Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 29 March 2012

DAP Corruption! : Tanah Bayan Mutiara, Penang!




Inilah contoh pentadbiran Kerajaan Negeri Kerajaan yang penuh dengan penipuan dan putar belit. Pendekatan  CAT (Kompetensi Bertanggungjawab dan Telus) yang kononnya menjadi prinsip asas pentadbiran kerajaan negeri terbukti hanya wayang semata-mata apabila sekali lagi Lim Guan Eng kantoi dengan Skandal penjualan aset rakyat negeri Pulau Pinang (tanah di Bayan Mutiara) yang mencecah nilai RM10 billion...

Seperti yang kita tahu PDC milik kerajaan negeri telah mengumumkan penjualan 103 ekar tanah yang bernilai tinggi di Bayan Mutiara kepada Ivory dengan nilai RM1.1 bilion. Nilai jualan yang cukup kontroversi..iaitu RM240 kaki persegi kerana tanah tersebut sangat strategik kedudukannya yang berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Persoalan yang pertama ialah bagaimana PDC boleh bersetuju menjual tanah tersebut dengan harga RM240 kaki persegi sedangkan sebelum ini nilai pasaran dan transaksi pembelian tanah di kawasan Queensbay iaitu bersebelahan tanah Bayan Mutiara telah dijual pada harga RM420 sekaki persegi...


Persoalan yang kedua pula ialah bagaimana Lim Guan Eng dan PDC boleh menggunakan penilaian harga tanah yang dilakukan oleh JPPH yang bertarikh 14 Sept 2009 sedangkan dia tahu tarikh tutup tender " yang dikatakan terbuka itu" ialah pada 31 Disember 2010 dan tempoh sah laku penilaian harga tanah yang dibuat oleh JPPH ialah 6 bulan iaitu berakhir pada 14 Mac 2010..


Mengapa perlu menjual tanah tersebut jika PDC mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk membangunkan tanah tersebut untuk kepentingan rakyat secara maksimum...

Persoalan yang ketiga ialah adakah Lim Guan Eng atau mana mana pegawai dalam PDC yang terlibat dengan skandal tanah Bayan Mutiara ini mendapat habuan yang besar atau mendapat pakej percutian mewah  kerana boleh melepaskan tanah rakyat yang sangat bernilai dengan harga yang tidak masuk akal kepada Ivory??

EP harap Lim Guan Eng dan PDC perlu berani menyahut cabaran Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan tampil memberi jawapan yang lebih meyakinkan dengan disokong dengan fakta dan bukannnya dengan menyalahkan pihak lain diatas kelemahan atau penipuan yang telah dibuat...kerana rakyat Pulau Pinang sehingga kini masih lagi menunggu jawapan yang jelas dan nyata kepada semua cabaran dan persoalan diatas, sejajar dengan moto CAT.


1 comment:

Johan said...

Ha ha ha . Bribery and corruption in the blood of DAP... chauvanist kiasu and racist.... supremo.... ha ha preve

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya