Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 8 March 2012

Lynas : Kongsi Maklumat Nadir Bumi



Apakah dia  
Nadir Bumi?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. Ia terdiri dari 17 unsur - unsur kimia termasuk unsur semulajadi yang membebaskan radiasi

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.




Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium – 
Bateri Nuklear
Scandium – 
Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium - 
Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum –
 Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium –
 Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium – 
Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium –
 Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium –
 Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium – 
Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium – 
Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium – 
Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik



Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.

Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.

Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini.



Oleh kerana elemen nadir bumi banyak digunakan dalam komponen peralatan termaju seperti bateri kereta hibrid, peranti komunikasi seperti ipad dan peluru berpandu pintar maka nadir bumi dianggap sebagai bahan komoditi strategik. China sebenarnya telah banyak kali menggunakan nadir bumi sebagai ugutan dengan menyekat bekalan bahan tersebut kepada negara yang bertelagah dengan Beijing.

Besar kemungkinan kilang memproses nadir bumi Mountain Pass akan mula beroperasi pada 2012 dan seperti mana kilang Lynas di Gebeng, langkah pencegahan dan keselamatan telah disusun untuk memastikan kemudaratan sisa nadir bumi tersebut dapat dikawal. Sebenarnya telah berlaku kebocoran sisa kilang Mountain Pass pada 1998 dan banyak pengajaran telah dipelajari supaya kesilapan serupa tidak berulang pada hari ini.

Jika hendak dihalang semua teknologi yang mengeluarkan sisa radioaktif, maka secara logiknya penggunaan kuasa nuklear untuk meraih elektrik juga perlu disekat. AS telah belajar daripada kesilapan memberhentikan pembinaan loji nuklear akibat peristiwa kebocoran loji Three Mile Islands pada 1979 kerana hari ini AS jauh ketinggalan dalam hal ini. Pada ketika ini hanya 20 peratus kuasa elektrik AS dihasilkan melalui tenaga nuklear berbanding dengan Perancis sebanyak 80 peratus. Begitu juga dengan penutupan kilang Mountain Pass sebenarnya lebih banyak memberi kemudaratan kepada AS yang mahu menjana kuasa yang lebih mesra alam.



Agak begitu ironis kerana sebahagian besar aktivis yang membantah adalah pihak yang sama memperjuangkan kempen menyelamatkan bumi, sedangkan komponen nadir bumi adalah kritikal untuk peranti mesra alam. Begitu aneh jika ada yang menggunakan peranti ipad untuk menyalurkan maklumat bantahan pembinaan kilang Gebeng, sedangkan nadir bumi yang akan diproses banyak digunakan dalam ipad tersebut.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya