Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 9 December 2011

Nik Aziz terima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri??


 Masihkan dikau ingat tatkala Nik Aziz sanggup menerima Lim Kit siang sebagai TPM jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah 2/3 kerusi?? Mari kita baca seterusnya apa yang disiarkan dalam media Pakatan Rakyat (Malaysiakini) 



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz shake hand with limkit siangNik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.

"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa.

"Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam.

Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul.

"Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur,” katanya.



P/s: Inilah akibatnya jika PAS masih lagi tak sedar akan kuasa yang bakal hilang ditangan bukan melayu. Benarlah kata pucuk pimpinan UMNO. hanya UMNO yang berhak di undi oleh melayu sekaligus melayu akan lebih berkuasa dalam memerintah negara..Sedarlah semua wahai penyokong PAS

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya