Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 11 January 2012

Sikap memberontak umat Islam merugikan diri sendiri


 
Umat2 Islam sangat suka menjatuhkan pemimpin Islam mereka seawal dari zaman Khalifah Uthman lagi. Ini adalah kerana mereka lemah dan mudah terpedaya dengan tipudaya orang2 Munafik pada zaman itu. Setiap kali ianya berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Tetapi Ulamak terdahulu berjaya mengekalkan kestabilan politik dan kedamaian dalam negeri dengan mentaati pemerintah. Ini adalah kerana mereka sedar akan perpaduan Ummah dan jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir.

  
 

Orang2 Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO kini hidup dalam keadaan hidup yang jauh dari sunnah dan diperintah oleh orang kafir. Jika kita rajin meneiliti koleksi ucapan2 Dr Mahathir semasa pemerintahannya, kita akan dapati beliau selalu menyeru kepada nilai2 murni yang ada pada sunnah Islam itu sendiri. Malah pentadbiran dizamannya banyak menjurus kepada amalan mendekati sunnah disebalik tentangan beliau terhadap hudud PAS dan amalan pemakaian janggut.
                                                    
                                               
                                               
                                                   
Di Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Orang2 Iraq kini sudah terbit penyesalan kerana bersubahat dengan orang kafir menggulingkan Saddam. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah kita rasa seronok terhadap apa yang berlaku di negara Islam Timur Tengah kini?
 
Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin. Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.
Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]


Kerajaan Islam yang dipimpin UMNO tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam dan banyak lagi.Jika Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj malah Imam Syafii sendiri pun mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini, mengapa ulamak PAS sanggup berarak berdemonstrasi nak menggulingkan kerajaan UMNO yang tidak setanding dengan kezaliman memusnahkan Kaabah?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya