Wednesday, 21 March 2012

Ciri Ulama Su" akhir zaman




Telah bersabda Rasulullah SAW.
“Wailun li -ummatii min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“ Rosaknya perilaku ummatku adalah berpunca dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENAHAN SEGALA KEINGINAN HATINYA ”

Ciri-ciri Ulama’ Suu’. (Orang orang yang pandai, alim tetapi berfikiran jahat).
1. Bersabda Rasulullah saw,” Ulama’ itu adalah kepercayaannya Rasul , selama dia itu tidak bercampur gaul dengan Sulthan dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia… Maka tatkala dia bercampur dengan Sulthan dan menyampuri urusan duniawi, maka sesungguh dia itu telah berkhianat kepada Rasul. Maka berhati-hatilah terhadap mereka”.
(Hadits dari An Anas rawahu ‘Aqili.Kitab Jami’us shogir )


Keterangan Hadith :


ORANG ORANG YANG PANDAI DALAM ILMU AGAMA SELAGI DIA TIDAK BERGAUL DENGAN PEMERINTAH KECIL ATAU BESAR , DAN TIDAK TERLIBAT DALAM URUSAN POLITIK DUNIANYA ATAU DALAM KERAJAAN SESUATU BANGSA DAN NEGARA, MAKA SELAMA ITULAH ORANG ORANG INI MASIH SELAMAT JIWA RAGANYA DAN RATA RATA MASYARAKAT MASIH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SETULUS HATINYA. TETAPI JIKA PARA ALIM ULAMA INI SUDAH BERGAUL DENGAN PARA PEMERINTAH DAN MENCAMPURI URUSAN POLITIK DUNIANYA MAKA ramai pun yang sudah kurang percaya dengan kata katanya. Dengan sendirinya orang tidak akan menjadikan si alim itu sebgai tempat rujuknya lagi kerana sudah kurang dan ada kalanya langsung tidak percaya lagi…inilah hakikatnya.. Itulah pengertian BERKHIANAT DENGANKU..Berbeza pula pada pandangan saya mengenai ulamak atau orang orang alim tertentu yang tidak suka melibatkan diri dalam politik israel ini lebih menjadi tumpuan ramai..


Kenapa jadi begini..Apabila seorang ahli agama berdamping dengan raja yang zalim atau fasiq maka dia akan mengikuti segala keinginan dan kehendak para penguasa politik itu. Kenapa…Kalau alim ulama ini tidak menyediakan perkara atau apa sahaja yang menyokongnya untuk mengekalkan kuasa pemerintahan atau perbuatan yang syubhat itu, maka hilanglah tempat cari makan dan periuk nasi sumber mengumpulkan kekayaan dan pangkat. Hanya pemerintah yang boleh memberikan pangkat Dato’,orang kebanyakan tidak layak berbuat demikian..Kenapa suka dengan wang, kuasa dan pangkat serta gelaran ? ..Jawablah sendiri..

2. Memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.
Bersabda RAsulullah saw ,” Kerusakan bagi orang yang alim yang tidak mengamalkan ilmunya ”.

Mereka memiliki ilmu “bersedekah”, tetapi mereka rasa tamak dan kedekut, atau mahu membantu tetapi mengharapkan beritanya tersebar melalui corong mikrofon, sembang di pasar atau di dalam berita TV, surat kabar, dll. Qiaskan wahai saudaraku muslimin muslimat..pada perkara menyentuh dan menyakiti hati muslim yang lain dan larangan menyakiti hati walaupun orang kafir di dalam hadith yang lain. Marilah kita semua mengamalkan ilmunya, jangan sakiti walaupun haiwan melata tetapi kita menggembirakannya walaupun kita miskin tanpa harta di dunia..

3. Bersabda Rasulullah saw ,” Barangsiapa menuntut ilmu dan dengan ilmunya itu nanti nama keilmuan dirinya akan tersebar meluas di kalangan masyarakat ramai – ‘di kampung atau di bandar..”,

Keterangan Hadith : “ Mereka mencari ilmu bukan semata mata menuntut redha Allah, menjalankan perintah Allah dan Rasulnya, melainkan untuk mencapai kemasyhuran dan menjadi terkenal dengan kebijaksanaan dirinya berpidato atau berceramah di atas pentas termasuk di depan lanser kamera..perbuatannya pergi balik untuk belajar ilmu itu sangat baik baik..tetapi selitan niat yang jahat di dalam hati sanubarinya itu yang merusak segala galanya..

4. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu mereka kelihatan menonjol di mata orang-orang bodoh”,

Mereka khuatir dikata bodoh, sehingga mereka menampakkan seolah-olah mereka adalah termasuk golongan orang yang berilmu tinggi.. Maka, mereka akan tampak menonjol dimata orang-orang yang bodoh. Tetapi di hati para yang a’rif billah hanya berada dalam pandangan disudut tepi mata kirinya sahaja bahkan memandang pun tidak sudi..kenapa.. Bukan ilmu yang dia lihat tapi syaitan syaitan iblis yang melingkarinya..sedarilah wahai saudara saudaraku wal ‘iyazubillah min zaalik.

5. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu orang-orang banyak tertarik kepadanya ”.
Atau dengan menyampaikan ilmunya, mereka hanya ingin supaya orang-orang lainnya tertarik padanya dan menjadikan dirinya kiblat ilmu.. Dan bukan untuk menjalankan perintah Nabi untuk syiar agamanya.

Bersabda Rasulullah saw , “Allah subhanahu wata’ala akan memasukkan orang orang itu ke dalam Neraka.”
(hadits rowahut tirmidzi, kitab Jami’us soghir)


6. Telah berkata para ‘arif billah : Manusia itu tergolong kepada empat golongan yang membezakan darajat dirinya dengan derajat diri orang lain walau orang itu alim atau kaya raya atau miskin merempat papa kedana.

Yang pertama, kelu lidah tidak pandai berbicara ditambah pula buta sekalian mata hatinya.- itulah sifat orang jahil 90 persen dirinya dibalut nafsu .

Yang kedua, lancar lidahnya petah kata katanya tetapi sayang buta sekalian mata hatinya dari melihat alam yang ajaib ajaib kekuasaan dan keagungan Allah.- itulah alim ulama suuk. 90 persen dirinya dibalut nafsu 10 persen dirinya dikuasai aqal fikiran.

Yang ketiga, kelu lidahnya di depan ulama, tetapi mata hatinya melihat mereka dan kejahatan mereka yang tersembunyi disebalik tudung serban dan jubahnya lagi melihat da mendapat ilmu hikmah yang melimpah ruah.

Yang keempat dan terakhir, petah lidahnya bertutur mengatur urusan menjadi khalifah Allah memakmurkan bumi, mata hatinya kasyaf kunni melihat segala rahsia kebesaran Allah swt. Orang seperti ini jarang jarang ditemui, mereka adalah kekasih Allah yang sentiasa menjauhkan diri dari manusia berkebun dan bertani memakmurkan bumi sebagai khalifah untuk diri dan murid muridnya sahaja.

Manusia ini tidak menuntut habuan dunia dari kerajaan mana pun yang memerintah, orang orang seperti ini kebanyakkannya menjauhkan diri dari kesibukkan politik dunia dan lebih senang baginya fana’ baqa billah setiap masa dan ketika.

7. Di bawah ini adalah pandangan peribadi yang sengaja dinaqal dari seorang tua yang tidak pernah dikenal orang siapa dia itu. Beliau pernah menyebutkan perkaranya dengan jelas tetapi penulis mengungkapkannya semula dalam bentuk pantun atau sajak ataupun puisi yang hanya menjelaskan sedikit gambaran daripada maksudnya yang sebenar. Mungkin amat mudah memahaminya. Kenapa penulis tidak menyebutnya secara jelas sahaja bukankah itu lebih mudah? Sebenarnya berqias dan bermadah adalah amalan para anbiya warmursaliin wassyuhadai wassalihin..walauliyail muqarrabiin, wabihi nasta’iin ala umuurid dunya waddiin..
” Ingatlah Wahai Saudara Yang Mulia, Ingatlah Mahkota Dan Baju Kita, Jangan Hanya Pandai Bicara, Amalkan Juga Apa Di Kata, Ingat Beringat Tuntutan Baginda, Muga Selamat Gelaran Ahli Agama, Pandai Berkata Pandai Menjaga. Jangan Kata Munafiq Dia, Kita ini Lebih Nifaq Sebagai Bapa…”

“ Asyiq Gemar Mentertawakan Orang, Hobi Suka Mencari Salah Jiran,
Mungkin Tabiat Intai Hak Orang, Zip seluar Lupa Nak Betulkan..”

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Ata’ Muruunannaasa Bilbirri Watansauna Anfusakum Wa Antum Tatluunal Kitaaba Afalaa Ta’qiluun.

” Kamu Menyuruh Manusia Berbuat Baik Tapi Kamu Lupakan Perangai Diri Kamu Sendiri, Adakah Kamu Tidak Memikirkannya Ke..”

Kenali Ulama Su" di akhir zaman.!!



Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai "ulama suk (jahat)."

Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi


1. Cinta dunia
Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).

2. Ilmu yang tidak global
Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.

3. Sudah tidak mewarisi nabi
Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."

Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.

4. Ulama sudah dimiliki
Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.

5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki
Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.

6. Kejumudan dan liberalisme
Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.

7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal
Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.

8. Bekerja untuk dapat duit
Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...

Tuesday, 20 March 2012

Kenapa Hadi Awang keluarkan kenyataan mengenai Yahudi?

                                    
Ungkapan Hadi Awang yang mengatakan boleh bekerjasama dengan Yahudi kini dilihat seperti mahu membela ketua mereka iaitu Anwar Ibrahim yang "menyokong penuh keselamatan Israel seperti yang didedahkan oleh akhbar luar WSJ yang lalu.

 Jika difikirkan, kenapa Hadi Awang selaku Presiden PAS menyatakan demikian? tidak lain dan tidak bukan hanyalah nak membela Anwar Ibrahim, cuma intonasinya berbunyi lain sedikit iaini:

 "Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis" ,

Benarkah PAS bebas dari fahaman zionis?? jika benar apa yyang diungkapkan oleh Hadi Awang, kenapa PAS seperti berfahaman Zionis yang memecah "Hassan Ali" yang hendak membela Islam?

Kenapa PAS bersikap seperti zionis yang terang-terang menuduh sembarangan dan melabel seseorang sebagai kafir, dayus dan seringkali memporak-perandakan keadaan negara yang kini aman dengan berbagai-bagai perhimpunan yang disertai?

PAS kini cakap tak serupa bikin, perjuangan PAS kini terumbang ambing kesana kemari.