Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 18 January 2012

Undang2 negara dianggap lapok kerana tidak menyokong hak Kaum Sejenis-Anwar

 Dalam mengulas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pendapat Raja Petra Kamaruddin (RPK), Human Rights Watch (HRW) dan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) hampir senada.
 PKR hari ini cuba mempertahankan ketua umumnya Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.
Menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.
Kata PKR lagi Anwar Ibrahim tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

Jom kita lihat semula kenyataannya ketika wawancara bersama BBC

Rujuk minit 1:53 -3:01 video di atas.

Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.

“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Soalan wartawan BBC jelas bertanyakan Anwar tentang persoalan gay dan sekatan undang-undang. Soalan ini ditanya rentetan kes liwat Anwar di mahkamah yang diputuskan hakim dengan ‘dibebaskan’ dan ‘dilepaskan’ daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Justeru itu wartawan bertanyakan Anwar, apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay ?
Apakah PKR sudah kelam kabut apabila Ketua Umumnya menyokong homoseksual.??
Dimana perginya Hadi Awang? Nik Aziz??

Mari kita kupas isu ini satu persatu.
1) Pendapat Raja Petra tentang Anwar ??

 
 "Jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah.
“Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.
“Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu”, 


2)LGBT – Pencabulan Hak Asasi Seksual Minoriti


Ketika Anwar dituduh melakukan aktiviti liwat II, kumpulan LGBT Malaysia merupakan kumpulan pertama yang berkempen membela Ketua Pembangkang.
Pada 1 Julai 2008, kira-kira hampir seminggu kes liwat II terbongkar, kumpulan LGBT Malaysia menggerakkan satu kempen mendapatkan sokongan tanda tangan untuk menyokong Anwar IbrahimAgak luar biasa tindakan LGBT itu kerana mereka bertindak membela pemangsa dan bukannya mangsa.

Mereka menggangap amalan seks merupakan hak setiap individu yang perlu dihormati.

Seperti pendapat HRW, LGBT juga mempertikaikan soal perundangan terutamanya Seksyen 377A dan 377B yang melarang setiap individu melakukan aktiviti seks di luar tabie.
Menurutnya, undang-undang seumpama ini bersifat mendiskriminasi dan melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada siapa yang harus didiskriminasi di atas apa-apa pun alasan.
                          

Pada bulan Ogos 2003, mereka telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam) mendesak agar ditamatkan diskriminasi dan keganasan terhadap LGBT dan menuntut agar dipenuhi tiga perkara:
Pertama; menuntut agar menghormati hak asasi manusia semua rakyat, termasuk LGBT, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.


Kedua, menuntut agar dimansuhkan semua undang-undang jenayah berkaitan tingkah laku seksual di kalangan saling dewasa yang bersetuju atau melakukan aktiviti seks atas dasar suka sama suka.
Ketiga, melarang media daripada memaparkan isu-isu LGBT secara tidak adil yang disifatkan sebagai mendiskriminasi kelompok tersebut.


Ambiga merupakan salah seorang yang pegerusi Bersih juga dilaporkan melancarkan program anjuran kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu pada 9 November 2011, jam 8 malam di The Annexe Gallery, bersebelahan Central Market, Kuala Lumpur.Lihat disini  



Perayaan LGBT Malaysia (Seksualiti Merdeka) bermula pada Ogos 2008, iaitu sejurus Pakatan Pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menang besar dalam Pilihanraya Umum ke-12.


Sambutan perayaan LGBT itu mendapat inspirasi daripada perayaan tahunan LGBT Singapura, IndigNation, di mana 4 aktivis LGBT Malaysia, Pang Khee Teik, Jerome Kugan, Jac SM Kee dan Farish A. Noor dihantar ke negara tersebut untuk menimba pengalaman.

Seksualiti Merdeka mendapat sokongan utama daripada The Annexe Gallery dan kumpulan LGBT Malaysia serta sokongan padu daripada Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, Amnesty International dan beberapa NGO lain.


Selain 4 individu di atas, Seksualiti Merdeka turut menyebut beberapa nama lain yang menggerakkan organisasi itu antaranya; Shanon Shah, Tan Beng Hui dan Toni Kasim.



Pada Mei lalu, dalam online chat anjuran Yahoo Malaysia, Anwar ditanya pendiriannya tentang masa depan LGBT Malaysia, jika berjaya menawan Putrajaya dengan adanya PAS bersama dalam pakatan tersebut.Anwar menjawab beliau tidak akan mendiskriminasikan hak asasi mana-mana pihak.
Dakwanya PAS tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut.
                
                                  


 Lihat disini program bersama Yahoo Malaysia


“Kita mengiktiraf kepentingan keluarga dan institusi perkahwinan. Tetapi kita tidak perlu terlalu menggangu (kehidupan peribadi individu) atau mendiskriminasi hak orang lain. Jawapannya adalah melalui proses pendidikan dan PAS menerima pandangan ini,” katanya.


       


Jawapan Anwar itu menarik minat kumpulan LGBT yang turut membahaskan jawatan Ketua Pembangkang itu di kalangan kumpulan mereka.


“Ia adalah baik untuk mengatakan kita tidak harus mengganggu atau mendiskriminasi, tetapi hakikatnya (ia) tidak akan berhenti (setakat) gangguan dan diskriminasi sehingga kita meletakkan dasar-dasar yang baik di tempatnya,” kata Pang Khee Teik pengasas bersama Seksualiti Merdeka.


Katanya lagi, dia juga mengiktiraf kepentingan keluarga dan institusi perkahwinan, tetapi dalam masa sama institusi keluarga juga harus mengiktiraf LGBT untuk mendapatkan hak-hak mereka dalam masyarakat.



Grace Poore dalam satu rencananya kepada NGO IGLHRC menyeru kepada kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia agar menyokong Anwar Ibrahim dan partinya, Parti Keadilan Rakyat demi untuk menjamin kebebasan kumpulan tersebut di negara ini.


                
                     Link: http://www.iglhrc.org/cgi-bin/iowa/article/takeaction/partners/238.html


Sebagai seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia, Grace Poore juga turut aktif sebagai Penyelaras Serantau Asia dan Kepulauan Pasifik IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission), sebuah NGO LGBT yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).


Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan dalam Twitternya bahawa beliau tidak bersetuju untuk menghalang Seksualiti Merdeka. Lihat laman twitternya kenyataannya  pada 3 November 2011.
         







 3) Kumpulan pro Gay Philipines sokong Anwar
                     
   Kenyataan ProGay disiarkan dalam tempo.com.ph pada 11 Januari.Selaras dengan keputusan mahkamah itu, organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina itu menyeru agar undang-undang yang menyekat kebebasan aktiviti liwat di Malaysia iaitu 377 Kanun Keseksaan perlu dihapuskan kerana dianggapnya sudah ketinggalan zaman.
“Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadapnya,” kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia pertubuhan pembela kaum gay itu.
Dibaca dari kenyataan ProGay itu, boleh bermaksud kebebasan untuk melakukan aktiviti seks songsang tanpa sekatan undang-undang merupakan satu ciri demokrasi yang diperjuangkan oleh individu-individu demokratik.
“ProGay juga melihat kemenangan (Anwar) di sisi undang-undang itu sebagai langkah positif untuk hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia”



Menurut facebook ProGay-Philippines gerakan kumpulan itu bermula pada bulan September 1993 apabila sekumpulan aktivis pelajar gay telah mengenal pasti keperluan kumpulan mereka yang dianggap minoriti untuk menubuhkan satu gerakan bagi kebebasan kebangsaan dan sosial mereka (a movement for their national and social liberation).


Ia bermula di beberapa buah sekolah di Manila dan diperluaskan serta membina rangkaian dengan bahagian-bahagian lain dalam negara itu.
Kemudian, pada 26 Jun 1994, kumpulan gay ini telah menganjurkan perarakan Gay (pride parade) pertama di Asia yang dinamakan ‘Gay March’ untuk mengetengahkan isu-isu mereka berkaitan dengan kesaksamaan sosial yang mereka percaya bahawa perjuangan untuk pembebasan (liberation) gay adalah perjuangan untuk kebebasan negara (national freedom).


Kini, ProGay menjadi satu organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina, bukan sekadar menjadi pembela kumpulan gay di negara itu, malah juga menjadi pembela individu gay yang tertindas disebabkan sekatan undang-undang di luar negaranya.
Pada 27 September 1998, selepas 25 hari Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ProGay tampil mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“ProGay mengutuk rejim fasis Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menyemarakkan kebencian anti-gay dalam serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim.
“Sekali lagi, ramai orang lelaki yang cintakan keamanan, biseksual, gay, lesbian dan transgender di Asia dan di tempat-tempat lain sedang difitnah oleh kedua-dua golongan ortodoks dan moden fundamentalis ekstrim.


“Masyarakat minoriti seksual Malaysia dihancurkan oleh kombinasi jahat antara kumpulan nationalis dan fanatik agama yang tidak kena pada tempatnya”, katanya dalam kenyataan media bertajuk “We’re Here, We’re Queer, We Should Dump Mahathir!” yang berbaur emosi kemarahan melampau.
Selain membuat kenyataan media, ProGay turut mengadakan bantahan dengan berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Manila.


Oleh kerana kerana itulah dalam temuramahnya bersama BBC, Anwar mengganggap undang-undang di negara ini lapok dan hak tersebut perlu dihormati.Ini juga bertepatan dengan saranan Hassan Ali yang menggesa agar rakyat menolak Anwar dan yakin jika Anwar menjadi PM, ia akan menggubal semula akta-akta ini.


Boleh lihat semula kenyataannya yang disiarkan  disini:


4) Lihat semula kongres PKR yang membawa slogan demi rakyat.


                              


                                    

Simbol tangan terbuka adalah simbol hak asasi manusia (human rights).
‘simbol tangan’ mungkin diambil dari ‘kepak burung merpati’ yang menjadi simbol utama hak asasi sebelum ini.
                               
Kemudian, simbol burung merpati ditukar kepada simbol tangan yang digunakan secara universal sebagai simbol hak asasi manusia.


                          
‘Rights’(Hak) sama dengan’Freedom’(Kebebasan), yang bermaksud perjuangan yang bertunjangkan hak asasi manusia maknanya memperjuangkan kebebasan manusia.
Lihat perbezaan antara kedua-duanya logo ini dibawah:
                         
                       
Bukankah semuanya sama ??



Bloggers Unite for Human Rights 2009 menjelaskan lagi maksud ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu.
Boleh lihat disini : http://www.bloggersunite.org/event/bloggers-unite-for-human-rights-2009


“Setiap individu dilahirkan dengan hak-hak dan kebebasan asas iaitu hak untuk kehidupan, kebebasan dan keadilan!”, lapor blog itu.
Blog itu menterjemahkan secara lebih jelas slogan-slogan di sebalik tangan yang diangkat secara terbuka itu iaitu ‘property‘, ‘Equality‘, ‘freedom‘, ‘justice‘ dan ‘Hope‘.


Menurut blog itu terdapat tiga badan antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia iaitu Amnesty International, Human Right Watch dan Youth For Human Rights yang kesemuanya dikaitkan dengan tajaan penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Slogan-slogan ini merupakan slogan yang diperjuangkan oleh Freedom Institute Indonesia dan Akademi Merdeka Malaysia.


 George Soros, juga adalah penyuntik dana kepada HRW.

Kata Soros; “HRW adalah salah satu organisasi paling berkesan yang saya sokong. Asas Hak Asasi Manusia menyokong aspirasi terbesar kami iaitu (untuk mewujudkan) masyarakat terbuka.”

5) Laporan eksklusif Anwar bersama Agence France-Presse

Wartawan Agence France-Presse turut bertanyakan soalan-soalan yang lebih sensitif berkenaan dengan aktiviti homoseksual.

Anwar menjawab; ‘hak peribadi rakyat perlu dilindungi’.Menurutnya, walaupun majoriti masyarakat Islam tidak boleh menerima amalan homoseksual, namun beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dianggap zalim menggunakan undang-undang untuk menceroboh kehidupan peribadi seseorang.
“Soalannya, bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu hak peribadi rakyat serta pilihan peribadi mereka sendiri?.
“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia peribadi individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya fikir undang-undang (berkaitan homoseksual) perlulah dipinda.
“Isunya adalah pencerobohan ruang peribadi individu, dan oleh itu, kita perlu meminda (undang-undang) bagi memastikan undang-undang tersebut tidak digunakan kumpulan-kumpulan keterlaluan yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat atau nilai-nilai mereka di luar skop undang-undang.
“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti. Saya fikirkan (juga) kaitan dengan ajaran-ajaran Islam dan amalan budaya rakyat Malaysia. (namun) Saya fikir, kita perlu ingat bahawa pencerobohan rahsia peribadi individu itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula”, katanya.
Laporan eksklusif Anwar bersama Agence France-Presse turut disiarkan International Herald Tribune dan Sodomy Laws.
Ketika ditanya lanjut berkenaan tuntutan perkahwinan sejenis oleh kumpulan hak asasi manusia di Barat, Anwar berkata meskipun beliau seorang liberal tetapi tuntutan perkahwinan sesama jenis agak keterlaluan.
“Perkahwinan gay terlalu jauh sedikit,” katanya. “Saya seorang yang liberal dalam banyak perkara tetapi saya fikir perkahwinan gay agak sedikit jauh”.
Pada tahun 2007, ketika Anwar menghadiri program the Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT) di Bangkok, beliau ditanya lagi berkaitan dengan homoseksual
“Apakah jenis Islam yang anda anuti ? Adakah anda seorang Muslim Liberal atau progresif dan jika anda dipilih menjadi Perdana Menteri (PM), apakah yang anda lakukan terhadap isu homoseksual? Adakah anda juga akan mendiskriminasi homoseksual di Malaysia? “, soal salah seorang peserta kepada Anwar.
Menurut Susan Loone, wartawan Malaysia yang turut mengikuti program tersebut, Anwar terlalu berhati-hati menjawab persoalan itu.
“Jika saya tunjukkan sedikit toleransi, awak akan berkata..di sana..anda sudah terperangkap”
Anwar berkata beliau adalah seorang muslim “Liberal-Demokrat”.
Jika beliau menjadi PM, katanya, beliau akan memberi kebebasan kepada setiap individu melakukan haknya dan bukan menjadi tanggungjawabnya untuk menyiasat kehidupan peribadi individu tersebut.
“Anda tidak boleh menangkap orang, pukul dan paksa dia supaya dia mengaku seorang homoseksual”, katanya.Menurut Susan Loone kata-kata Anwar itu merujuk kepada kes adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan penulis ucapannya, Dr Munawar Anees.
Jelas disini menunjukkan bahawa penglibatan Anwar Ibrahim keatas isu-isu  kebebasan suara ini amat menjengkelkan sekali.Inikah pemimpin yang ingin  di angkat oleh rakan sekutu PAS sebagai PM??Berdasarkan beberapa bukti diatas yang dikemukakan, anda diluar sana sendiri boleh memikirkan akan kesahihannya..



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya