Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 2 February 2012

Beza APCO & Anwar sokong keselamatan negara Israel yang membunuh ribuan rakyat Palestin


 Seperti semuanya tahu bagaimana sifat Anwar yang selalu cakap tak serupa bikin, bila dia jumpa rakannya dari orang Yahudi, ia mula menyokong usaha Yahudi, tetapi bila ia kembali ke negara ini, ia kononya membantah Yahudi dengan mengaitkan APCO.
Lihat Kenyataan Anwar Di Wall Street Journal:



Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”..Anwar Ibrahim menyokong semua soal keselamatan Israel, Apakah Israel selama ini pernah mementingkan soal keselamatan Palestin dengan sewenang-wenangnya membunuh jutaan rakyat Palestin yang tak berdosa???
Sebelum nie kecoh puak2 pembangkang dengan mengaitkan APCO dan Yahudi.
Isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman. 

Association of Public-Safety Communications Officials-International (APCO) @ Maknanya “American Protocal Communication Outfit” – singkatannya APCO.

 Maknanya perkataan APCO yang muncul di dalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi.Berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. Sistem yang digunakan PDRM tu adalah APCO P-25 atau Project 25 iaitu satu sistem piawai komunikasi radio digital yang digunakan oleh agensi2 keselamatan di Amerika untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan lain-lain agensi sekiranya berlaku kecemasan... P25 ni fungsinya sama dengan protokol TETRA Eropah... Dengan sistem ni, katakan berlaku tsunami, PDRM akan menggunakan protokol P25 untuk menghubungi pasukan SMART, Bomba, Tentera, MKN dll untuk mendapatkan bantuan.

 

APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakan kongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan “1-Malaysia” dan “One-Israel” kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi?Bagaimana dengan slogan “PAS 4 All” dengan slogan “Israel 4 All”? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan.?


                  
               
                   
Bagaimana pula dengan lambang “Satu-Mata” Illuminati Yahudi dengan lambang “Satu-Mata” Parti Keadilan.? Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo?


                                         
Walaupun sekarang sudah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO! Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam isu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi - pekak, bisu dan buta” kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita.



Lihatlah gambar dibawah ini yang menyentuh hati sesiapa sahaja  tatkala melihat kerakusan Zionis Israel yang sewenang-wenangnya membunuh orang yang tak berdosa.. Apakah sinonimnya ucapan Anwar yang mengucapkan “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel".  Apakah soal keselamatan yang hendak di jaga oleh Anwar itu lebih penting berbanding keselamatan rakyat Palestin sendiri.?? Umum juga mengetahui betapa rakusnya Zionis Israel yang tidak henti-henti membunuh jutaan rakyat Palestin.
                                            

  Bila melihat gelagat golongan ini, barulah faham mengapa Fir’aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya.


Bukti Anwar mendapat sokongan Yahudi Israel





No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya