Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 23 February 2012

Langgar bai’ah “maka akan celaka dunia dan akhirat”. – Abdul Hadi


Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Selasa.
Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.
Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.
Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.
“Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.
– BERNAMA
    

Rasa kelakar betul bila baca kenyataan Presiden PAS yang semakin terpinggir ini. Bila masa pula mereka berbai'ah celaka dunia akhirat?!!
Bukankah mereka bai'ah kan talak rumahtangga sendiri?

Dan jikalau benar sekali pun bai'ah tersebut akan membawa kecelakaan dunia akhirat jika melanggar hukum Islam, maka apa akan terjadi kepada semua wakil rakyat dan pemimpin PAS yang begitu tegar bersekongkol dengan musuh Islam dan penjual agama selama ini?

Malah, kadang-kala pemimpin PAS sendiri turut serta dalam pesta melacurkan agama!


1. Menentang amirul mukminin



2. Mengetuai perarakan keagamaan bukan Islam


3. Menyertai upacara keagamaan bukan Islam


4. Membiarkan kafir mempermainkan "ALLAH"


5. Mempertahankan kemungkaran



6. Mempertahankan perbuatan ZINA dan kemungkaran


7. Menolak hukum Islam demi undi kafir


8. Bersekongkol dengan musuh yang mahu menghancurkan Islam

Ini baru lapan perkara yang kami senaraikan. Sebenarnya banyak lagi kemungkaran dan pelanggaran hukum Islam yang telah PAS lakukan selama ini.

Itu belum ungkit isu kematian sia-sia pejuang PAS dalam peristiwa Memali kerana kononnya mahu menegakkan negara Islam. Sekarang bukan setakat negara Islam sudah ditransformasi menjadi Negara Kebajikan, Hudud pun sudah lama tidak kedengaran.

Jadi, sekarang ini, Hadi Awang boleh kira tidak, berapa ramai pemimpin PAS yang akan mendapat CELAKA DUNIA AKHIRAT?!!

* Kerajaan BN bantu rakyat dengan BR1M dikatanya rasuah...habis elaun RM100 setahun untuk warga emas (DAP Penang) dan RM100 untuk shopping (DAP-PKR Selangor) itu apa?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya