Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 23 February 2012

Tidak perlu berbaiah kepada manusia biasa: Dr Mahathir


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata seseorang Muslim tidak perlu berbaiah kepada pemimpin yang hanya orang biasa. 

Katanya, seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.
"Baiah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama.
"Tidak ada perlu baiah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak baiah buat apa?" kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda" anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini. 

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbaiah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya "akan celaka dunia dan akhirat". 

Dr Mahathir berkata, PAS cuba mengongkong pemikiran penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan baiah di dalam parti itu. 

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal, Dr Mahathir berkata Anwar memang menyokong Israel. 
"Jadi Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) nak cuba pertahan dia kononnya soalnya kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan? 

"Ya, itu adalah satu amalan antarabangsa. Kita kalau nak ada sekatan kita mungkin melanggar undang-undang antarabangsa," katanya. 

Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak boleh menyokong Israel sama sekali kerana negara itu ditubuhkan daripada tanah yang dirampas daripada hak orang lain dan ini bukan satu perkara yang betul. 

"Walaupun dunia mengiktiraf Israel, ia pula cukup ganas dan membelakangkan undang-undang antarabangsa seperti membuat sekatan ke atas Gaza di Palestin. 

"Inikah manusia yang patut kita jaga keselamatan dia? Orang patut jaga dia daripada serang orang lain, bukan jaga keselamatan dia," katanya. 

Beliau berkata, beribu rakyat Palestin ditahan di dalam penjara di Israel, kebanyakannya tanpa bicara dan ia adalah satu rejim yang cukup zalim. 

"Jika Amerika Syarikat hendak menukar rejim pemerintahan sesebuah negara, rejim Zionis Israel perlu ditukar dahulu," katanya. 

Mengenai pelancaran badan bukan kerajaan JATI semalam, beliau berkata Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, menyatakan JATI bukan sebuah parti politik tetapi beliau sepatutnya menerangkan apakah matlamat JATI seperti perjuangannya dalam memperjuangkan Islam. 

"Saya tidak suka lebih banyak parti lagi ditubuhkan, ia memecah-belahkan orang Melayu yang sudahpun berpecah kepada tiga, kini mereka berpecah kepada empat, lima, enam sehingga menjadi minoriti," katanya. 

Ditanya mengenai kerajaan perpaduan UMNO bersama PAS, beliau berkata: 

"Kita dah buat dulu kita masukkan PAS dalam BN tapi dia bukan memperjuangkan Barisan Nasional dia cuma memperkembangkan pengaruh dia sahaja semasa jadi menteri dan sebagainya. 

"Jadi tak ada keikhlasan untuk bekerjasama sebab itu kita berpecah dan sekarang ni mereka tidak suka nak bekerjasama dengan UMNO, mereka nak kerjasama dengan DAP hingga sanggup gugur bahasa nak dirikan negara Islam pasal nak kerjasama dengan DAP...itulah PAS." 

Dr Mahathir berkata, apa yang membimbangkan ialah bangsa Melayu masih lagi kaum termiskin di Malaysia dan jika ia terus berpecah menjadi lemah, harta mereka akan jatuh ke tangan orang lain. - BERNAMA

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya