Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 22 November 2011

Anwar Tampilkan Wajah Pejuang Kebebasan & Pluralisme Agama Di Calcutta

     

AIDCNews – 21/11/11 – Dari Calcutta, India, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar twitter-twitternya yang menampilkan, beliau adalah seorang pejuang kebebasan (freedom) dan pluralisme agama ketika dijemput menyampaikan pidato bertajuk’Good Governance & Ethics’ dalam program ‘Good Governance in a Globalizing World’ anjuran badan pemikir sekutu Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Institute of Objective Studies (IOS).

IOS adalah salah satu rangkaian antarabangsa Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
Ketika badan pemikir Anwar menganjurkan projek Asian Renaissance 2006/2007 di Kenyir Lake Resort,wakil IOS juga dijemput sebagai penceramah program tersebut.
Program anjuran badan pemikir Anwar itu disponsor oleh The Asia Foundation yang berselidung di sebalik topeng The Sasakawa Peace Foundation (SPF)
Maka tidak hairan dalam program tersebut beberapa tokoh yang berkait dengan Asia Foundation/SPF turut dijemput sebagai penceramah. Antaranya; M. Rajaretnam dan Surin Pitsuwan, Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation.

“Maqasid syariah yang diambil secara holistik adalah alat yang paling penting dan kritikal untuk reformasi”, kata Anwar dalam twitternya.
Bagi masyarakat umum mungkin terpukau dengan istilah ‘Islamik’, maqasid syariah digunakan Anwar itu yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa mudah bermaksud, ‘matlamat tertinggi dalam pembentukan hukum dalam Islam’.
Namun kepada pengkaji-pengkaji dalam IOS, ketaksuban Anwar menggunakan slogan berimej Islamik itu senada dengan gerak kerja mereka yang pernah menggunakan ‘maqasid syariah’ sebagai senjata untuk melakukan ‘reformasi’ di kalangan masyarakat Islam di India.
“Perjuangan (saya) menggalakkan satu order baru ekonomi, sosial dan politik di India yang mencerminkan semangat sekular, liberal dalam perlembagaan India dan pemerintahan global.
“Matlamat seperti itu juga diilhamkan oleh cita-cita tertinggi Islam (maqasid syariah) yang menekankan perpaduan dan kesaksamaan manusia di hadapan Tuhan”, kata Dr. Mohammad Manzoor Alam, Pengerusi IOS kepada islamicvoice.com.
Ustaz Ismail Mina, salah seorang sahabat baik Anwar sejak dari Universiti Malaya berkata konsep maqasid syariah telah dijumpai oleh intelektual musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian sebagai senjata baru untuk mencelarukan pemikiran Islam yang berniat ke arah pemurtadan.
Kajian orientalis itu berkenaan maqasid syariah itu kemudiannya disambut oleh kelompok-kelompok Islam yang berfahaman liberalisme dan pluralisme.
“Kelompok ini, menghuraikan siyasah syar‘iyyah dan maqosid syari‘ah dalam bingkai pemikiran dan fahaman liberalisme-pluralisme, justeru menggunakan rasionalisme diabolik, humanisme tanpa Allah dan Syari‘at serta fahaman dan tafsiran agama serba akomodatif dan inklusif bahkan lebur dalam fahaman sesat tersebut yang meminggir bahkan menolak sifat kekal dalam ajaran Islam dan menafikan hairaki autoriti yang diiktiraf ummah.
“Maka kelompok ini dengan fahaman sapere aude (pencerahan), menghuraikan siyasah syar‘iyyah dan maqosid syari‘ah dalam rangka pemikiran tersebut untuk tujuan mencelaru dan memesongkan pemikiran ummat Islam dengan slogan-slogan dan rhetoric diabolik”, katanya. 

“Kolkata:(2)- singkap karya besar bumi India (ShahWaliullah; Rabindranath Tagore; Muhd Iqbal).Shah Waliullah membantah penindasan termasuk ke atas rakyat minoriti. Iqbal (Reconstruction..) Semarakkan tradisi ilmu dan ijtihad. Rabindranath Tagore, putera Bengal-Sonar Tari 1894, Gitanjali 1912. Tagore menolak pingat “Sir” kerana kezaliman Inggeris di Amritsar(1919)”, twitter Anwar lagi.
Menariknya dalam membahaskan tajuk “Good Governance & Ethics”, Anwar tidak hanya berpandukan kepada tokoh-tokoh Islam seperti Shah Waliyullah dan Muhamad Iqbal, sebaliknya turut mempluralkan dengan tokoh bukan Islam iaitu Rabindranath Tagore.
Menurut laman islamlib.com (laman Jaringan Islam Liberal Indonesia), menyebut dalam kajian Charles Kurzman, “Islam liberal berakar pada Shah Waliyullah (1703-1762) di India dan muncul di antara gerakan-gerakan pemurnian Islam ala Wahabi pada abad ke-18.
“Bersama dengan berkembangnya Islam liberal, muncul tokoh-tokohnya pada tiap zaman. Jamaluddin Alafghani di Afganistan, Sayyid Ahmad Khan di India, dan Muhammad Abduh di Mesir—ketiganya hidup pada abad ke-19. Adapun pada abad 20 terdapat antara lain Abdullah Ahmed Naim, Mohammad Arkoun, Fazlur Rahman, dan Fatima Mernissi. Nurcholish Madjid, cendekiawan Indonesia yang mengibarkan teologi inklusif, juga disebut”, lapornya.
Menurut Mohamed Imran Mohamed Taib dari The Reading Group (Kumpulan Gabungan Islam Liberal, Malaysia, Indonesia dan Singapura), Shah Waliyullah diklasifikasikan tokoh Islam Liberal pra-moden, manakala Muhamad Iqbal mewakili tokoh pasca moden. 
Iqbal dalam bukunya ‘The Reconstruction of Religious Thought’ menyeru umat Islam membuka pintu ijtihad tanpa perlu terikat dengan nilai-nilai yang telah ditetapkan ulama Islam sebelumnya.
Anwar bersetuju dengan saranan Iqbal.
“Saya ulangi gesaan Muhammad Iqbal mengenai ijtihad. Amartya Sen merujuk kepada Asoka, Akbar, dan Al-Biruni. Beberapa prinsip asas berakar dalam tradisi lama dan harus dimekar menurut konteks semasa”, kata Anwar ketika berdiskusi dengan Amartya Sen , Emma Rothchild dan Michel Camdessus, di Florence, Itali. 
“Semasa saya merupakan Timbalan Perdana Menteri saya memujuk Universiti Malaya untuk menganjurkan persidangan mengenai dialog peradaban di antara Islam dan Confucianisme.
“Saya mungkin akan menganjurkan satu persidangan mengenai dialog peradaban di antara Islam dan Hinduisme sekiranya saya tidak dihantar ke penjara Sungai Buloh.
“Salah satu kekesalan saya di dalam kerajaan adalah saya tidak mampu untuk menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai kepentingan universal Rabindranath Tagore, sebagai satu kesinambungan siri persidangan antarabangsa mengenai Kebangkitan Semula Asia”, kata Anwar dalam program IOS di New Delhi pada 8 April 2005. 

3 comments:

Darah Satria said...

Kalau Anwar nak lepak-lepak dengan Jesuit buddies di Culcutta tu memang tak menghairankan lagi sebab dia memang hamba Jesuits sejak dia dianugerahkan Doktor Kehormat Humane Letters oleh Ateneo de Manila, dan hingga dilantik professor di Georgetown University iaitu markas Jesuit di DC. Jadi sebagai agenteur, Anwar sudah lama diperalatkan, malah dia telah diarahkan melalui Aspen Institut (pusat pentadbiran RIIA) untuk ambilalih kepimpinan kerajaan Malaysia sejak lama lagi. Sebenarnya Anwar sepatutnya ganti Mahathir, itu agenda asal. Protocol Elders no. 10 (bukan komplot Yahudi – tetapi nama “Yahudi” diperalatkan) sudah jelas mengenai pilihan yang sudah ditetapkan untuk meneraju negara ini. Sehingga kini Anwar masih yakin dengan sokongan global elites yang akan meletakkannya ke jawatan no. 1 di Malaysia, sebab itu dia masih belum “give up”. Dia berimankan wang dan kuasa Barat dan Yahudi untuk merampas kuasa melalui sistem demokrasi yang sememangnya telah diperkenalkan oleh Barat kepada kita. Anwar komited kepada agenda yang sudah dirancang lebih awal, tetapi ini tidak bererti segala perancangan akan berjaya kerana ada banyak faktor yang terlibat. Anwar masih meneruskan cita-citanya untuk menghancurkan Malaysia sebagai “return favour” kepada mereka (kumpulan elit) yang selama ini menyokongnya. Setakat ini ANWAR FAILS TO DELIVER! He is still struggling to convince the Empire of the City that he can do the job….. Cuma Anwar lupa bahawa kuasa mutlak di tangan Tuhan, dan masih ramai mereka yang benar-benar beriman di Malaysia yang sentiasa berdoa supaya Malaysia dijauhkan bala yang akan dibawa oleh Anwar…. Ya Anwar budak kolej MCKK yang bercita-cita menjadi PM… tetapi dia lupa bahawa Tun Abdul Razak (ayahanda Najib) juga dari MCKK….. sudahlah Anwar, lupakan sahaja cita-cita tu, balik ke pangkal jalan, satukan ummah ini yang sudah berkecai akibat perbuatan kamu!

Darah Satria said...

Lama sudah saya perhatikan si Anwar ni, sekarang sibuk di Culcutta pulak (ni dulu yang famous dengan Mother Theresa – dan dulu Culcutta ni pusat pentadbiran East India Company), cakap benda yang sama, jual nama tokoh-tokoh tertentu. Kali ini dia nak jual nama Shah Waliullah, Iqbal dan sebagainya. Menurut apa yang saya tahu, Anwar ni bukan cerdik, ada orang yang sediakan bahan-bahan untuk dia, iaitu “secretary” of some sort, in fact bukan “setiausaha” yang biasa, tetapi “secret”ary, iaitu intelligence agent. ShahWaliullah merupakan seorang Sufi yang dihormati, manakala Iqbal merupakan seorang tokoh falsafah pengikut Gurdjieff. Tagore was champion of liberal arts….. Anwar, ke mana dia pergi dia akan menjaja nama-nama tokok2 tertentu. Di London di jual nama tokoh seperti Rumi (seorang Sufi) dan T S Eliot, seorang tokoh sastera. Kalau dilihat “pattern” Anwar ni, memang ada intelligence organization yang atur semua ini untuk dia. With the India connection, dan jangan lupa Anwar ni pernah menjawat jawatan TPM di sebuah negara Commonwealth of the so-called British Empire, jadi tidak hairanlah ada MI6 ni yang memang bersama Anwar selama ini…..

Darah Satria said...

Usah kita mudah keliru dgn gaya pidato Anwar kerana sejak dulu lagi dia memilih menggunakan istilah2 ‘bombastik’ seolah2 daya pemikirannya cukup tinggi. Sebaliknya, kita lihat apa yg tersirat dlm frasa2 berbuga Anwar itu lebih merupakan omongan kosong. Dlm soal ekonomi, apa latar belakang dan kekuatan inteleknya? Semasa dia menjadi menteri kewangan pun dia hampir2 memufliskan negara dgn mendesak Tun M menerima gagasan penyangak matawang spt George Soros dan IMF, mujur juga Tun berfikiran jauh dan ke depan utk menolaknya. Dlm bidang agama, apa kekuatan intelek Anwar selain kata muluk2 yg mempesonakan tetapi isinya tiada selain berpaksi kpd pluralisme-sekularisme-liberalisme agama. Ketika menjawat jawatan TPM juga apa sumbangan Anwar agama Islam di dlm negara? UIA juga bukannya idea Anwar walaupun pd kulitnya Anwar berjubahkan dan bersarbankan Islam sedangkan dia mendewa2kan ideologi LGBT. Dari segi etika, Anwar langsung gagal memenuhi ciri2 minima pemimpin berwibawa apabila dia menolak kaedah pengadilan secara Islam sama ada dlm kes sodominya atau isu2 lain. Inilah wajah sebenar pejuang kebebasan yg mahukan kebebasan mutlak tanpa sebarang ikatan iman seperti yg diamanatkan oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Dia hanya berjuang utk kepentingan peribadi dan penaja2nya yang memusuhi Islam.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya