Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 21 March 2012

Malaysia Huru Hara Itu Matlamat Iluminati 2012






Mahukah anak-anak kita mengalami nasib yang sama mereka?






Kemunculan huru hara dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman.

Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan. Negara Arab tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini.

Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana Knights Templer dan armada salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu.

Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama.


demonstran bersenjata?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan demonstrasi jalanan di Syria yang akhirnya menjadi medan pertempuran bersenjata antara demonstran dan tentera kerajaan. Siapa yang bekalkan senjata kepada demonstran? Selayaknya rakyat Syria menumpukan tenaga melawan Israel kerana negara Yahudi inilah yang sepatutnya menjadi musuh mereka. Mengapa mereka begitu bersemangat untuk menjatuhkan pemerintah padahal negara jiran mereka masih lagi huru hara sejak Saddam diguling. Bodoh sangatkah mereka?


siapa dalang yang bekalkan senjata?

Mereka tidak bodoh kerana pada zaman Asad, hampir seluruh rakyatnya dapat keluar dari buta huruf. Ramai yang telah memasuki Universiti. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka telah diperbodohkan melalui pelbagai media terutama saluran internet yang tidak terkawal (sebagaimana di negara kita). Terhasut dengan propaganda dan maklumat palsu oleh agen-agen mereka untuk membenci kerajaan. Kini mereka dibekalkan senjata untuk memerangi tentera kerajaan pula.

Sekarang ini sudah nampak tanda Syria akan mengikuti nasib Libya apabila pemberontak (bukan lagi demonstran) mula melaungkan perkataan "revolusi" dan meminta dunia menumbangkan Presiden dengan alasan kerajaan Syria membunuh orang awam. Ia hanya bermula dari api yang sangat kecil iaitu demonstrasi jalanan.Mulai sekarang kita akan lihat drama Libya merebak ke Syria. Sudah dekat masanya PBB dan NATO masuk campur. Israel tersenyum girang melihat rakyat Syria sibuk berbunuhan sesama sendiri.

Sukakah kita melihat siri huru hara sebegini? Layakkah kita mengangkat para demostran ini sebagai mujahidin dan kematian mereka sebagai syahid? Kita tak suka huru hara tetapi kita juga yang membantu ke arah itu dan bersedia pula dimangsakan. Kenapa? Adakah kita juga bodoh? Tidak, tetapi kita diperbodohkan sebagaimana datuk nenek kita dahulu melalui perancangan Knights Templer (an Illuminati group called the Knights Templar).

Cuba kita lihat, untuk siapa pengorbanan rakyat Syria yang selama ini menjadi penganut Islam yang hidup aman damai? Siapakah yang menjadi batu api dan merancang semua kejadian ini? Rasanya ramai yang dapat memberi jawapannya. Benarkah kita sudah faham percaturan mereka? Kalau ya, kenapa kita ikut menerima kaedah yang mereka tawarkan. Kita juga sudah mula terikut-ikut berdemonstrasi walaupun masih banyak ruang untuk kita bermusyawarah.

Kita wajib menolak hasutan membenci pemerintah seperti yang berlaku di negara Arab. Sudah ada suara-suara provokasi yang mengatakan kerajaan sekarang ini "zalim", serupa dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muammar Gadhafi dahulu. Sama sahaja bentuknya dan media asing pula memberi liputan tidak adil dengan memburuk-burukkan kerajaan. Melalui cara inilah hasutan diselit untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat kepada pemimpin negara sendiri. Mereka sentiasa memasang perangkap untuk bangunkan serangan saraf yang lebih berkesan. Matlamatnya ialah menghasut rakyat bangun memberontak menjatuhkan kerajaan walaupun majoriti rakyat tidak menyetujuinya (majority wipeout).


901


Bersih 2.0

Baru-baru ini kita dimaklumkan berlaku tiga letupan bom dihari demonstrasi 901. Masing-masing menuding jari ke arah satu sama lain. PKR menuduh PERKASA. PAS menuduh UMNO dan UMNO menuduh PKR. DAP, MCA dan MIC tidak pula terlbat. Akhirnya ada yang mengatakan polis yang membuat sabotaj. Untuk apa polis lakukan semua ini? Atas alasan apa? Untuk menangkap demostran? Semua itu tidak masuk akal langsung.

Apa yang lebih meyakinkan ialah ada anasir lain yang masih menyembunyikan diri melakukannya. Alasan yang paling logik ialah huruhara. Rancangan PR untuk mengumpulkan 100 ribu penyokong pada hari itu telah diambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan, percik api sebagaimana berlaku di dunia Arab.

Jika benar hari itu dipenuhi lautan manusia, berapa ramaikah yang terkorban? Dalam huruhara ini akan berlakulah serang menyerang dari kedua belah pihak. Pastinya ia dimulai oleh anasir gelap yang tidak kita kenali dengan menyerang kedua belah pihak. Saya difahamkan bahawa ramai orang Yahudi telah mendarat di Singapura beberapa hari sebelum kejadian. Adakah ia satu kebetulan?

Tidak kira siapa sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang harus memahami perancangan musuh kita bersama untuk api-apikan supaya kita terus bermusuhan. Mulai sekarang jadilah manusia matang. Politik ini hanya untuk mengundi dalam pilihanraya, bukan untuk bertengkar, memaki hamun dan bergaduh. bukan untuk berpecah belah.

Apa yang penting ialah permulaan huru hara, dan selepas itu mereka hanya melihat dari jauh. Kisah Libya, Mesir dan Syria akan wujud di bumi Malaysia. Kita patut bersyukur kepada Allah Subhana wa Taala kerana tidak mengizinkan berlakunya kekacauan pada 9 Januari yang lalu. Dengan izin Allah juga berlaku pula pemecatan Dr Hasan Ali sehari sebelum kejadian, ini telah memperlahankan rentak demonstrasi. Pemecatan Dr Hassan ada hikmahnya. Begitulah Allah memberi pertolongan kepada hambaNya, namun berapa ramaikan dari kita yang bersyukur?

Tidak mustahil ada yang menyangkal pandangan ini dan mengatakan itu semua hanya kebetulan. Namun jika Allah kehendaki, pada hari itu akan berlakulah sesuatu yang amat kita kesalkan. Ramai diantara yang menyertai perhimpunan tersebut adalah orang Melayu dan Islam. Kita pasti akan melihat aksi pergaduhan dan pembunuhan sesama Melayu sesama Islam. Keadaan pada hari ini mungkin berbeza, negara kita telah huru hara, mungkin lebih banyak rusuhan. Saya tidak membuat andaian keterlaluan kerana saya nampak ada unsur subersif seumpama Arab Spring diperhimpunan itu.

Apa yang nyata Allah tidak memihak mereka walaupun seteliti mana pun mereka merancang. Kita kira bernasib baik. Malangnya kita tidak pernah belajar dan mengambil iktibar. Kita masih bernafsu untuk berkumpul untuk demostrasi hanya kerana asakan dan pujukan ketua yang kita sayangi. Kecerdikan kita dinilai melalui keupayaan kita untuk memandang jauh ke hadapan. Sejauh mana kita mampu meneliti bukti lampau sebagai pengajaran.

Bayangkan jika anda diantara yang terkorban kerana letupan bom tersebut, berbaloikah tindakan anda membela DSAI atau Saiful itu. Apa salahnya kita membiarkan mahkamah membuat keputusannya. Jika berlaku kegawatan, ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita mungkin ikut terkorban sama dari pelbagai kemungkinan rusuhan, pergaduhan atau mati jatuh terpijak. Bagaimana nasib kaum wanita yang ikut serta pada masa itu, mampukah mereka melarikan diri dengan selamat? Lebih malang lagi jikalau polis bertindak kasar menahan penunjuk perasaan, keadaan akan menjadi lebih gamat. .

YA. Itulah yang mereka mahu. Itulah harapan mereka kerana masa letupan bom tersebut disetkan ialah pada waktu puncak dimana hakim dijangka selesai membaca keputusannya (anggaran lebih kurang 2 jam). Keputusan pula seperti semua pihak jangkakan memihak Saiful dan DSAI disabit kesalahan, tentu keadaan penyokong DSAI seramai 100,000 orang itu menjadi ribut. Ketika kemuncak kemarahan itulah letupan berlaku. Cubalah anda bayangkan situasi pada waktu itu..

Alhamdulullah, semua itu tidak berlaku sebagaimana yang mereka kehendaki. Kita harus segera berubah. Kita perlu buat hijrah dan tinggalkan acara demonstrasi ini bagi menggagalkan niat mereka. Cukuplah kita gunakan saluran yang wajar sebagai manusia bertamaddun. Tidak kiralah sama ada anda PAS, UMNO, PKR, PERKASA atau NGOs. Usah terikut-ikut emosi dengan membenci satu sama lain kerana ia adalah hasutan syaitan, sama ada syaitan di kalangan manusia ataupun syaitan dari kalangan jin.

Jadilah dan berwataklah sepertimana manusia beriman, kerana hanya manusia beriman sahaja yang dikasihi Allah. Bersabarlah dengan kezaliman jika pun ada kerana itu pembawaan para wali Allah. Yakinlah dengan doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Bukankah kita selalu diberitahu supaya beriman bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang lagi Maha Adil? Adakah kita sudah tidak lagi beriman dengan sifatNya, beriman dengan namaNya? Tidak perlu kita beremosi kerana emosi itu sebenarnya samaran syaitan jin yang bersembunyi dalam jiwa kita. Berubahlah, berilah nasihat kepada rakan dan ahli keluarga supaya berubah sebelum ia menjadi bencana.

Saya menyeru kita semua, berpindah masuk ke pihak Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita keluar daripada pihak penyembah lucifer, Iblis Knights Templer. Kita telah lama dikuasai dan kesemua negara Islam hari ini diperhambakan serta hidup dalam keadaan sengsara. Mereka melaksanakan pelbagai rancangan untuk memusnahkan Islam.

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslimi

Demo Iraq

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Libya

Mesir

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya