Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 6 March 2012

Maksud PAS & UMNO

                                
 Dalam bahasa Croatia, perkataan PAS membawa maksud ANJING. Manakala dalam tulisan jawi, ejaan UMNO (امنو) bunyinya menghampiri sebutan istilah arab, AMANU (امانو) yang memberi maksud BERIMAN.

                                                       

Rujuk sini : Google Translate



Pasca PRU 12, 2008 sekian banyak bukti menyokong dan menunjukkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) agak tercorot & kerap mengikut rentak & arahan DAP.

Taat setia menurut perintah walau sekalipun kesucian agama dipertaruhkan.

Sifat anjing pula taat pada tuannya, entah apa sialnya kebetulan perkataan PAS dalam bahasa Croatia pula membawa maksud ANJING. Rezeki atau bala?

Berbanding UMNO (امنو) yang banyak bermuhasabah diri, mengakui kelemahan kemudian berani memperbetulkan kesilapan, sikap sedemikian menghampiri sifat orang yang beriman  (امانو) yang menyedari dirinya hanyalah hamba Allah yang tidak sempurna & tidak maksum sifatnya.

Akronim PAS pula berasal ejaan jawi yang ‘di romankan’ (ڤاس) – P (pa), A (alif), S (sin), tapi jika di Melayukan singkatan sebenarnya ialah PIS (Parti Islam SeMalaysia – P (pa), I (alif), S (sin)).

                    
Dalam bahasa Inggeris pula akronim PIS bunyinya hampir sama dengan sebutan perkataan PISS yang bila diterjemahkan semula membawa maksud KENCING.

Barangkali risaukan orang ramai mengetahui sikap PAS yang suka kencing meleret dan memperalatkan agama untuk menipu rakyat, maka akronim PIS yang dekat dengan bunyi PISS di abaikan dan PAS digunakan sebagai identiti hingga hari ini.

Realitinya, hari ini telah terbukti dalam pelbagai isu pokok & perkara yang menyentuh dasar perjuangan PAS, jelas tampak kelihatan agama hanyalah umpama propaganda kosmetik untuk menarik undi khalayak umum.

Sedangkan bila masuk bab pratikal, ia gagal dilaksanakan. Sembang gah mengalahkan bunyi tong drum namun di dalamnya kosong sama seperti simbol kosong pada bendera PAS.

Isu kalimah Allah s.w.t pun gagal dipertahankan dan isu kemurtadan di Selangor juga gagal ditangani, lebih dari cukup untuk menggambarkan slogan yang di laungkan & dasar Islam yang konon diperjuangkan oleh PAS hanyalah kosmetik, temberang & hanyalah KENCING semata-mata.

Manakala itu, dalam satu babak Pendekar Bujang Lapok, lakonan P.Ramle, Sudin & Aziz Satar, ada satu dialog yang diucapkan oleh Sudin yang berbunyi, “Alif, Min, Nun, Wau…. Alif tendang Wau, SARKIS”.
                                      
Ramai orang PAS berpendapat dialog Sudin yang mengeja “Alif, Min, Nun, Wau” itu sebagai SARKIS kemudian ditafsirkan ianya adalah sindiran tersirat terhadap UMNO, walhal dialog selanjutnya sengaja diabaikan – “Alif tendang Wau, SARKIS”.

Fakta menunjukkan watak Sudin adalah seorang yang buta huruf, jadi ia membawa makna tersirat bahawasanya hanya orang buta huruf & buta kayu sahaja yang kerap tidak jelas sesuatu kebenaran kemudian mudah pula menyalah tafsirkan sesuatu mengikut kefahamannya yang terhad.

Dialog Sudin jika ditafsirkan dalam konteks lain, “Alif , Min, Nun, Wau…. Alif (A / U) tendang Wau (O), SARKIS” secara tersiratnya hampir kepada maksud “jika UMNO & orang Melayu gagal BERSATU (U = united) dalam satu saf (O = organisation), natijahnya UMNO & Melayu akan jadi bahan tawa semata-mata (SARKIS)”.

Apapun, apa saja tafsiran atau pemahaman kita berkaitan UMNO & PAS, kenyataannya UMNO kekal teguh mewakili kuasa politik umat Islam sementara PAS pula terus memperalatkan agama demi mengejar keuntungan politik akibatnya habis berkecamuk dasar & arah tujunya.

Dulu, kini dan di masa depan, orang Melayu Islam tetap tekad menolak parti yang memperalatkan agama demi politik kepartian apatah lagi bila parti tersebut memiliki sikap yang menghampiri sifat ANJING yang hanya pandai KENCING saja merata-rata.

3 comments:

Anonymous said...

haha banding maksud croatia dgn jawi, apa punya bangang UMNO,

Anonymous said...

orang tak sekolah baru pandai tulis blog.

Anonymous said...

umno dlm bahasa cina tradisional adalah syaitan... puas....dh nak sgt buat perbezaan pas umno dgn bhsa croatia n tulisan jawi kan? ambek kau..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya