Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 12 March 2012

Kelantan Dapat Bantuan Ratusan Juta Tapi Nik Aziz kata Satu sen pun tak dapat




                                       

Status UMNO/BN sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak menghalang daripada terus membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri Kelantan

Hakikatnya ialah rakyat dapat melihat sumbangan kerajaan pusat kepada Kelantan tetapi fitnah dan pembohongan pihak tertentu mengubah persepsi rakyat bahawa Umno dan BN menyekat projek pembangunan dibawa ke negeri ini.

"Bagi orang yang memfitnah menyatakan kita menyekat kerajaan pusat...mereka lalu (jambatan dan jalan raya), mereka guna lapangan terbang; tidak nampakkah mereka, kata Mustafa Mohamed

                                                  
"Rakyat semakin melihat semua sumbangan kerajaan pusat tetapi malangnya fitnah terlalu banyak, maka (wujud) persepsi rakyat Kelantan (bahawa) kita menyekat. Itu tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama.

Dibawah Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, berkata antara projek untuk kesejahteraan rakyat Kelantan ialah pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005.

Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, akan dapat mengatasi masalah kesesakan.

Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka.

Selain itu, kerajaan pusat sedang menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya.

                                                         

Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman)berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta).

Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat.

Kalau kita pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, boleh dilihat kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta

Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Rakyat Kelantan diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pihak tertentu yang semata-mata ingin meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Terkini kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah

Jika agen Pok Nik kata kerajaan puast tak bantu memang fitnah.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya