Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 1 March 2012

Terkini!! PAS semakin teruk, sedia terima bukan Islam sebagai Timbalan Presiden??

PAS semakin hari semakin teruk. terkini. PAS mengeluarkan kenyataan yang menerima bukan Islam sebagai Timbalan Presiden Parti itu.. PAS semakin hari semakin teruk dan makin tersimpang dari perjuangan sebenar setelah  bersama Pakatan Rakyat. Kini PAS lebih bersifat kepada puak Endorgan, PAS kini dilihat telah berpecah kepada beberapa puak.

 Inilah yang dikatakan Hassan Ali sebagai Parasit didalam PAS yang ingin menguasai parti itu.Matlamat sebenar perjuangan PAS telah hilang 100% dan gua percaya, ahli PAS dari pucuk pimpinan parti sehingga kepada akar umbi dibawah kini telah betul-betul meluat dan menyampah dengan sikap PAS yang semakin hari semakin ghairah & menggila untuk keputrajaya.

Sila baca pendedahan terbaru dibawah ini yang gua ambik dari akhbar utama rujukan PAS "Harakah".

                Link:PAS sedia isi jawatan timbalan presiden daripada bukan Islam

 Persoalannya di sini adalah dimanakah ‘Fatwa PAS’ untuk undi bukan Islam kepada PAS!

Jika kita masih ingat sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu, PAS mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac 2008 yang lalu, petugas PAS mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.

Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, Mohammad Nizar mengatakan beliau adalah Menteri Besar untuk semua kaum!

Bagaimana pula undi bukan Islam kepada PAS? Halal ke Haram ? Bagi penulis persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata PAS? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi PAS?

Jika haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam, jadi apa sebenarnya tujuan PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang mana rata-ratanya bukan orang Islam. Dan sekarang kerusi Timbalan Presiden pula hendak ‘dilelongkan’ kepada bukan Islam!


Ustaz Abdul Hadi kelihatan begitu bangga ketika melancarkan Kelab Penyokong PAS sebelum pilihanraya PRU – 12 yang lalu dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh mereka kafir, tapi bila PAS buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada PAS yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke PAS dengan Kelab Penyokong PAS mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam!


 Lihat apa yang Tun M perli tentang PAS yang disiarkan di Malaysiakini.



Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, " orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam ". 

``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah PAS jawab,``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara PAS, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha PAS sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina ketika pilihanraya yang lalu?

       
Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong PAS yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. PAS atau UMNO. Wal Halalku..Wa Harammu!



Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam PAS. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya sebelum itu.

PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah PAS bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa, hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

                                                    
Slogan undi PAS masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh.

UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.

Kepada penyokong-penyokong PAS yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk PAS itu akan masuk ‘syurga’ kerana beliau sendiri pun tiada kepastian.

                                              
Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan ‘neraka’ kerana tak masuk PAS. Adakah dengan mengundi PAS mereka akan dapat ‘tiket’ masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.

Jika mengambil kira kata-kata Pemimpin PAS ini bahawa " orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam ", maka kepada pengundi-pengundi PAS untuk PRU ke-13 nanti harus berfikir dua kali sebelum mereka keluar mengundi nanti. Takut-takut HARAM pula jadinya undi anda kerana bertentangan dengan kehendak lslam.

                                                         
Nampaknya slogan DAP ganti PAS Bakal menjadi kenyataan.
Take beer.!!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya