Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 2 November 2011

BangkitLah Bangsaku Melayu!!




 Sedarlah dan insaflah kedudukan kita. Hari ini ktia tidak seperti dahulu lagi, keris bukan lagi menjadi lambang kekuatan dan ketuanan kita; kekuatan tenaga bukan lagi menjadi ukuran kekuasaan. Hari ini kekuatan akal mengatasi segalanya.

Melayu perlu bijaksana, melayu perlu bersatu kembali. Bersatu seolah-olah kita tidak pernah bersatu sebelumnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bukan niat saya mengajak bangsa ini menyinsing lengan, menghunus senjata menikam lawan. Bukan juga bermandi darah membunuh yang tidak berdosa.

Tetapi sekadar memberi ingatan pada yang muda agar kita jangan terlalu leka, dibuai mimpi seolah-olah segala-galanya kekal selamanya.

Orang lain mengatur rancangan, mengintai jika Melayu terleka, memuji Melayu hingga terlupa akhirnya ingin melihat Melayu terkubur selama-lamanya.

Dan ini bukan perkara mustahil. Sebab banyak kerajaan Melayu sudah menjadi lagenda. Ada Melayu masuk hutan lari entah ke mana, ada membawa diri sesal atas kehancuran bangsa.

Melaka pernah gemilang, Melayu pernah terbilang tetapi akhirnya runtuh kerajaan tersohor keranan Melayu mudah lupa.

Wahai orang muda,

Ambillah iktibar sejarah Melaka, semua ini mungkin berlaku semula jika bangsa ini tidak pernah belajar dari kesalahan orang tua-tua kita.

Marilah kita kukuhkan perpaduan yang telah kita bina selama ini. Anggaplah saudara Melayu segama sebagai adik, abang dan kakak kita. Anggaplah mereka ini keluarga kita, susah, senang, jatuh, bangun biarlah kita bersama.

Jika timbul, timbul kita semua, jika tenggelam, tenggelam kita semua, jangan ada di antara kita menjadi si Kitol yang derhaka kepada raja dan bangsanya.

Perpaduan Tidak Boleh Sebelah Pihak Sahaja

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Kita sedar, kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Kita juga tidak pernah mempersoalkan orang lain yang tinggal bersama kita selama ini. Orang Melayu terlalu baik dan kita rela berkongsi segalanya dengan orang lain walaupun acap kali orang lain lebih selesa dari kita. kita tidak pernah persoalkan semua itu.

Tetapi apa yang mengguris hati orang Melayu ialah, kenapakah orang lain mempertikaikan hak orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara yang mana janji yang diikat bersama?

Perlembagaan juga mengawal dan menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan hak kedaulatan baginda seperti perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat orang Melayu.

Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan menyatakan, "bahawa sebagai hasil daripada perjanjian asal dengan negeri-negeri Melayu yang ditegaskan dari semasa ke semasa, maka kedudukan istimewa orang Melayu ini senantiasalah diakui."

Ada empat perkara mengenai kedudukan istimewa orang Melayu yang diakui dan diberi perlindungan dalam Fasal 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara itu ialah tanah simpanan orang Melayu dalam negara, peruntukan khas (kuota) untuk kemasukan dalam jawatan kerajaan, peruntukan khas (kuota) mengenai pengeluaran permit dan lesen untuk menjalankan sesetengah perniagaan; dan akhir sekali pelbagai peringkat biasiswa, sama ada merupakan bantuan sepenuhnya atau sebahagian serta pelbagai rupa bantuan yang lain untuk tujuan pelajaran.

Namun, sebagaimana syarat Perlembagaan, kita tidak boleh melupakan kepentingan-kepentingan sah kaum lain. Kita tidak pernah menyekat atau mempersoalkan bangsa lain yang kaya raya dan juga hak-hak mereka dalam perlembagaan mahu pun persetujuan kemerdekaan. Mengapa hak kita dipersoalkan dan dihina?

Wahai orang muda,

Orang India ada mother land mereka di India, orang Cina ada mother land mereka, tanah Besar Cina. Kita mahu ke mana?

Kita orang Melayu, di sini tempat kita dilahirkan, di sini kita dibesarkan dan di sini juga kita akan dikuburkan. Dan kita tidak punya pilihan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bukan tujuan dan niat saya untuk kita berperang engan kaum lain. Bukan niat kita nak semarakkan api kebencian kepada orang lain. Hanya sekadar ingatan kepada yang muda agar Melayu tidak mudah lupa.

Agama kita tidak mengajar kita sedemikian rupa. Agama Islam menganjurkan agar kita berlaku adil dan saksama dan berprasangka baik sesama manusia.

Jadilah Melayu Bijaksana

Bak kata Datuk Usman Awang, Jadilah bangsa yang bijaksana. Memegang tali pegang juga timbanya; memiliki ekonomi dan mencipta budaya supaya menjadi tuan di negara merdeka.

Sebelum saya mengakhiri rintihan ini, jadilah Melayu yang bijaksana, tidak perlu mengangkat senjata dan tidak perlu kita bersengketa, peganglah kata pusaka ini nescaya Melayu akan selamat:

1 comment:

Darah Satria said...

Pada pendapat aku...Manifesto PAS ni nampak terlalu radikal dan amat susah untuk diterima pakai....anything yang berkaitan dengan agama..akan spark satu perasaan yang kurang senang dikalangan rakyat..lebih2 lagi dalam negara yang berbilang bangsa... Sepatutnya PAS membuat pendekatan rasional yang menjamin semua kaum melalui satu proses ataupun ideologi yang boleh diterima oleh semua golongan... bukan nak mengetepikan 'ISLAM' itu sendiri dari corak pemerintahan...tetapi haruslah dengan satu gerakan yang begitu teliti dan halus...

Sebagai contoh..

Corak pemerintahan Islam..sebenarnya adalah yang terbaik dan paling praktikal...ianya seperti ubat kepada kecelaruan akidah dan dan juga keganasan politik...jadinya...janganlah kita tunjukkan ubat tu kat Rakyat....Ada orang jenis takut makan ubat...bukan semua berani....maka seharusnya..PAS mencari helah supaya Ubat itu tadi nampak seolah2 seperti gula-gula...

Dalam Ugama ada politik....tetapi dalam Politik tak ada ugama.... Its two different thing and two different approach..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya