Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 3 November 2011

Masa Depa Politik Malaysia





 


Membicarakan masa depan politik Malaysia mahu tidak mahu kena bicara juga masa depan politik UMNO. Sebabnya UMNO berpengaruh sejak tahun 1946 dan sudah lebih 59 tahun berkuasa menjadi tunjang pemerintahan negara.


Meringkaskan perubahan dan kepimpinan yang UMNO telah memerintah Malaysia ini elok WZWH quote apa yang yang dikatakan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton...


AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara iaitu demokrasi hidup subur, kerajaan efektif dan pembangunan ekonomi yang pesat. Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain...


Malaysia dikagumi oleh negara-negara Islam..Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka...


Jika kuasa besar AS dan negara Islam memandang tinggi Malaysia apakah 28 juta rakyat Malaysia berfikir bahawa UMNO yang telah memerintah Malaysia berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen BN telah praktis "Good Governance".


Itulah parti UMNO yang bukan sahaja berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi juga turut menjaga kepentingan lain-lain kaum di Malaysia.


Tetapi pembangkang sejak PRU 12 telah memusing fakta ini dan cuba memberi gambaran persepsi bahawa UMNO tidak jaga negara, UMNO tidak jaga rakyat, UMNO tidak jaga Melayu dan UMNO tidak jaga kaum-kaum lain.


Bertambah sedih bila sudah ada segolongan kecil intelektual Melayu, golongan pertengahan Melayu dan orang Muda Melayu yang cuba menafikan apa yang UMNO telah perjuangkan dan kesungguhan UMNO menjaga Malaysia telah menyokong dan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pembangkang.(Antaranya kononnya umno tidak menjalankan hukum hudud. Nik aziz mencaci dan macam-macam lagi tapi kat kelantan sendiri x buat hukum hudud)


Bertambah sedih bila sudah ada segolongan kecil intelektual Melayu,(pas dan pkr serta orang melayu yang menyokong Dap) golongan pertengahan Melayu dan orang Muda Melayu yang cuba menafikan apa yang UMNO telah perjuangkan dan kesungguhan UMNO menjaga Malaysia telah menyokong dan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pembangkang. (Sebagi contoh buku jungga. kononnya pembangkang mahu kasi duit untuk ibu tunggal dengan banyak. untuk warga oku dan lain lain dengan banyak. tapi habuk je dia kasi)


Mereka kata UMNO parti yang tiada berideologi, tiada idea, tidak boleh mengharungi perubahan,(tetapi mereka tidak fikir siapa yang bangunkan malaysia. siapa punya idea buat klcc. siapa yang bangkang bahkan bukan sahaja klcc dan banyak lagi banggunan. baru2 ni ada tranformasi yang dilakukan oleh pm kita. apa yang pembangkang lakukan?) tidak boleh berdepan dengan persekitaran yang sentiasa berubah dan ganas dan UMNO tidak boleh mengharungi masa depan!


Persoalanya Adakah betul UMNO itu parti kampung? UMNO tidak laku di bandar besar? dipersilakan jawab..

18 comments:

Darah Satria said...

Satu kupasan yang amat baik. Persoalan UMNO parti Kampung atau bandar tidak timbul. Apa yang harus kita nilai ialah apa yang UMNO telah lakukan selama 54 tahun yang lalu. UMNO telah berjaya membawa Malaysia ketahap GLOBAL. Malaysia menjadi negara yang dicemburui oleh banyak negara lain. Ini bermakna fomula yang Malaysia amalkan selama ini adalah betul. UMNO khasnya dan BN amnya akan terus releven selagi mereka sensitif keatas tuntutan semasa dan UMNO/BN telah membuktikan kesungguhan kearah itu. Pembangkang khasnya PKR dan PAS adalah parti2 politik yang kabur hala tujunya. Mereka hanya pandai bercakap dan merapu. Itu yang membuatkan mereka tidak releven lagi.

Darah Satria said...

Jadi apa perlu orang Melayu buat? Orang Melayu mesti tolak Pas dan PKR. DAP hanya segelintir sahaja orang Melayu yang menyokong mereka. Kenapa mesti tolak dan PKR? Pas dan PKR mesti ditolak kerana kedua2nya adalah kuda tunggangan DAP yang memperalatkan mereka untuk mendapat kuasa. JELAS.

Darah Satria said...

pada pandangan puak2 melayu pr ..umno zalim, x islam..dan mcm2 lg..pd mereka menukar kepimpinan pemerintah adalah jln terbaik menyelamatkan malaysia..mereka ini x pernah nk ambil iktibar dari ape yg belaku kpd org2 islam yg pernah ditindas oleh org kafir..mereka terlalu mengikut nafsu..dan terlalu mudah mempercayai cakap2 org.

Darah Satria said...

Jika Malaysia jadi negara Republik,.
Islam dan penaung iaitu Raja-Raja Melayu hilang dari dunia..
Org Islam jadi buih permukaan air..penyokong republik inilah sebenarnya yg jadi alat org kafir...

Darah Satria said...

semasa pembesar2 musyrikin berbincang tentang cara2 nak membunuh rasulullah...iblis dtg dgn menjelmakan dirinya sebagai seorang pemimpin dari puak2 arab..dgn 'jubahnya' yg labuh,' serbanya' yg besar..iblis berjaya mempengaruhi pemimpin2 musyrikin dgn ideanya yg jahat..walau bagai mana pun..sebesar mana pun serban, selabuh mana pun jubah..kalau hati busuk mcm bangkai, Allah x perkenankan 'niat' mereka..berdoa lah smpai separuh mati sekali pun..kalau doa tu berniat jahat..insyallah..diakhirat nanti Allah akan pulangkan semula doa itu kpd org yg berdoa itu..

Darah Satria said...

... MANA MANA ORANG MELAYU YANG TIDAK MUDAH LUPA, MARI KITA SAMA SAMA MENYERU SELURUH RAKYAT SUPAYA MEMBUKA KEMBALI LIPATAN SEJARAH MENGENAI PERISTIWA PENANGKAPAN `3 ABDUL` YANG BERLAKU SEKITAR DALAM TAHUN 76. MEREKA YANG DITANGKAP IALAH:-

1. DATO ABDULLAH AHMAD (DOLLAH KOK LANAS) – TIM. MENTERI SAINS DAN TEKNOLOGI – BAWAH KABINET DATO HUSAIN ON (AYAHNDA DS HISHAMUDDIN)
DITAHAN BAWAH ISA DIKAMUNTING HINGGA TAHUN 1981.

2. ABDULLAH MAJID – TIMBALAN MENTERI BURUH

3. ABDUL SAMAD ISMAIL – BEKAS PENULIS UCAPAN TUN RAZAK, JUGAK BEKAS KETUA PENGARANG NST.

MEREKA SEMUA DARI UMNO. KENAPA MEREKA INI DITANGKAP. SAYA TAK NAK JAWAB....BOLEH TANYA BEKAS KPN DATUK SRI HANIF OMAR YANG PADA WAKTU TU DIA ADALAH KPN.

JIKA KOMUNIS DIKATAKAN ADA DIBUKIT KEPONG..JANGAN LUPA SATU KETIKA DULU KOMUNIS JUGAK DIKATAKAN ADA DALAM UMNO.

Darah Satria said...

DAP sangat perlukan undi PAS/PKR pada PRU13 ini, tiada yang penting pada DAP, kecuali undi orang2 melayu, tapi PAS/PKR yang terhegeh2, dia orang ingat DAP tu ikhlas sangat ke berjuang? semua tu wayang..demi survival politik sempit kecinaan DAP.

Darah Satria said...

Soalan biadap Karpal Singh kepada PM~ Bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu berdasarkan konsep 1 Malaysia. Tindakan biadab ini ekoran daripada serangan bertubi² keatas PM, TPM & 1 Malaysia bermula dari Lim Kit Siang yang terus menerus pertikaikan perkara² termaktub dalam Perlembagaan. Kalau sekarang mereka boleh pertikaikan hak orang² Melayu bayangkan jika Malaysia ini ditakdirkan oleh PR menerajui Kerajaan kelak?? Nauzubillah!

Darah Satria said...

Sejarah penubuhan dan asal-usul DAP (Parti Serpihan Komunis Malaya)

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.

Darah Satria said...

DAP parti serpihan Komunis Malaya...kasiannya...kenapa PAS pergi kutip pula...dan jadikan DAP sebagai BOSS besar mereka..dah hilang akal kot.

Darah Satria said...

7 SEBAB KENAPA RAKYAT PERLU TOLAK PAS.

1. Bagaimana Pas nak memerintah jika hanya bertanding 67 dari 222 kerusi Parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan Parlimen (separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen)

2. Prinsip dan konsep perjuangan pakatan pembangkang yang didokong oleh Pas adalah sama rata dan menafikan hak keistimewaan orang Melayu. Prinsip Pas ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan merugikan orang melayu dan Islam.

3. Pas juga bersekongkol dengan Fahaman Pluralisme iaiitu seolah-olah semua agam adalah setaraf di Malaysia sedangkan Agama Islam adalah agama Rasmi

4. Pas turut bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi sedangkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

5. Pas menyokong kuap DAP yang sebenarnya serpihan dari parti PAP (people’s action party) yang lantang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang mengancam kedudukan Kau Melayu.

6. DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang disokong oleh Pas menindas orang melayu dengan dasar2 berat sebelah seperti merobohkan rumah dan kedai2 milik Bumiputera.

7. Ahli dan penyokong-penyokong DAP (bukan melayu)menyokong Pas hanyalah untuk menghapuskan UMNO dan bukannya kerana dakwah dan bukan juga bersetuju dengan prinsip perjuangan Pas.

Darah Satria said...

Kalau dilihat daripada BERSIH 2.0 ..

yg kena sembur ngan air - PAS/UMNO/PKR
yg kena gas pemedih mata - PAS/UMNO/PKR
yg kena langgar oleh land rover/WAJA - PAS
yg kena tangkap - PAS/UMNO/PKR
yg kena tong gas pemedih mata sampai masuk hospital lepas tu berbalut leher-PKR

yg tengok tv/astro - DAP
yg gi shopping - DAP
yg tengok wayang - DAP
yg gi melancong - DAP

PAS hanya sebagai PAWN aje kalau dalam permainan CHESS .. master mind dia PKR/DAP ...

Pemimpin DAP tunjuk muka jap lepas tu larikan diri .. hmmm betapa bodohnya Melayu kita ni .. hmmm ..

Darah Satria said...

Parti Islam Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai PAS (Parti Angguk Saja) tubuh pada tahun 1951 selepas Tuan Haji Ahmad Fuad GAGAL dalam perjuangan Hisbul Muslimnya.

Tahun 1951, Kerajaan memerintah masih lagi British dan bukannya Kerajaan UMNO atau Perikatan. Maka siapa yang luluskan penubuhan PAS pada ketika itu?

Dah tentu la pihak British jugak yang meluluskannya. Atas dasar apa mereka benarkan PAS menjadi sebuah parti Politik? Sebab untuk memecah belahkan orang Melayu.

Jika orang Melayu berpecah belah, maka dengan mudah mereka dapat menakluki semula Tanah Melayu ini dikemudian hari.

Bagi mereka, dengan adanya dua parti Melayu seumpama ini, maka kerja tersebut akan menjadi lebih mudah untuk mereka. Itu baru satu.

Seterusnya, timbul pulak persoalan mengapa PAS dibenarkan dan tidak Hisbul Muslim? Kerana Hisbul Muslim merupakan gerakan Islam.

Manakala PAS pulak hanya merupakan sebuah Parti Politik yang mahukan kuasa memerintah sahaja. Mereka dilihat bukan mahu menegakkan syiar Islam sebenar.

Atas dasar itulah, maka pihak British membenarkan PAS ditubuhkan. Mungkin kenyataan itu sukar untuk diterima oleh puak - puak PAS pada hari ini, tapi itulah hakikatnya.

Maklum la. Diorang ni kan Anti Kebenaran. Apa sahaja yang Benar, akan tetap diorang tentang. Walaupun buktinya jelas.

Kata sahabat Semut tu lagi, jika benar PAS merupakan Anti British, kenapa sampai sekarang mereka masih menggunakan kedudukan British dalam parti mereka?

Bagi setiap Negeri, mereka ada Pesuruhjaya Negeri. Tak ke tu sama dengan pihak British pada ketika mereka memerintah Tanah Melayu?

Tapi bahasanya di Melayukan. Bahasa Inggeris bagi Pesuruhjaya ialah Commissioner. Itu sahaja dah membuktikan bahawa dalam PAS pun ada unsur - unsur Penjajahan British.

Jadi, tak perlu la PAS nak mendabik dada kata diorang ni Anti British dan sebagainya. Kalau tidak, dah lama dah diorang tukar nama Pesuruhjaya tu dengan perkataan lain yang lebih Islamik!!!

Darah Satria said...

Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia poada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) berusahan nenubuhkan semula parti resapan komunisme atau paling tidak perjuangan Malaysian Malaysia PAP dengan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel)malah DAP sama sekali tidak demokratik.Lihatlah bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Disinilah bermulanya ” komunisme ” PAP dan meresap ke DAP selepas 1966. Berapa bintang di bendera Singapura dan China? Lihat pula logo DAP dan PAP serta bendera Singapura dan China.DAP medaptasi 3 People’s Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang).

Darah Satria said...

Dengan perkara 153 inilah, ramai anak Melayu yang berjaya kerana mendapat peluang kouta pendidikan, peluang pekerjaan dan lesen serta permit. Semuanya semata-mata untuk membantu orang Melayu. Ramai Melayu daripada kampung dan bukanlah pandai sangat. Adakah Melayu sudah lupa?

Darah Satria said...

Melayu Dalam Darurat.

Masih mahu mengharapkan Cina balik ke BN? - balik ke MCA?, GERAKAN?, SNAP?, SUPP?.

Di semua PRK sejak tragegy 2008 hingga PRNegeri Serawak, samada di kawasan Cina atau Melayu, Cina menyatakan hasrat mahu berpisah dari Melayu ... mahu bersendirian ... bersendirian dalam sistem pendidikan ... bersendirian dalam kehidupan urban ... bersendirian mendirikan kuasa ... setelah berjaya bersendirian kuasa di Temasik dan Pulau Pinang ...

Orang Cina bersendirian menguasai kekayaan Bumi Melayu ... dan sekarang mahu bersendirian menguasai kuasa, menguasai orang Melayu.

Sejak nenek moyang mereka menjejaki Bumi Melayu, mereka tidak pernah perlu kepada orang Melayu.

Mereka telah berpatah arang, telah berkerat rotan, tak akan bercantum lagi dengan BN.

Hanya orang Melayu (dalam UMNO, PAS, PKR yang perlu kepada orang Cina) mengangkat wakil mereka mewakili Melayu melalui pemilihan di kawasan selamat kepunyaan Melayu.

Mereka tidak pernah mewakili Melayu. Apa mereka perjuangkan semata-mata kepentingan kaum mereka sahaja.

Melayu tidak perlu mengemis lagi. Tidak perlu lembik .. tidak perlu pujuk orang tidak merajuk ... tidak perlu umpan mereka dengan ringgit, tanah atau kesetiakawanan atau kuasa. Mereka sedang telan umpan, telan joran, telan pemancing dan akhirnya akan telan perahu-perahunya sekali.

Mereka telah bersatu dan telah mengorak seribu langkah. Kita telah kehilangan bukit, lurah dan sawah. Gara-gara segelintir Melayu murah tidak bermaruah yang rela jadi baruah.

Melayu tiada pilihan melainkan bersatu. Di sana ada gerombolan-gerombolan Melayu yang sanggup mati mempertahankan maruah dari hidup menjadi baruah. Carilah, dengarlah dan ikutlah mereka.

Suara Melayu yang mencemoh hasrat Melayu mahu bersatu, itu suara Melayu b****h tidak b**m****h.

Ancaman kominis dapat dipatahkan, timbul kini ancaman DAP terhadap agama, bangsa dan negara.

Darah Satria said...

Adakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?


Jika kita amati logo parti DAP (Malaysia) dan PAP yang berpusat di Singapura, sangat terserlah kesamaan antara kedua-dua belah parti ini. Kenapa Parang Pedang mahu kaitkan PAP dengan DAP sedangkan yang ada di Malaysia hanyalah DAP. Inilah yang Parang Pedang cuba bongkarkan disebalik suatu pemerhatian secara mendalam. Bagi Parang Pedang, demokrasi bermakna kebebasan bersuara oleh rakyat tanpa ada dasar kuku besi. Akan tetapi yang perlu diketahui ialah cara demokrasi tersebut sama ada berparlimen atau republik. Malaysia melaksanakan dasar demokrasi berparlimen manakala Singapura pula dengan demokrasi republiknya.

DAP beranggapan bahawa sistem parlimen yang bersandarkan kepada perlembagaan telah menjadikan sesebuah negara itu mundur. Oleh demikian parti ini telah nekad menjadikan negara sebagai sebuah negara republik. Dengan mengenepikan perlembagaan, kuasa institusi raja, ketuanan Melayu serta hal ehwal adat resam dan Agama Islam sebagai agama rasmi, parti tersebut akan dapat membentuk sebuah negara dengan sistem yang sama seperti Singapura.

Dalam mengejar cita-cita DAP sejak sekian lama, agak sukar bagi mereka untuk bekerjasama dengan PAS kerana majoriti penyokong PAS adalah bangsa Melayu beragama Islam dan sudah pasti tentangan sengit akan terjadi kerana matlamat PAS ialah mewujudkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem Islam seratus peratus (100%) sedangkan matlamat DAP adalah demokrasi republik. Oleh demikian, langkah terbaik ialah dengan cara bergabung dengan pelbagai parti pembangkang dalam membentuk suatu pakatan rakyat (sebenarnya pakatan DAP) agar mampu menjadi suara gergasi dalam amalan demokrasi di Malaysia. Dengan bertindak sebagai 'jeneral' dalam Pakatan Rakyat, DAP mudah saja mengorbankan parti-parti lain yang menjadi tentara caturnya. Kita imbas semula bagaimana caranya DAP mengorbankan calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan yang diyakini amat tipis untuk menang kerana tidak mahu kerugian padahal kawasan yang ditandingi DAP mempunyai prospek untuk menang. DAP juga menjadikan parti lain sebagai bahan kajian bagi menentukan kadar sokongan terhadap pembangkang sama ada kuat mahupun tidak.

Berbalik semula kepada perbincangan asal sama ada DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia adalah tidak mustahil kerana Singapura pernah menjadi sebahagian dari malaysia walaupun sekejap. PAP boleh dianggap sebagai mentor kepada DAP kerana perlaksanaannya dalam demokrasi republik lebih matang dan berpengalaman. Perkara pertama sekali yang DAP akan lakukan ialah beberapa penghapusan hak milik melayu seperti yang diterangkan diatas. Ini sudah jelas kelihatan sama seperti yang berku di Pulau Pinang, itupun baru perubahan minor yang telah DAP lakukan. Bayangkan apa akan terjadi jika jika perubahan major berlaku setelah Malaysia dikuasai DAP dengan bantuan sokongan PAP.

Fikirkanlah masa depan anak bangsa kita. Penyesalan tidak sudah jika kita bertindak tanpa memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara. Ingatlah pusara kita, tanah kebun, rumah pusaka dan segala apa yang telah dijadikan hak kita akan lenyap begitu sahaja. Sanggupkah kita cuma sekadar memiliki lantai batu berlapis-lapis sampai mencecah langit (pangsapuri murah) semata-mata?

Darah Satria said...

inilah tujuan DAP gunakan PAS/PKR...bersatulah dlm UMNO/BN demi melayu ISLAM melaysia.....

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya