Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 6 March 2012

Najib & Anwar, siapa lebih baik memimpin negara?

     


  

 Sebagaimana kita tahu, sekiranya BN menang pada PRU13 ini, insyaAllah jika diizinkan Allah, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan BN akan sekali lagi dinobatkan sebagai PM.


Dan jika sebaliknya, desas desus kuat menyatakan bahawa Anwar akan menjadi PM memandangkan dia kini dilantik menjadi Ketua Pembangkang dan diberikan pelbagai gelaran yang “mulia” oleh individu-individu yang “masih” kuat membodeknya walaupun terus terang tidak percaya pada Anwar lagi.
Buat masa ini, boleh dikatakan Najib mewakili UMNO/BN, manakala Anwar mewakili Pakatan Haram. Inilah calon PM dari kedua-dua pihak yang bertanding kelak.

Persoalan seterusnya, antara Najib dan Anwar, siapakah yang lebih kita relakan mengetuai Kerajaan Malaysia yang bakal menggubal dasar dan masa depan negara untuk sepenggal?
Najib membawa Transformasi dan 1Malaysia, manakalah Anwar membawa Reformasi dan Malaysian Malaysia.
Najib mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, manakala Anwar pula membawa agenda penubuhan negara kebajikan.
Najib dan kepimpinannya kuat membela nasib umat Islam Palestin, manakala Anwar lebih rela “melindungi” Yahudi Israel.

                                                 
                                 
                               

Najib lebih realistik dengan agenda-agenda perubahan ke arah lebih baik, manakala Anwar kecoh menjaja janji ‘bulan dan bintang’ menurunkan harga minyak pada paras RM1.
Najib membawa panji-panji Islam fundamental dan wasatiah, manakala Anwar begitu gah dengan fahaman pluralisme dan liberalisme.
Najib membela bangsa Melayu dan tidak meminggirkan kaum bukan bumiputera, Anwar pula mahu menyamaratakan hak antara kaum yang menghilangkan keistimewaan Melayu dan bergula-gula pada kaum bumiputera di Kampung Buah Pala (contoh).

                                                
Hakikatnya begitu banyak perbezaan antara kedua calon PM ini. Siapa yang lebih layak? Najib sebagai PM Malaysia dan meneruskan kecemerlangannya atau kita lebih rela melihat “pemimpin anugerah Omega” itu menjadi PM?
Saya percaya, menjadikan Anwar sebagai PM boleh diibaratkan bagai menjadikan Benjamin Netanyahu sebagai PM Malaysia. Itulah hakikatnya dan sudah tentu yang pahit itu sangat perit untuk ditelan puak-puak pembangkang, bukan? 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya