Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 5 January 2012

Apa tujuan DAP tarik melayu sertai parti itu?

 Keadaan semakin gawat apabila DAP semakin hari semakin liar menarik orang-orang melayu masuk parti itu.. Apa yang gua nampak disini, motif DAP hanyalah nak mengaburi mata orang melayu pada pilihanraya nanti dimana gua difahamkan 2 orang melayu dari Blogger UMNO akan bertanding di Pahang iaitu calon yang sebelum ini dibariskan oleh MCA dari BN yang mana calonnya menang berturut-turut tanpa kalah,
 DAP bijak memainkan peranan bila mengalihkan perhatian yang menampakkan orng melayu dihadapan itu yang kononya Orang melayu bakal diberi kuasa. sekali pon mereka diangkat menjadi MB pahang sekalipun, harus diingat pucuk tertinggi Parti Itu dan timbalannya adalah sudah tentu bukan orang melayu.



Orang melayu yang melihat calon melayu yang mewakili DAP bakal mengundi Melayu nanti jika dikawasan itu  calonnyaa orang melayu berbanding BN yang meletakkan calonnya dari MCA yang mewakili orang dari Parti Cina..





Penulis blog terkenal dari kalangan Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.


Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.


Difahamkan juga, Dato' Mohd Ariff yang menjadi Adun Pulau Manis (dalam parlimen pekan) pada tahun 2004-2008, merupakan kawan baik kepada Najib Razak selain pernah menjadi setiausaha kepada Najib. Adalah menjadi satu penanda aras, mereka meninggalkan Umno tanpa mengira apa jua kepentingan yang ada. Lebih membingungkan Umno apabila DAP pula menjadi pilihan..


Inilah yang dikatakan Politik, Bijak berfikir dalam menentukan hala tuju parti.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya