PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 23 February 2012

Hadi Makin Celaru … Kutuk Israel Tapi Tak Serang Anwar!



Mungkin takut melihat kemarahan pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia yang mengecam dan mengutuk Anwar Ibrahim kerana mempertahankan Israel melalui The Wall Street Journal baru-baru ini, Presiden Pas terpaksa mengeluarkan kenyataan tergemparnya mengenai Israel.
Hadi Awang, sebagai rakan sekutu Anwar mungkin sedar tentang kemunafikan Anwar yang sangat jelas itu secara tiba-tiba mengeluarkan press statement di Harakahdaily, khusus mengenai pendirian Pas mengenai Israel yang disifatkan sebagai negara haram.

Dalam kenyataan itu, Hadi hanya memperkatakan tentan Israel saja dan mengeluarkan hujah-hujah yang orang semua tahu dan setuju. Semuanya mengutuk Israel. Zionis..Israel..Zionis..Israel…itu saja. Lepas tu letak firman Allah sikit untuk kuatkan hujahnya.Tapi yang peliknya, dia tak berani pulak kritik Anwar dan kenyataan “Imam Mahdi dari timur” itu. Sikit pun dia tak sentuh Anwar mahupun kenyataan Anwar yang memihak kepada Zionis Israel!
Tapi yang peliknya, dia tak berani pulak kritik Anwar dan kenyataan “Imam Mahdi dari timur” itu. Sikit pun dia tak sentuh Anwar mahupun kenyataan Anwar yang memihak kepada Zionis Israel!Padahal, boleh dikatakan semua pemimpin Islam di seluruh dunia mengecam Anwar atas kenyataannya mengenai Israel di Wall Street Journals!
Di Indonesia, para cendekiawan dan ulama Islam semuanya mengutuk dan marah pada Anwar kerana kenyataannya itu. Ikhwanul Muslimin, Hamas dan boleh dikatakan semua pertubuhan Islam mengecam Anwar dan kenyataannya.
Tapi, Hadi tak berani pulak kecam Anwar? Heh!
Begitukah wajah Pas selepas era Allahyarham Fadhil Noor? Saya rasa, sekiranya arwah masih hidup, mungkin beliau dah tarik janggut Hadi Awang kuat-kuat. Setakat janggut Nik Aziz, dah tentu arwah cukur sampai licin!
Nampaknya Hadi tak faham dan seolah-olah “pura-pura” tidak nampak isu sebenar.
Memang umat Islam marah pada zionis Israel. Tapi sekarang ni orang bercakap mengenai kenyataan Anwar mengenai Israel!
Atau memang benar “telur” Pas telah digenggam Anwar di era Hadi Awang? Baguslah begitu.
Lain kali pecat la Hasan Ali. Lepas ni pecat Nasharudin, Azizan, Harun Taib, Taib Azamuddin dan Haron Din pulak. Baru la Anwar bertambah sayang…heh!

1 comment:

Darah Satria said...

step 1: masuk PAS
step2: pakai kopiah
step 3: kutuk kerajaan
step 4: kutuk najib
step 5: kutuk JKKK (jangan lupa selitkan lawak sekali)
step 6: kapir kan orang..
step 7: kutuk umno....

maka berteriak la segenap penyokong PAS mengatakan ko ustad baru...
Akhlak Rasulullah yng terpuji xpernah maki hamun org atau memberi gelaran yng buruk kpd makhluk ciptaan Allah d muka bumi ini. RENUNGKAN sikap pmimpin & pnceramah PAS skrng ni .

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya