Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 22 December 2011

Anwar beri bukti bohong Tun M buat Pinjaman dana IMF


 

1- Petikan yang diambil dari lidah rasmi PKR seperti dibawah, sungguh menampakan pembohongan pengarang, hatta sekali gus membuktikan mereka hanya berminat memutar belit dan spinning, seperti blogger jalanan, tanpa mampu memberi bukti-bukti kukuh apa yang diperkatakan.

Rasa-rasa nya bijak pandai PKR lebih mampu berfikir dengan fikiran terbuka dan lebih cerah dari pengarang KeadilanDaily.


 

Dari KeadilanDaily

2- Mari kita lihat satu persatu pembohongan Anwar melalui KeadilanDaily.

Bohong Besar 1
“Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999”


Kita dan Tun Mahathir bersembang pasal penerimaan dana IMF semasa krisis matawang dunia pada tahun 1997-1998, tetapi si pengarang mamat piang ini bersembang dan spin 38 tahun punya pinjaman dari Bank Dunia. Mereka tidak fokus langsung pada zaman gemelot matawang dunia yang dimaksudkan. Nampak sangat pengarang Keadilan, seperti juga Harakah sengaja merencatkan akal sendiri.

Semua negara dunia meminjam dari Bank Dunia untuk membiayai projek-projek pembangunan di negara masing-masing, termasuk Malaysia. Tetapi pada krisis matawang dunia, syarat-syarat adalah lebih ketat sehingga Malaysia boleh menjadi hamba kepada Barat Yahudi jika pinjaman dilakukan.

Pada krisis kewangan 1997–1998, IMF telah meletakan syarat-syarat pinjaman yang melampau sehinggakan Tun menghalau agen ‘IMF’ keluar dari office beliau. Lihat video berkenaan di sini >
  
Bohong Besar 2
“Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush”

Kes Jack Abramoff ini tidak memerlukan Tun memfitnah Anwar, tetapi rakyat tidak sebodoh seperti Pengarang KeadilanDaily dan Harakah dan segala bukti-bukti memang semua orang tahu.

Di percayai staff-staff KeadilanDaily dan Harakah sengaja membutakan hati walaupun mereka sebenarnya hari-hari membaca AnwarAidc.

Jikalau nak tahu kes-kes dan bukti Anwar bersangkut paut dengan “Agen Amerika Yahudi”sila selongkar di sini > untuk membacanya.

Jikalau KeadilanDaily mempunyai bukti-bukti bahawa Tun bersengkongkol dengan Abramoff, sila kasi rujukan supaya kita sama-sama boleh membacanya.

Jika benar pun Tun bersengkongkol dengan Abramoff, adakah ia bertujuan untuk memburuk-burukan dan menjatuhkan image, malah menjahanamkan ekonomi Malaysia di mata dunia seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ini dua perbezaan yang jelas dimana pengikut PBB Pkr langsung tidak dapat membezakannya.

Apa yang pengikut PKR yang PBB selalu sebut berdasarkan laungan Anwar ialah Tun Mahathir zalim. Apa itu zalim? Di mana zalimnya? Bila zalimnya? Berapa ramai yang Tun dah bunuh orang dengan begitu kejam sekali? Hanya pandai menyebut perkataan zalim seperti orang PBB, tapi buktinya tiada.

Bohong Besar 3
“Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu”

Setakat pandai menyebut ‘Anwar pernah menulis kepada Bank Dunia’, sesiapa sahaja pun boleh menyebutnya. Sikap Pengarang KeadilanDaily tidak lebih dari blogger jalanan. Kita mahu mereka pamirkan bukti salinan surat tersebut. Seledup keluar salinan surat tersebut dari Pejabat Menteri Kewangan jika perlu kerana masih ramai lagi kuncu-kuncu Anwar didalam sana.

Teringat kita bagaimana peristiwa 6 kotak dokumen rahsia yang dibodohkan oleh Anwar, dan di-spin oleh Senator Ezam yang tertipu hidup-hidup ketika itu.

Sebagai penutupnya diharap pengikut-pengikut PKR dan PAS yang cerdik-cerdik dan masih mampu berfikir; bertindak lah mengikut kebenaran dan tidak mengikut-ikut hati anda yang kecewa.

Jika Anwar di Sungai-Buluh-kan atau jika parti PKR di bubarkan atau lebih pasrah lagi jika Anwar mati, dimana kah pegangan anda selepas ini. Adakah anda akan tersipu-sipu datang kepada Umno atau bertempiaran lari kepada parti PAS?

 
Akhirnya Anwar Memberi Bukti Bohong Bahawa Tun Mahathir Yang Membuat Pinjaman Dana IMF.



1- Sebelum ini kita saksikan pembohongan Anwar (kita katakan Anwar pembohong berdasarkan beliau telah banyak kali berbuat demikian kerana ingin menjatuhkan Tun Mahathir), bahawa beliau telah mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, tetapi beliau enggan menerima bantuan dana tersebut semasa krisis matawang dunia yang menyaksikan keruntuhan kewangan banyak negara dunia.

Untuk menyelamatkan kulit beliau, beliau berbohong menuduh yang Tun Mahathir lah yang“menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman”

Anwar berucap di Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dihadiri wakil kedutaan asing untuk membuang image beliau sebagai “Agen Amerika & Yahudi”


2- Sebagai tindak balas Tun Mahathir telah menafikannya dan meminta supaya Anwar memberi bukti bersurat dan bersumpah jika Anwar betul-betul iklas.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukan surat itu kalau dia ada, saya yang menolak Bank Dunia...Bank Dunia nak sangat bagi kepada  kita...kalau mereka beri kepada kita maka kita akan menjadi hamba kepada mereka"

"Suruh Datuk Seri Anwar bersumpah dalam masjid dan junjung Al Quran , saya pun sanggup junjung Al Quran dalam masjid bersama-sama dengannnya
– Video Tun dan Nor Mohd Yakcob di sini >

Tun menyatakan “tunjukan surat” yang beliau “menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman”



3- Sebaliknya apa yang diberi oleh Anwar sebagai bahan bukti, yang disalurkan melalui kuncu Pas mereka,  bukan lah surat rayuan Tun kepada Bank Dunia, tetapi laman website Bank Dunia yang disalurkan kepada Mahfuz Omar untuk di putarbelitkan. 

Perkara pinjaman Bank Dunia ini cukup teknikal dan boleh memperdayakan sesiapa sahaja yang menerimanya secara hakiki dan pada nilai muka sahaja.

4- Mari kita lihat apa kata Mahfuz Omar Samdol.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu”

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain"
-      
Mahfuz dari Harakah>

Bukti yang diberikan ialah tuduhan bahawa Tun Mahathir membuat pinjaman berjumlah melebihi AS$400 juta setelah Anwar dipecat dari kabinet, seperti berikut;

a- Pada 18 Jun 1998, pinjaman atas nama
Projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

b- Pada 30 Mac 1999, pinjaman atas nama
Projek "Malaysia Education Sector Support Project",
Projek "Malaysia Social Sector Support Project"
Projek "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project"

5- Carian nama-nama projek pinjaman Malaysia di laman web Bank Dunia memberikan perkara-perkara berikut.









Semua sumber Bank Dunia dari website World Bank > dan projek website >


6- Oleh kerana perkara ini dari bidang yang sangat tinggi dan kita bukan pakar, mari kita tengok dari segi yang mudah difahami.


Pertama 
sekali, walaupun ia diluluskan oleh Bank Dunia, adakah Malaysia mengambil mengunapakai pinjaman tersebut?

Keduanya
, Anwar mengatakan bahawa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia semasa pinjaman di buat, tetapi beliau enggan menerima bantuan dana tersebut.

Hanya data-data dari minit mesyuarat dan segala bukti yang menunjukan bahawa beliau ‘menolak dengan tidak menerima bantuan dana’ sahaja yang akan dapat menyakin rakyat. Walaubagaimana pun, keyakinan serupa ini tidak diperlukan oleh penganut-penganut Pas-Pkr yang hendak menerimanya secara bulat-bulat.

Ketiganya
, Anwar atau sesiapa sahaja perlu memberi bukti surat bahawa Tun Mahathir lah yang  “menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman”. Kita yakin bahawa ramai orang-orang Pkr-Pas didalam Kementerian Kewangan yang masih setia dengan Anwar dan dapat menyeludup keluar surat tersebut.

Keempatnya
, dengan hakikat bahawa surat tersebut boleh di ambil bila-bila masa dari Kementerian Kewangan, maka Tun dengan berani sekali mencabar Anwar membuktikannya. Ini sudah cukup yakin bagi kita. Di tambah lagi dengan sumpah laknat yang di cabar Tun kepada Anwar. Apa lagi keyakinan yang kita perlu.

Kelimanya
, dan bukti yang amat kukuh bahawa ia adalah Anwar yang merancang kesemua dana IMF tersebut ialah bahawa Anwar di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 5.30 petang Rabu 2 September 1998.

Manakala dana diluluskan pada 18 Jun 1998 dan pada 30 Mac 1999.

Tuduhan Mahfuz Omar bahawa Tun Mahathir membuat pinjaman dari IMF setelah Anwar dipecat dari kabinet, amat lah meleset sekali. Perhatikan bahawa tarikh jangkawaktu yang amat singkat sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa urusan pinjaman dana dibuat oleh Anwar.

Keenamnya,
 hakikat bahawa ia diberikan kepada Mahfuz Omar untuk diputarbelitkan sudah cukup membuktikan bahawa ia adalah penipuan putarbelit kerana Mahfuz memang terkenal dengan perkara-perkara yang selalu dianggap sampah dengan dibantu oleh staff HarakahDaily.

Akhir sekali, hanya Tun Mahathir dan Nor Mohd Yakcob sahaja yang dapat memberi penjelasan yang memuaskan. Kita tunggu apa kata Ayahanda Tun Mahathir nanti.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya