asyik nak suruh orang bersikap adil tapi tak pernah bersikap adil kerana tak tahu maana sebenar adil atau pun tak peduli.
SEDARLAH & INSAFLAH.

Darah Satria said...

1. Politik PAS amat berbahaya kepada orang Melayu.

2. Politik PAS membantu mempercepatkan penjajahan asing

3. Politik PAS mengundang dosa kepada pemimpin2nya dan ahli2nya.

4. Wahai saudara PAS, bertaubatlah ya……………. insaflah bahawa :

5. UMNO dengan izin ALLAH adalah penyelamat untuk semua.

Darah Satria said...

Saya rasa sudah tiba masanya pengundi Melayu tukar daripada sikap mengundi secara membuta tuli kepada sesebuah parti, kepada menggunakan akal dalam menentukan parti yang benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Saya rasa ramai dari kalangan ahli politik sekarang yang tidak lagi mengutamakan orang Melayu. Sebaliknya undi orang bukan Melayu dianggap begitu berharga bagaikan emas.

Ini kerana sikap pengundi Melayu yang begitu fanatik kepada sesebuah parti tanpa memikirkan samada parti itu berada di landasan yang benar atau sebaliknya.

Contohnya kalau orang Melayu tu sokong PAS, maka segalalah yang dibuat oleh PAS tu betul dan orang lain semua salah. Contohnya apabila pemimpin PAS kata mencarut boleh, atau boleh ditukar prinsip dari penubuhan negara Islam kepada negara kebajikan, atau boleh bersahabat dengan DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam, maka penyokong-penyokong fanatik ini akan sokong PAS tanpa memikirkan sama ada ianya baik atau tidak untuk kepentingan orang-orang Islam.

Demikianlah juga, kalau UMNO sekalipun membuat kesilapan, janganlah kita mengiyakan atau menjadi Pak Turut sebaliknya menegur pemimpin. Kalau pemimpin lihat penyokong asyik mengiyakan sahaja, maka mungkin beliau tak nampak kesilapan yang dilakukannya.

Sikap fanatik ini, telah menjadikan undi orang Melayu tidak berharga pada pandangan ahli politik sebab macam mana sekalipun orang Melayu akan tetap undi parti yang dia taksubkan itu. Jadi saya menyeru orang Melayu supaya berfikirlah tentang masa depan kita sebelum mengundi. Kalau sesuatu parti itu memperlehkan agama atau orang Melayu, maka jangan undi mereka. Tunjukan kemarahan kita melalui undi. Ikutlah sikap orang cina yang tidak fanatik tetapi berfikiran sebelum mengundi.

Perkasa boleh membantu orang Melayu apabila tiba pilihanraya nanti untuk menentukan siapakah dia pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Dengan ini, diharapkan ahli politik akan mula menjaga hati dan kepentingan orang Melayu kerana bimbang akan kehilangan undi Melayu.

Darah Satria said...

Kaji Selami Bacalah Sejarah-
Hakikat Kebenaran Jangan Diubah-
Rakyat Prihatin Ambil Kisah-
PR perintah Melayu Parah

Darah Satria said...

kita tahu siapa dia Karpal Singh & bagaimana sikap sebenar beliau. Beliau boleh menyuruh Anwar Ibrahim untuk BERTAUBAT, tetapi masih bermati-matian membela & mempertahan Anwar dalam kes liwat 1 & kes liwat 2. Sepatutnya, jika beliau seorang yang BERPRINSIP & ada harga diri, beliau patut menarik diri dari menjadi peguambela kes liwat Anwar Ibrahim. Saya berharap rakyat sedar apa akibat nya menyokong & memberi mandat kepada Pakatan Rakyat; PR cenderung menyokong para penjenayah & penkhianat negara.

Darah Satria said...

penyokong fanatik PAS tak akan peduli dengan sikap pemimpin mereka demi mencapai matlamat untuk berkuasa. bukan sahaja sanggup menjual bangsa, agama Islam pun mereka sanggup belakangkan kerana gila kuasa. Dah lama dulu pemimpin mereka dah bagi fatwa PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan pun untuk kalahkan BN. Bayangkan Allah swt telah beri amaran dalam Al Quran Syaitan adalah musuh yang nyata tu pun PAS sanggup engkar dan masih sanggup bekerjasama dengan syaitan demi menang pilihanraya.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya