Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 23 February 2012

Pas Patut Pecat Nik Aziz Juga!!!



  
   

Dalam Pakatan Rakyat, depa ada satu polisi yang hampir sekata – kutuk semua orang boleh tapi jangan kutuk Anwar.  Inilah kesnya yang menimpa Hasan Ali sebelum disingkirkan dari Pas.


Hasan Ali kondem semua dalam Pas, termasuk keputusan Muktamar Pas untuk menggugurkan negara Islam dan digantikan dengan negara berkebajikan.


Walaupun begitu, tidak ada tindakan disiplin yang dikenakan Pas ke atas Hasan Ali.


Tapi sebaik sahaja Hasan Ali bukak mulut, kondem Anwar, dengan serta merta Hasan Ali dipecat tanpa dihadapkan untuk pendengaran dan diberi peluang membela diri.  Jawatan sebagai Exco juga digugurkan walaupun secara teknikal Hasan Ali masih ada masa untuk merayu keputusan tersebut.


Itu fakta, itu bukti.


Sekarang ini Nik Aziz pulak buat hal.  Dia kondem Anwar kerana buat kenyataan untuk melindungi keselamatan Israel jika berjaya memerintah negara.  ‘Kondeman’ itu pula dibuat secara terbuka, termasuk dalam media-media arus perdana yang seringkali dituduh pro UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan sebagainya.


Apa maksudnya itu?  Maksudnya, Nik Aziz mahu orang Malaysia tahu bahawa dia berani menyanggah Anwar, tak seperti pandangan umum, Pas adalah anjing kepada PKR dan DAP – duduk bila disuruh duduk, menyalak bila disuruh menyalak.


Setakat media, portal dan blog pembangkang sedia ada (termasuk Harakah), ‘suaranya’ itu tidak sampai satu Malaysia.  Hanya yang taksub Pas dan kaki cari ubat kuat seks sahaja yang tahu, orang lain tidak tahu.


Keadaan ini sudah mewajarkan untuk Nik Aziz dipecat dari Pas.  Macam mana nak buat tu, lantaklah tapi kalau keadilan  jadi pegangan, maka nasib yang menimpa Hasan Ali patut juga menimpa Nik Aziz.


Hakikatnya, jarang kita lihat Nik Aziz ‘bertelur’ bila bercakap tentang Anwar.  Dalam keadaan biasa, ‘telurnya’ masuk ke dalam untuk menyanggah Anwar, tapi kerana mengenangkan nasib Pas dalam pilihanraya umum akan datang jika soal Israel ini terus menerus dikaitkan dengannya, maka Nik Aziz tampil juga menyanggah.


Tapi Nik Aziz terlupa, dalam hal Israel ini, Pas keseorangan.  Dua komponen lagi, PKR dan DAP tidak berbunyi langsung kerana mereka juga bersetuju dengan Anwar, cuma tidak mahu mengucapkannya sahaja, takut-takut bala yang menimpa Pas sekarang, menimpa mereka juga.


Dalam Pas juga Nik Aziz dan Majlis Syura Ulamanya bersendirian.  Walaupun kuasanya besar tapi tanpa sokongan majoriti pemimpin bukan ulama yang kini menguasai Pas, Nik Aziz silap-silap hanya jadi lambang sahaja manakala Majlis Syura Ulama perlahan-perlahan akan hilang kerana tidak ada lagi ulama yang boleh mengisi badan tersebut.


Nik Aziz hanyalah Mursyidul Am Pas kedua selepas arwah Yusoff Rawa.  Kalau tahun-tahun awal penubuhan Pas dulu, tidak ada pun jawatan  Mursyidul Am, yang paling tinggi hanyalah Presiden.  Tapi dek terpengaruh dengan Revolusi Syiah Iran, maka Pas wujudkan jawatan Mursyidul Am untuk disamakan dengan Ayatollah dan Majlis Syura dengan Badan Pelindung yang kini menguasai Iran sebagai kuasa utama.


Tujuan penulis menyebutkan ini ialah, jawatan Nik Aziz bukan wujud sejak azali dengan Pas, ia datang kemudian dan juga boleh dibubarkan.


Seorang pemimpin Pas memaklumkan kepada penulis, Nik Aziz mungkin sukar dipecat tapi jawatannya itu  boleh dihapuskan melalui pindaan perlembagaan parti dalam muktamar jika pertelingkahan mengenai isu Israel ini berterusan dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya