Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 10 February 2012

Patrick Wong Dibunuh untuk menutup penyelewengan kerajaan Selangor




Keratan Utusan Malaysia 20 November 2009.

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pengendali portal berita Free Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh.
Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.


                               
Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Free Malaysia Today.
Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.


                                         
“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.
“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.



“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),” dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com.
Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.
Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.
Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.
Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah ‘dihalalkan’ walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.


                                      
“Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang,” dakwanya.

KENAPA DAP TIDAK MAHU MEMPERJUANGKAN KEMATIAN PATRICK WONG? 
RPK mendedahkan bahawa kematian Patrick Wong adalah dibunuh dan bukannya kemalangan. Pendedahan ini datangnya dari penulis artikel Pakatan Rakyat sendiri.
Dapat dilihat disini belang DAP yang sebenar dimana sewaktu kematian Teoh Beng Hock dahulu mereka inilah yang berebut-rebut mahu menjadi jaguh dalam mempertahankan Teoh Beng Hock. Dan kini, mengapa mereka tidak memperjuangkan kematian Patrick Wong? Adakah kerana RPK mendedahkan bahawa kematian itu berkait rapat dengan ADUN PKR dalam skandal pasir Selangor?

Mana ketelusan DAP? PAS pula yang sentiasa terhegeh-hegeh mahu menubuhkan Suruhanjaya Diraja dalam apa sahaja isu tidak mahu bersuara langsung. Mana perginya suara "jaguh-jaguh" Pakatan Rakyat?
                                   
                      Apakah exco-exco Kerajaan Selangor ini juga terlibat sama?? Siapakah orangnya?
Umum juga semua sudah mengetahui dimana Hassan Ali kini sudah di buang dari menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Agama.,
Hassan juga turut mendedahkan terdapat beberapa parasit dalam Pakatan Rakyat. Persoalannya. siapakah yang terbabit??Begitu juga beberapa Exco dari DAP yang kerap mencampuri urusan dalaman termasuklah isu DUMC.

Adakah ADUN DAP mempunyai kaitan dengan pembunuhan Patrick Wong??
Sinonim juga jika Pakatan Rakyat tidak mendesak campurtangan pihak berkuasa agar menyiasat pembunuhan ini seperti apa yang diperlakukan terhadap Teoh Beng Hock.

                               
Teringat kembali tatkala Datuk Seri Khir Toyo mengaitkan DAP dengan samseng "lombong pasir".


                                            
                                 
Seperti katanya : "Jika mereka hendak ambil tindakan pada saya, mereka patut juga ambil tindakan padanya. "Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti.Bila Teoh Beng Hock dijumpai mati ditolak oleh Tan Boon Wah, Ronnie Liu adalah paling emosional lakunannya yang tidak boleh menerima berita kematian itu.

                                          
Bagaimanapun, DAP Selangor tahu Teoh pernah menyuarakan rasa bengangnya dengan Ronnie Liu kerana melibatkan samseng dalam pentadbirannya. Budak baik macam Teoh tak boleh terima kerja haram bos dia sendiri.

Teoh beng Hock juga merupakan saksi penting. Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.SPRM memulakan siasatan terhadap penyelewengan berkenaan wang peruntukan pembangunan ADUN DAP disalurkan kepada organisasi dan individu yang tidak wujud.


DAP didakwa menjalankan kegiatan 'mencuri' peruntukan itu dengan pengetahuan ADUN berkenaan dengan menubuhkan syarikat, invois serta projek palsu bagi membolehkan wang sebanyak RM500,000 seorang setiap tahun, dialihkan ke dalam akaun parti itu. Pada 29 Julai 2010, akhbar The Star melaporkan Tee Boon Hock, seorang ahli majlis perbandaran Klang didakwa telah menggunakan surat dan cop rasmi beliau bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak


Siasatan ini hanya terhenti seketika apabila polis menyiasat SPRM Selangor berikutan kematian mengejut Beng Hock.Beng Hock yang dikatakan telah dipaksa melibatkan diri dalam skandal itu telah membuat salinan kesemua invois palsu dan segala bukti penyelewengan berkenaan dan menyimpannya di dalam cakera padat. Salinan itu telah diberi kepada seseorang untuk disimpan dengan selamat.
                                                             NONE
Wee Chee Keong pernah membangkitkan penglibatan kongsi gelap dalam pentadbiran Ronnie Liu tapi sampai disitu saja dan DAP Selangor yang dipimpin oleh Ean Wah.Kemuncak hati bengkak Teoh ialah dia menyalurkan maklumat kepada SPRM tentang kaitan Ronnie, Ean dan kongsi gelap dalam pentadbiran PBT Selangor.Untuk rekod semua fail kes ADUN-ADUN Selangor yang lain telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa untuk di bongkar.

ADUN-ADUN Cina yang terlibat semua ada berkongsi Majlis Perbandaran yang sama. Sebagai contoh, Teressa Kok (Kinrara) dan Hannah Yeoh (Subang) adalah dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya; Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Bukit Tunku) pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Alasan DAP untuk Khir Toyo dedah nama pemimpin DAP yang terlibat dalah trick untuk coverline bila betul-betul Khir Toyo smash individu tersebut.
Baca semula kenyataan media mengenai isu curi pasir disini

Seperti yang kita semua maklum Ronnie Liu adalah seorang gangstar yang banyak terlibat dengan kerja-kerja underground sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Dia pernah terlibat dengan sindiket pelacuran dan pelbagai kegiatan gelap lagi.Persoalannya kenapa Ronnie Liu beria-ia menghalang penjawat awam yang terdiri dari anggota Polis dan PBT menyerbu Hotel Chile? Sedangkan Hotel itu terang-terangan terlibat dengan kegiatan pelacuran melibatkan wanita warga China?
                                              
Selepas menjadi wakil rakyat dan diangkat sebagai exco kerajaan tempatan Selangor, maka dia telah pun menjadi taikun besar. Segala kegiatan-kegiatan haram di Selangor semuanya dikawal olehnya maklumlah dia yang berkuasa keatas agensi kerajaan tempatan.
                                                       
Ronnie juga pernah terlibat dengan pengeluaran surat-surat palsu untuk untuk projek-projek Majlis Perbandaran Klang yang bernilai jutaan ringgit.Selain itu dia juga bersekongkol dengan taikun-taikun cina yang terlibat dengan pencurian pasir di Selangor.
Berkenaan dengan perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang. Jawatan tersebut kosong sejak beberapa bulan yang lepas, tetapi tidak diisi sehingga kini kerana calon-calon yang ditemuduga tidak kena dengan selera Ronnie selaku exco PBT.

Klang adalah lubuk kepada segala kegiatan haram samseng-samseng cina. Apabila tidak ada YDP maka sudah tentulah si samseng-samseng bermarajalela dengan perniagaan-perniagaan haram mereka. Ronnie sengaja membiarkan jawatan berkenaan kosong dalam tempoh yang lama.
Klang adalah lubuk DAP dan membiarkan DAP terus bermarajalela disana.Selagi tidak ada calon yang boleh dicucuk hidung oleh Ronnie untuk mengisi jawatan YDP MPK , maka selagi itulah jawatan berkenaan akan dibiarkan kosong oleh mereka.
Kita masih ingat isu perselisihan faham diantara Hasan Ali dan Ronnie Liu sehingga membawa kepada tindakan memulangkan balik arak yang dirampas oleh pihak PBT di Selangor. Ini antara kronologi bukit PAS hanya kuda tunggangan di dalam Pakatan Rakyat. Merayu simpati undi dari bukan Islam demi kuasa politik mereka.Natijahnya mereka sebenarnya tidak layak memimpin dan maruah mereka berada di tapak kaki DAP.
Isu arak di Selangor sebenarnya masih belum selesai sepenuhnya. Kita perlu melihat bagaimana Hasan Ali mempersoalkan penjualan arak di kawasan orang Melayu dan aku setuju secara peribadi bahawa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Kenapa? Kerana arak adalah antara punca terbesar keruntuhan moral sesuatu bangsa itu. Berpunca daripada arak jugalah gejala sosial lain akan meningkat naik.

                                  

                                                
Di Selangor selepas DAP menjadi "group leader" dalam memerintah jelas menunjukkan rakyat Selangor menghadapi masalah gejala sosial yang teruk.Pengguguran Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor memudahkan lagi kerja-kerja DAP. Hala tuju PAS sudah berjaya di tukar, kreabiliti Adun PAS sudah berjaya di mainkan. Apa lagi yang tinggal dengan PAS? Hasan Ali berjaya disampahkan oleh orang-orang PAS yang gilakan pangkat dan jawatan. Siapa lagi yang mampu sergah DAP di Selangor?

                                    
Ronnie adalah antara orang pertama mendesak supaya Komunis diperakui sebagai pejuang kemerdekaan. Kenapa? Ini kerana beliau pernah memperakui secara terbuka bahawa semasa kecil beliau adalah sebahagian dari PKM, Parti Komunis Malaya.Dia kata dia tak tahu apa-apa dan main ikut-ikut.Kalau main ikut-ikut, kenapa Ronnie boleh masih memperakui komunis sebagai pejuang. Kenapa dia sendiri boleh mengenali karakter komunis India bernama Asi dan menghormatinya dengan terbuka?

Ronnie mestilah seorang yang aktif dalam gerakan komunis. Dia mengaku hanya membawa bekalan makanan,
ubatan dan lain-lain untuk pengganas komunis dihutan. Pastinya dia mendapat sedikit sebanyak latihan senjata dan cara perang gurila dalam hutan. Sekarang bolehkah kita faham kenapa dia mewakili kawasan kampung baru yang kita tahu adalah bersimpati pada komunis?
Fahamkah kita kini kenapa dia berkait rapat dengan kumpulan samseng gangster Cina? Fahamkan kita kenapa dia terlibat dalam kegiatan haram hingga Theresa Kok boleh memperakuinya sebagai Robin Hood. Adakah maksudnya curi dari orang dan kasi orang lain?

Komunis adalah sebahagian dari gerakan Cina Nanyang atau Cina Pinggiran Pantai yang bukan hanya mahukan cari makan tetapi dahagakan kuasa politik. Perbincangan menubuhkan Bintang Tiga atau PKM melibatkan perbincangan dengan British dan Kuomintang untuk menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bintang Tiga mahu menuntut kuasa dan mahu membunuh Raja-Raja Melayu selepas Jepun menyerah kalah.Ronnie Liu beria-ia hendakkan kerajaan ampunkan Chin Peng.

                                                       
 Tulisan Ronnie dalam laman web DAP [www.dapmalaysia.org] pada 1 September 2005 kononnya ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan telah menyinggung bekas perajurit seperti Kanang Langkau. Pengganas PKM telah membunuh banyak nyawa sepanjang perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Komunis. Kanang sendiri dianugerahkan Pingat Gagah Berani kerana berjuang menentang keganasan komunis. Tulisan itu menafikan para pemimpin UMNO termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang sebenar kemerdekaan. DAP dan Ronnie sendiri menafikan menolak sumbangan Tunku Abdul Rahman.
Baca lagi pembohongan Ronnie Liu  Disini

Jika diteliti akan kesahihan berita ini, begitu banyak campurtangan dari ahli-ahli DAP bermula dari kuasa, sehinggalah kepada penyelewengan sejarah..

Selangor kini menghadapi berbagai-bagai krisis dalaman yang semakin hari semakin teruk.

Berbalik pada soal pembunuhan Patrick Wong,RPK akan meneruskan pembongkarannya.. sama-sama kita saksikan.

Bersambung...

1 comment:

hakimrahim said...

Ive beeen living in selangor for more than 10years, banyak faedah yang dapat dirasai semenjak pembangkang ambil alih. Everything just great, islamic makin ditekankan, alhamdulillah.. ekonomi sangat2 memberangsangkan berbanding negeri dibawah pimpinan BN yang hanya bertakuk pada kerajaan pusat dan pemalas. banyak hutang dari untung. apa ke benda melaka jadi negeri maju, sedangkan hutang keliling pinggang.. kt Pekan sahaja, berapa bnyak projek dilaburkan kt sne, sdgkn byk lagi tmpat perlu ambil perhatian...Dalam hidup, Islam adalah segalanya, menyokong parti yang menentang islam adalah HAram, Menyokong parti menegakkan syiar Islam adalah Wajib..As Muslim, I pray n vote for Islam.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya