Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 20 January 2012

Memori: Anwar dalang perlembagaan baru?



                                           


Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, di Ipoh baru baru ini mendedahkan bahawa telah wujud cubaan untuk merangka perlembagaan baru..
Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia sekarang.
Kenyataan Harussani tersebut telah menyebabkan beliau diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak khususnya disebelah parti pembangkang menafikan wujudkan dakwaan Tan Sri Harussani tersebut.
Namun peliknya secara tiba-tiba semalam Nurul Izah anak kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa Iaitu Anwar Ibrahim mengatakan

adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.” Rujuk sini.


Kenyataan Nurul Izah itu seolah-olah membawa maksud bahawa perkara 153 yang melibatkan hak istimewa orang Melayu itu adalah sudah tidak relevan lagi di laksanakan di Malaysia pada hari ini.
Khalifah Umar Al Khatab sewaktu membuka Negara Parsi di katakan juga telah memberi perlindungan kepada penduduk asal Parsi.
Dikatakan sewaktu Parsi menerima islam, kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Manakala ramai penduduk Parsi pula yang miskin dan ramai yang telah menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.


Pada pandangan Saidina Omar, sekiranya dibenarkan orang-orang kaya Arab membeli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.


Bagi Mantan Presiden PAS peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.


Menurut Ustaz Fadzil Noor lagi larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi . Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.
Sementara itu menurut maklumat yang diketahui, perbincangan pertama untuk merangka perlembangaan baru itu dikatakan dilakukan di Institut kefahaman dan Tamadun Islam ISTAC, sebuah pusat kajian islam UIA.
Difahamkan kumpulan yang pro kepada Anwar Ibrahim dikatakan terlibat dalam usaha merangka perlembagaan baru tersebut.


Di Istac sehingga kini dikatakan antara kumpulan yang masih setia dengan Anwar Ibrahim ialah
Profesor Osman Bakar. Beliau dikatakan intim dengan Anwar Ibrahim 
semenjak dari zaman ABIM hinggalah sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).


Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University,Osman Bakar pernah mengisi jawatan tersebut.
Sebagai pemuja kepada idea orientalis barat, Osman Bakar seperti Anwar Ibrahim seolah-olah terpengaruh dengan idea penyosangan pemikiran islam bawaan barat di Universiti tersebut.
Semasa menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown Universiti beliau pernah mengeluarkan kenyataan “The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there’s freedom”


Seolah-olah meletakan segalanya ada di bumi Amerika menyamai fungsi Kota Mekah bagi umat islam.
Oleh itu kenyataan Tan Sri Harussani berkaitan perlembagan baru ini ada asasnya jika kita mengaitkan dengan beberapa scenario di atas. Oleh yang demikian dapat dikatakan kerangka perlembagaan baru ini sebenarnya dibawa oleh Anwar Ibrahim melalui kumpulannya bagi menjayakan usaha slogan harapan baru Parti Keadilan Rakyat.


Bagi Anwar perlembagaan sedia ada terlalu dekat dengan kerajaan sedia ada-oleh itu suatu kaedah baru perlu dirangka untuk mematikan nostalgia rakyat Malaysia terhadap kejayaan kerajaan pemerintahan sedia ada.
Salah satunya ialah merangka perlembagaan baru dan ini juga yang telah dirangka oleh Kamal Atarturk dalam usaha menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Bani Uthamaniyah Turki suatu ketika dahulu hingga akhinya runtuh satu system pemerintahan terbesar kerajaan di dunia islam hingga menyebabkan lahirnya sebuah Negara haram Yahudi Israel di tanah umat islam Palestin.


Berdasarkan senario ini adakah Pulau Pinang yang sebelum ini pernah ada penempatan Yahudi akan menerima nasib yang sama seperti mana bumi Palestin gara-gara-perlembagaan baru yang dirangka Anwar Ibrahim, dan rakyat Malaysia akan menerima kehilangan sistem institusi kesultanan yang meletakan islam sebagai perkara tertinggi dalam perlembagan sebagaimana rakyat Turki pada hari ini.?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya