Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 23 February 2012

Anwar tidak akan saman WSJ



                        


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.


Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam hari ini, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.


‘‘Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.
‘‘Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,’’ katanya.


                                    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini, hari ini.
Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.
Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini.


Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.
Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.


“Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.
                                    
‘‘Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,’’ katanya.
Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.


Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.
‘‘Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,’’ ujarnya

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya