Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 23 February 2012

Tidak Saman Dan Tidak Tarik Kenyataan Bukti Anwar Memang Sokong Israel

                                           








   
     
     


    



KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata keengganan Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika Ketua Pembangkang itu benar-benar menghormati pendirian Pas.

Ini kerana tegasnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberi kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman WSJ.

Justeru kata beliau lagi oleh kerana Anwar memilih untuk tidak menyaman maka beliau sepatutnya menarik balik kenyataan tersebut.

“Puteri UMNO percaya keengganan Anwar Ibrahim menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan telah menindas rakyat Palestin.

“Sebab itu beliau juga tidak mahu menarik balik kenyataannya biar pun jelas tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Pas yang hakikatnya membantu pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Malah jelas beliau lagi kenyataan Anwar Ibrahim kononnya Nik Aziz mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu sokongan terhadap Israel itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am Pas dipandang remeh oleh Anwar.

“Puteri UMNO juga melihat betapa pemimpin Pas semakin lemah sehingga tidak mampu berbuat apa-apa termasuk untuk mendesak Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

“Tidak ada gunanya jika Pas terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf walau seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel”, ujarnya. -MediaUMNO




No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya