Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 12 February 2012

Tujuan Anwar berjumpa pemimpin Palestin untuk membersihkan imejnya.

                                          


                              Pertemuan Anwar dengan pemimpin Hamas dan al-Qaradawi dkatakan mampu menolak kesan negatif terhadap kenyataannya berhubung Israel yang panas dalam negara.


Anwar mempunyai hubungan baik dengan al-Qaradawi, ilmuan Islam yang memberikan imej positif kepada pemimpin pembangkang itu, terutama ketika berdepan isu seperti dakwaan terlibat skandal.


Rasa kurang senang turut tercetus dalam kalangan PAS, sekutu Anwar dalam gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat.


                                                  
                                                       
Anwar dilihat membuat kenyataan "menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel" dalam wawancara dengan akhbar perniagaan yang menjadi salah satu rujukan utama komuniti bisnes dan politik antarabangsa itu sebagai usaha menarik sokongan Barat menjelang pilihan raya umum.


Kecaman terhadap Anwar bermula serta-merta selepas wawancara itu diterbitkan oleh akhbar Wall Street Journal.


Khaled yang akan berundur daripada jawatannya dalam Hamas menandatangani perjanjian menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Fatah di Doha, Qatar yang meletakkan Mahmoud Abbas sebagai perdana menteri dan pada masa sama kekal sebagai presiden dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan.


Perjanjian dengan Fatah itu walau bagaimanapun tidak mendapat persetujuan sepenuhnya pemimpin Hamas berpangkalan di Gaza, Palestin, termasuk Ismail Haniyeh dan Mahmoud al-Zahar, yang mengkritik perjanjian itu dan pemilihan Abbas sebagai perdana menteri

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya