Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 29 October 2011

PR Kantoi menipu lagi.



Kenapalah masih ada pihak yg secara tidak warasnya membuat perbandingan ni??

Kalo dilihat dari perspektif penyokong tegar Anwar, pastinya mereka akan meyorak gembira dgn artikel ini. Yelaa mana kan tidak Anwar akan dilihat sebagai hero kerana telah 'berjaya' mengurangkan kadar hutang negara semasa zaman diri dia menjadi Menteri Kewangan.

Deyyy macha.. itu zaman tahun 90-an lah. Sekarang tahun 2011, zaman sudah maju.

Dulu henpon I phone pun takde lagi.
LRT pun baru mula operasi.
Terowong SMART pun tak buat lagi.
Hiway DUKE pun takda lagi.
MAS pun belum nak paras bankrap
Lagi itu AIRASIA pun tak femes mcm hari ni.

Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.



Dibawah ini Printscreen yang gua print dari Keadilan Daily.




Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.

1. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).

2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)

Malaysia5.6% (Terendah)
UK12.8%
Greek12.0%
Ireland11.7%
Sepanyol9.3%
Portugal7.3%.
3. Hutang Negara – % KDNK (GDP)

Malaysia34% (Terendah)
Sepanyol60%
Portugal82%
USA90%
Singapura98%
UK158%
Greek160%
Jepun200%
4. HUTANG PER KAPITA
MalaysiaRM7,918
(US$2,514)/seorang - Terendah
USAUS$31,000/seorang
Belanda,
Switzerland dan
US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden
dan Kanada
US$17,000/seorang
AustraliaUS$11,400/seorang

5. Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
ISU – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.

PENJELASAN
1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:




2009 (Bilion)2010 (Bilion)
1.1 Hutang Sektor Awam:RM 13.8 (16.2%)RM 17.1 (20.0%)
a) Hutang Kerajaan PusatRM 71.6 (83.8%)RM 68.3 (80.0%)
b) PABK*RM 85.4RM 85.4
1.2 Sektor SwastaRM 70.0RM 64.2
1.3 Hutang Jangka PendekRM 77.8RM 72.1
JumlahRM 233.1RM 221.7
• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)


2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.


3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.


4. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.


5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?

6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.

7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.

8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).

9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).

10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada
(US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).



11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga

1 comment:

Darah Satria said...

puak2 pr ni semuanya bodoh belaka sb x reti nk membezakan zaman 90an dgn zaman alaf baru ni,mereka ni diibaratkan seperti katak dibawah tempurung,selalu perasan yg mereka je le yg pandai2 belaka.klu le dpt kat mereka memerintah negara ni,x tau le ape akn jd,oleh itu org2 yg cerdik seperti kita ni jgn le membenarkn si PR ni memerintah Malaysia.PRU13 nti pengundi2 aats pagar seperti sy ni,marilah kita mengundi BN untuk mempastikan Malaysia akn terus maju, sy sebagai rakyat Malaysia yg tidak berparti sentiasa berdoa dgn ALLAH supaya Malaysia ni terus di perintah oleh BN yg dipilih dr org2 yg berkualiti(yg x berkualiti kita singkirkn)lg pun org2 pemerintah BN boleh dibawa berunding yg x betul mereka singkirkn,tp jgn harap le org2 PR buat mcmtu,mereka ni langsung x dgr pendapat org lain,mereka sj yg betul,jd mcmana kita nk bg peluang kat mereka memerintah

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya