Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 29 September 2011

Pengkhianatan PAS terhadap Islam





1. HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

2. PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN 

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

6. PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7. DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".

8. PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

9. PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

10. BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).

11. MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

12. PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

Thursday, 22 September 2011

Sekadar Pendapat!

Sekadar pendapat sy. Klu anda semua tidak setuju tak mengapa. Kita semua ada hak untuk mengutarakan pendapat masing2. Berikut adalah isi penting dari kuliah seorang yang sy anggap sebagai 'Ulama Islam'.


Maksud pemerintahan Islam :
- orang ramai faham pemerintahan Islam ialah potong tangan pencuri, sebat orang berzina dan lain-lain sedangkan pemerintahan Islam sebenarnya lebih luas dari itu.
- Undang-undang Islam mesti dilaksanakan dengan memenuhi maksud Islam itu sendiri.
- Hukum ‘hudud’ mesti dilaksanakan dengan memenuhi tuntutan-tuntutan syara’.
- Ketika manusia miskin dan merempat, perkahwinan susah, manusia ramai jadi hamba, ketika manusia melihat dunia Islam mundur, kesusahan di sana sini, manusia kelaparan, tiba-tiba di sebuah Negara ‘Islam’ dipaparkan seorang budak berusia 13 tahun direjam dengan batu, dinamakan dengan pelaksanaan Islam, ianya harus difikirkan semula.
- Kita tidak anti dengan undang-undang Islam, tetapi mereka mungkin salah dalam pelaksanaan.
- Bila undang-undang mula dilaksanakan pada zaman Nabi SAW? Bagaimanakah penguatkuasaannya? Bagaimanakah latarbelakang dan suasananya untuk pelaksanaannya dianggap berkesan? Semua ini mesti kita kaji dengan mendalam.
- Nabi SAW berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan manusia dari dihukum.
- Sebuah parti politik di Malaysia agak keterlaluan dalam isu Negara Islam ini sehingga sentiasa tertumpu pada soal menghukum, namun akhir-akhir ini parti ini seakan keletihan dari membicarakan soal ‘hukum’ ini.
- Islam ada ‘hukum’, tetapi yang paling tepat ialah Islam memperjuangkan landasan yang membolehkan sesuatu hukum itu apabila dilaksanakan, ianya kelihatan ‘cantik’.
- Sebagai contoh, kita memukul anak kita yang gagal dalam peperiksaan, tetapi kita tidak beri ruang untuk dia belajar dengan baik. Kita tidak membekalkan buku yang mencukupi untuk dia. Kita suruh dia bekerja pada waktu dia belajar. Kita tidak beri dia peluang untuk hadir ke sekolah. Tidak ada anak yang akan kata kita sayang, tidak ada anak yang boleh kata kita adil.
- Sediakan ‘landasan’ sehingga orang melihat pelaksanaan hukum itu secantik-cantik hukum. 


Marilah sama-sama kita fikirkan. Buka fikiran dan hati. Sesungguhnya Islam itu indah dan adil untuk semua.

Laksanakan Hudud Sekarang-Tun M



 "Saya bukan lagi perdana menteri, laksanalah hudud sekarang": Dr Mahathir

TANJUNG MALIM - Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

Pas dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.- Bernama


ZamR

Tuesday, 20 September 2011

Jawapan Mashitah & Pandangn bernas mengenai pelacur yang "terpaksa" yang dibolehkan.



Berikut disiarkan sepenuhnya soalan pembaca dan jawapan Dr Mashitah:

Jual diri kerana terdesak

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN Kuala Lumpur

JAWAPAN DR MASHITAH

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu terpaksa�, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. 

Komen: Mungkin Dr Masitah tu melihat secara global, masalah TERDESAK yg dipikul oleh ibu tunggal. Betul spt kata Dr Masitah, kita mesti melihat kepada keadaan seseorang itu, jangan main pukul rata.. lihat kes by kes. Bagi kes yg terdesak, itulah jawapannya. Dia tak sebut pun dalam konteks bagaimana, situasi (kebulur, ada makanan, etc), masa (perang, aman, etc), tempat (negeri ramai muslim, barat, etc) dll. Mungkin istilah terdesak tu memang terdesak yg "mengharuskan" kepada perbuatan itu seperti makan babi juga (haram), kalau keadaan dah darurat.. 

Mungkin terdesak ini maksudnya pilihan antara "hidup atau mati".

Zina tu bergantung juga kepada niat, kalau orang kena rogol takkan nak istilahkan zina juga. Ini kes antara melakukan zina (rela) dan kena rogol (paksa), tapi lebih kpd hampir kpd rogol. Allah melihat kpd perbuatan dan niat. Dan ini juga bukan masalah nak DISCREDIT ibu tunggal yg berusaha tungkus lumus mencari duit cara halal. Ini masalah hukum.

Sepatutnya Dr Masitah tanya lebih detail (tapi iyalah itu masalah dlm paper je), bukan setakat keluarkan fatwa berdasar sedikit info sahaja. Tanya detail tersangat detail kalau nak bagi pendapat, itu juga sifat takwa (berhati2). 
Wanita itu terpaksa menjual tubuh untuk terus hidup.. dan membesarkan anaknya (tiada alternatif lain yg lebih baik: bunuh diri atau kena pukul bila cuba lari atau melacur).Bukankah itu diketegorikan sebagai terpaksa?


Lojiknya kalo dia dah sebut di maafkan bermakna perbuatan itu tak elok lah..tak btui ka? Sebagai ilmuan, pendidik, memaafkan tu kan salah satu teknik mendidik?
" Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan ". persoalannya, apakah negara ini sudah ketahap darurat? jawapannya tdk! & tdk juga untuk terpaksa melacurkan diri.!

Cuba renungi kata2 ustazah itu...kenpa korang semua tak mengerti mksud yg tersirat? bukankah hukum itu mempunyai syarat2 tertentu? .jgn hentam kromo ja..kalo nk menilai orang...kaji ilmu dengan mendalam.baru la layak untuk memberi komen negatif

bukalah pemikiran.....ketahui batas2 hukum....kalo umat islam masih bersikap seperti ini...asyik kritik tanpa usul periksa nampak sgtla korang tu bangang!..cuba fahami betul2 apa yg ingin disampaikan..jgn baru dengar terus buat penilaian..
Cakap PAS pemerintahnya islam..ttapi hanya sekadar nama saja..gua tak setuju dgn u all yg mmbuat persepsi biadap terhadap penyampaian dr mashitah..di sini gua ingin menerangkan maksud wanita dibenarkan melakukan pelacuran .maksudnya kalau darurat...dipaksa, diugut dan terancam nyawanya..bukannya kalau tak dk duit..itu dah memang sah nk kena laknat...jgn silap faham!!!!

Karpal: DAP akan keluar Pakatan Jika PAS tetap Pertahankan Hudud!!






episod wayang politikal lapuk PAS diulang siaran. mungkin pada firasat sendiri nik aziz merasakan tarikh PRU13 akan berlangsung dalam masa terdekat, PAS mencampak kembali umpan tipikal mereka untuk memancing undi khusus kepada penganut islam yang belum sedar pendustaan tegar yang telah mereka lolongkan sekian lama - HUKUM HUDUD!

bagi PAS hudud bukan lagi perjuangan suci menegakkan panji2 islam, tapi umpan paling efektif untuk mensadiwarakan perjuangan politik mereka demi serakah kuasa. kerana mereka seharusnya sedar idea itu tidak pernah disokong oleh rakan2 mereka dalam PRabak, sedangkan PAS hanya memegang kerusi minoriti untuk menentukan dasar & halatuju pakatan itu.

hudud akan cuma berkumandang setiap kali menjelang PRU. seperti menjelang PRU tahun 1990 PAS meletakkan hukum hudud dalam senarai teratas manifesto mereka, tapi menjadi hajat yang pura-pura tak kesampaian kerana kenaifan mereka sendiri.

diksi hudud dibisukan sejak tahun 1995 bila mat sabu ditangkap khalwat dengan isteri orang dalam bilik 121, hotel perdana KB... mat sabu sepatutnya menjadi individu pertama dikenakan hukum hudud di kelantan. menjelang PRU tahun 1999 hudud dikompang lagi... begitulan juga dalam PRU-PRU selepas itu. (saksikan video di bawah untuk lebih pencerahan tentang pembohongan PAS berkaitan hukum hudud)



pendirian rakan2 pimpinan mereka dalam PRabak memberi satu justifikasi jelas hukum hudud hanyalah laungan retorik PAS semata-mata. anwar ibrahim & PKR tidak pernah menyatakan sokongan kerana itu pasti menjejaskan langkah mereka menjejak putrajaya. DAPig pula sudah memberi amaran keras menolak apa saja dasar bersama yang berkaitan islam... sebab itulah tiada sepatahpun perkataan islam atau hudud yang termaktub dalam BUKU JINGGA yang mereka canangkan.

PAS akan terus memperbodohkan penganut2 mereka dengan menjadikan hudud sebagai umpan PRU. mana mungkin hukum hudud dapat mereka laksanakan bila frasa NEGARA ISLAM juga terpaksa mereka mengalah dan diubah kepada NEGARA BERKEBAJIKAN!

"over my dead body!" - karpal singh



Wednesday, 14 September 2011

Mengapa saya menolak PAS




SALAM BAHAGIA UNTUK SEMUA
SAYA MENOLAK PAS BUKAN KERANA SAYA MEMUSUHI ISLAM TETAPI KERANA BEBERAPA FAKTOR YANG BUKAN SAHAJA MENYALAHI PENDIRIAN SAYA TETAPI PENDIRIAN DALAM AJARAN ISLAM ITU SENDIRI..

1. PEMIMPIN PAS MENIPU RAKYAT KAMPUNG DAN BANDAR YANG HAUSKAN AJARAN ISLAM MENGAKU BAHAWA PARTI ISLAM SEMALAYSIA SEBAGAI PARTI ISLAM DI MALAYSIA

2. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN UNDI PARTI PAS MENDAPAT PAHALA DAN UNDI UMNO/BN MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH

3. APABILA BERSAMA DENGAN PEMIMPIN DAP DAN PKR MEREKA MEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN DAN PERJUANGAN PARTI MEREKA DAN MENURUTI KEHENDAK MEREKA

4. PEMIMPIN PAS DAHULU BERKATA BAHAWA BERKERJASAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM ADALAH HARAM TETAPI KINI HALAL BERKERJASAMA DENGAN DAP.

5. PAS DAHULU MENGUTUK DAN MENGHINA ANWAR IBRAHIM DALAM KES RASUAH, SALAHGUNA KUASA DAN SALAH LAKU SEKS TAPI KINI MENJADI SAHABAT BAIK DAN BERSETUJU MENAIKKAN NAWAR SEBAGAI KETUA NEGARA.

6. PEMIMPIN PAS MENGGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.. TERJEMAHANNYA MENGIKUT KEHENDAK MEREKA..ULASAN MENGIKUT APA YANG DISUKAINYA..

7. PEMIMPIN PAS MENUDUH UMNO MENGAMALKAN RASUAH TETAPI DIKALANGAN PEMIMPIN PAS RAMAI YANG RASUAH

8. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN PEMIMPIN UMNO TERLIBAT DALAM SALAH LAKU SEKS TAPI ADA JUGA PEMIMPIN PAS YANG DITANGKAP KHALWAT DAN MENGAHWINI MUALAF DAN MENCERAIKANNYA KERANA NAFSU

9. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN HASIL YANG DIPEROLEHI OLEH KERAJAAN UMNO ADALAH HARAM TAPI MEREKA MENGAMBIL BIASISWA, GAJI BULANAN, MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BANK BUKAN ISLAM.

10. PEMIMPIN PAS BERKATA MEREKA MENYUBURAN SINAR ISLAM DI MALAYSIA TAPI MEREKA BERCERAMAH SAMBIL MEMBUAT FITNAH DAN TUDUHAN YANG MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM

11. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN MEREKA MENYANJUNGI KEPIMPINAN ULAMA TETAPI MENGUTUK DAN MENUDUH DENGAN PELBAGAI TUDUHAN DAN CACIAN TERHADAP ULAMA YANG BERKHIDMAT UNTUK KERAJAAN PIMPINAN UMNO

12. PEMIMPIN PAS TIDAK PERNAH BERTERIMA KASIH ATYAS BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA OLEH PEMIMPIN UMNO.. SATU INSIDEN DIMANA ROMBONGAN HAJI HADI TIDAK MENDAPAT VISA UNTUK MEMBUAT HAJI PADA TAHUN 2008 TETAPI ATAS PERTOLONGAN DATUK ZAHID ZABIDI MEREKA BOLEH MELAKUKAN IBADAT HAI DI MEKAH.. TAPI APAKAH BALASANNYA MENGUTUK DAN MENGFITNAH

13. PEMIMPIN PAS MENANAM PERASAAN MEMBENCIKAN PEMIMPIN UMNO SEJAK KECIL DI SEKOLAH KELOLAAN MEREKA DAN PUSAT AGAMA DAN INI ADALAH BERCANGGAHAN DENGAN SEMANGAT ISLAM YANG MEMINTA KITA BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN

14. PEMIMPIN PAS BERKATA MEREKA MENEGAKKAN KEPERIBADIAN ISLAM TETAPI MEREKA MENYOKONG DAN MEMPERTAHANKAN ELIZABETH WONG DALAM KES GAMBAR BOGELNYA

15. PEMIMPIN PAS MEMIHAK ORGANISASI KRISTIAN DALAM ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM MAJALAH KELUARAN ORGANISASI KRISTIAN DENGAN BERKATA DALAM AL QURAAN TERCATAT ORANG KAFIR MENGGUNAKAN ALLAH.. SUATU KENYATAAN YANG MENYESATKAN

AKHIR KALAM TAPI BUKANPENYUDAHAN HUJAH

SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA BAHAWA PEMIMPIN PAS YANG BERLAGAK ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN AGAMA TETAPI SELAYANYA MEREKA ADALAH PEMIMPIN POLITIK DAN MENGGUNAKAN SEGALA PENDEKATAN POLITIK UNTUK MENDAPAT KUASA

PERJUANGAN MEREKA BUKANLAH UNTUK ALLAH TETAPI UNTUK MENDAPAT KUASA DAN KEPENTINGAN PERIBADI

Tuesday, 13 September 2011

SIAPA SEBENARNYA YANG JAHIL???




Image

Berpuluh-puluh tahun, Mahathir dikatakan menentang dan menghina Islam. Mahathir dikatakan menentang hukum hudud sekaligus menjadikan Mahathir sebagai seorang kafir. Dijaja-jaja cerita Mahathir tidak sukakan hukum hudud dan amaran keras Mahathir menerusi surat kepada Nik Abdul Aziz agar hukuman tersebut tidak dilaksanakan di Kelantan.

Selama berpuluh tahun jugalah, kebanyakan pemimpin UMNO hanya segelintir sahaja yang sanggup menentang hujah PAS dengan hujah-hujah konkrit. Tetapi kebanyakan pemimpin UMNO yang lain sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat.

Benarkah Mahathir sebagaimana yang ditohmahkan oleh para pemimpin PAS? Benarkah Nik Abdul Aziz menipu dalam hal surat tersebut sehingga dia hanya berani mengatakan surat itu masih ada dalam simpanannya, tetapi tidak berani membuktikan kepada awam isi kandungan surat berkenaan?

Ini adalah isi kandungan surat yang dimaksudkan. Baca sendiri dan nilaikanlah, siapa sebenarnya yang berlidah cabang biawak!!!



Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.


1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (maslahat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.


3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.


4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:


(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.


Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.


(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.


Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.


Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.


5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.


6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.


7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Monday, 12 September 2011

Ikuti perjalanan kisah seorang tokoh yang disegani. Tun-M











PAS dulu tolak Komunis , PAS sekarang jadi penyokong kuat No 1 !





Risalah ini dikeluarkan oleh PAS Pendang pada Januari 1985 ketika kempen Pilihanraya .

"PAS mengajak masyarakat kepada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka kita tolak segala ajaran lain seperti kebangsaan, sekular, komunis, kapitalis ...."

Ini adalah zaman dulu PAS semasa di bawa Allahyarhan Fadzil Noor  dan menegakkan negara Islam dan menolak sekular, komunis ,kapitalis merupakan perjuangan sebenar mereka .

Tetapi hari ini bila naik sahaja ayam sabung PAS  Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden , terus ideologi PAS telah berubah secara drastik  dan kini diresapi pulak komunis .   PAS kini pejuangkan negara kebajikan dan terkini Mat Sabu mahu ubah sejarah mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan !

Ternyata PAS hari ini telah mengkhianati perjuangan dahulu PAS di bawah Fadzil Noor .

Saturday, 10 September 2011

SIRI 1: KENYATAAN NIK AZIZ-Sebab mulut badan binasa!!!


 1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
 
27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
 

Friday, 9 September 2011

PAS dulu tolak Komunis , PAS sekarang jadi penyokong kuat No 1 !




Risalah ini dikeluarkan oleh PAS Pendang pada Januari 1985 ketika kempen Pilihanraya .

"PAS mengajak masyarakat kepada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka kita tolak segala ajaran lain seperti kebangsaan, sekular, komunis, kapitalis ...."

Ini adalah zaman dulu PAS semasa di bawa Allahyarhan Fadzil Noor  dan menegakkan negara Islam dan menolak sekular, komunis ,kapitalis merupakan perjuangan sebenar mereka .

Tetapi hari ini bila naik sahaja ayam sabung PAS  Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden , terus ideologi PAS telah berubah secara drastik  dan kini diresapi pulak komunis .   PAS kini pejuangkan negara kebajikan dan terkini Mat Sabu mahu ubah sejarah mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan !

Ternyata PAS hari ini telah mengkhianati perjuangan dahulu PAS di bawah Fadzil Noor .

RISALAH MALAYSIA NEGARA RAKYAT CINA-DAP PERKAUMAN



BERTARIKH ASAL: 15 MEI 1978
PETIKAN: BULETIN DAP

Dilaporkan telah diedar kembali di kawasan negeri Melaka baru-baru ini.


__________________________

Rencana ini akan mengingatkan kita semua supaya menyedari hakikat matlamat perjuangan bangsa Cina Malaysia. Malaysia harus berada dalam didikan Cina mulai masa ini telah meningkat maju hingga dapat menguasai pelbagai aspek pembangunan dan ini diakui oleh pemimpin Melayu sendiri. Orang Cina telah banyak mencapai kejayaan dan kekayaan.

Wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi. Kita dapat MEMBELI KERAKYATAN DENGAN HARGA RM50 SAHAJA. Saya ingin menyatakan bahawa kaum Cina patut bersepadu DEMI MERUNTUHKAN BANGSA MELAYU.

Dahulu kini atau masa akan datang Malaysia akan berada di dlaam tangan bangsa kita, bangsa kita bangsa Cina. PEMIMPIN MELAYU AMAT LEMAH DAN BANYAK YANG PANDAI BERLAGAK DARIPADA MENJAGA KEPENTINGAN BANGSA SENDIRI.

Maka dengan adanya kesempatan ini perjuangan kita berhasil dan kemenangan dalam 20 arena politik dan tenaga sukarela kita. Ayuh, kita hapuskan hasrat murni sesetengah pemimpin Melayu agar kedudukan kita tidak terjejas dan bangsa MELAYU TERUS MUNDUR DI BAWAH TELUNJUK KITA.

Kita tanamkan sikap boros, murah hati dan suka memberikan pinjaman wang kepada bangsa Melayu agar mereka akan memuji tindakan kita dan mereka memuji orang Cina kaya dengan ilmu psikologi dan wang ringgit yang dapat menenggelami mata orang Melayu.

Hingga kini undang-undang diberi dan dibubarkan suara kita adalah utama. Pada masa ini, ramai pemimpin yang takut akan suara-suara kita tetapi orang yang paling kita takuti ialah DR MAHATHIR yang sekarang ini di belakang kerajaan. Mari kita bersatu padu demi keuntungan dan perniagaan yg menjadi bidang bangsa Cina mulia.

MULA-MULA KITA TUMPANG NEGARA ORG KEMUDIAN KITA JAJAH DENGAN CARA YG BERKESAN DAN RAPI.SEMUA PEMIMPIN DAP ADA MATLAMATNYA. INI MUNGKIN DALAM DUA ATAU TIGA PILIHANRAYA LAGI. KEMUDIAN KITA AKAN BERKUASA SEPENUHNYA DAN AKAN MEMECAH-BELAHKAN PEMIMPIN MELAYU YANG BODOH ITU.

Pemimpin orang Melayu itu sama seperti mereka berniaga iaitu modal banyak tetapi bodoh tidak mendapat keuntungan. Rancangan bangsa Melayu bodoh dan dikatakan tidak berjaya lembab, kerja lambat dan banyak menggunakan wang dan ini merugikan mereka sendiri SIKAP DENGKI ORANG MELAYU SENDIRI SEMAKIN MENINGKAT DAN MENYERONOKKAN KITA.

Kita bangsa Cina jangan sayang wang ringgit kerana ini SENJATA KITA UTK MENGUASAI EKONOMI MALAYSIA dan kita cuba sedaya upaya utk menjatuhkan perniagaan mereka. Sehingga kini kita telah menjatuhkan 15% daripada perniagaan mereka. Kita mesti berjuang dan menjaga kaum kita.

Kita jadikan orang Melayu kolot dan bodoh macam Papua New Guinea (macam org asli, macam orang binatang). Kemudian kita beri ubat dan racun agar mereka khayal dan asyik serta lahap pada orang Melayu.

Biar kita bertolak ansur secara bangsa kita dan berpura2 hormat kepada mereka dan memanggil mereka Tuan atau Encik agar mereka kembang bontot (bangga). Apatah lagi kalau kita memuji-muji mereka. KALAU PERLU MASUK ISLAM PUN TAK MENGAPA, ini boleh jadi lebih baik kerana dapat menjalankan dakyah dalam diam-diam tanpa disyaki.

Kita buat-buat percaya kepada agama mereka dan membiarkan mereka merasa bahawa kita menghormati mereka. Inilah senjata kita iaitu menjaga anak-anak kita dan generasi kita dari lembah DADAH kerana dadahlah yang merosakkan akhlak manusia.

KITA GUNAKAN DADAH UNTUK MEROSAKKAN ORANG MELAYU yang BAKAL MEMIMPIN NEGARA MEREKA HINGGA HANCUR. Dan bila sahaja hampir 60% kemajuan ini tercapai dengan selamat dari ilmu, orang Melayu akan pudar dan tidak akan berguna lagi kerana dipengaruhi dadah yg kita beri. Dalam 10 hingga 15 tahun lagi cerdik, pandai Melayu akan hilang dan generasi akan datang semuanya akan lemah dan hilang ilmu mereka.

SAYA RASA TAKUT, DENGAN ILMU TAUHID DAN BATIN, TETAPI TELAH HILANG DAN DISEBABKAN FITRAH KITA. BIAR ILMU MEMPERTAHANKAN MEREKA YANG HANDAL-HANDAL ITU AKAN BERPECAH BELAH DAN SETERUSNYA KITA BUNUH ORANG MELAYU DAN KITA PECAH-BELAHKAN MEREKA DGN MENGGUNAKAN DAKWAH KERANA MEREKA BERPEGANG KEPADA DAKWAH AJARAN MEREKA YANG MUDAH DIPESONGKAN.

Ternyata kita telah Berjaya melakukan dgn mengelirukan pemimpin ABIM dan melagakan dengan "PAS". Dengan ini kita dapat memecahkan parti PAS dan UMNO. Mungkin. Kita memecahkan pemimpin sama-sama mereka dalam kelompok yang lebih kecil lagi. Sabah dan Sarawak akan berpecah dari Malaysia atas angkara kita dan di bawah pimpinan Mahathir yg telah tua dan mementingkan diri sendiri.

Maka kita akan menjadikan Malaysia Negara kita apabila beliau tiada dan di sinilah berlakunya punca keruntuhan mereka seperti mana TUN ABDUL RAZAK DAN TUN DR. ISMAIL ORANG KUAT MELAYU yang telah tiada. Kita harus aktif dengan persatuan kita dan dari persatuan kita berdamping dan dapat tahu apa yg harus berlaku demi cita-cita kita.

Di sekolah sudah pun Guru-guru Cina memupuk rasa benci kalau boleh membunuh bangsa Melayu. Sepandai-pandai Melayu akhirnya Melayu hilang. Dari pandai-pandai murid melayu, hanya 20% hingga 30% yg berjaya. Lihat di hospital lebih 80% terdiri dari kaum Cina. Oleh itu ramai dapat menolong kita bergembira dan berusaha lagi supaya tidak terbuang peluang ini.

RAHSIA KERAJAAN, RAHSIA POLIS MAHUPUN TENTERA, KITA USAH RISAU, KERANA KITA ADA ORG DALAM. PEREMPUAN, JUDI, ARAK DAN DADAH SEMUA DAPAT MEMBANTU KITA.

Adakah saudara Cina tidak bersemangat berganding bahu dgn saya? Saya yakin ini adalah benar. Orang Cina terkenal dengan sikap bersatu padu dan berkelompok dari dulu lagi.Marilah kita sama-sama berjuang di samping pemimpin Cina yg berkaliber.

DAP akan menjadi kuat, jadi kita akan mewujudkan semua semangat datuk nenek kita terulung di Malaysia. Pemimpin-Pemimpin hebat kita sedang berusaha mahu menawan negeri Melayu yang kuat. Ini adalah Johor. Bila yang paling kuat berjaya ditawan, negeri yang lain akan lagi senang. Kita pun sudah diberi bantuan Singapore.

Kita dahulu yg pandai bersyarah di Melaka dahulu. Marilah kita memuji perjuangan Hang Li Poh dan Laksamana Shing Ho Yang berjaya memikat dan membuktikan ada Raja Melayu dahulu yg senang diperdayakan dengan ramai orang Cina ke Melaka. Inilah perjuangan kita.Saya sangat berharap agar semua orang Cina menumpaskan hak orang Melayu kepada hak org Cina.

Bangunlah bangsa Cina dengan apa sekalipun walaupun terpaksa melakukannya dalam paksaan. Kejayaan kita berasaskan kerjasama serta persefahaman bangsa Cina yang sememangnya cerdik pandai. Ke arah matlamat kita: MALAYSIA HAK ORANG CINA 10 TAHUN LAGI.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya