Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 21 March 2012

Perancangan Iluminati Sebelum PRU13 di Malaysia



 Formula terbaru Iluminati yang mereka gunakan 

Cipta Boneka + Hasutan + Riot Huru Hara + Campurtangan (Tentera Sekutu US) = Penggulingan

Mereka telah berjaya menggunakan formula ini untuk menggulingkan Iraq, Mesir, Libya dan negara-negara Arab dan Islam yang lain.... Masanya terlalu hampir, waktu pula semakin suntuk sebelum kebangkitan Al Mahdi, hamba Dajjal Iluminati harus cepat bertindak untuk menghapuskan seramai mungkin orang-orang Islam sewaktu mereka bergaduh dan membunuh sesama mereka. Itulah yang sedang berlaku di tanah-tanah wilayah Islam di Arab dan Afrika.

Adakah mereka boleh gunakan formula yang sama untuk menggulingkan kerajaan Islam Nusantara di Malaysia, Indonesia dan Brunei?

Sudah tentu boleh.Yang penting mesti ciptakan isunya terlebih dahulu sebagai persedian 'mencucuk jarum'.Sebagai contoh,dalam isu serbuan ke atas masyarakat Syiah tempoh hari,katakan secara tiba-tiba semua umat Syiah Malaysia keluar beramai-ramai berdemostrasi menentang penindasan ke atas mereka.Segala NGO yang berlabelkan kemanusiaan tampil memberikan sokongan.Kemungkinan jika ini dilayan,bukan sahaja Syiah malah ajaran Ahmadiah,tidak mustahil ajaran Ayah Pin,Rasul Kahar dan 1001 ajaran sesat akan tampil untuk menuntut pembelaan atas nama hak asasi,kebebasan beragama dan kemanusiaan.Keadaan menjadi kalut,ditambah pula dengan tenaga dari parti-parti pembangkang yang buta,pekak dan bisu,hanya tahu menangguk di air keruh tanpa memikirkan kesan dari tindakan mereka yang bertuhankan politik.




Jika keadaan bertambah parah,sudah tentu kerajaan akan tertekan.Para penunjuk perasaan mungkin bertambah agresif.Jadi seperti biasa,kerajaan akan mengarahkan polis dan pasukan FRU tampil 'menenangkan' keadaan.Melihatkan FRU dan warna merah,penunjuk perasaan akan bertambah agresif dan liar.Perlu diingat,anggota FRU dan polis juga manusia,mereka ada perasaan dan harga diri.Apabila mereka dihina,diserang,dibaling dengan objek kasar,maka tidak hairanlah mereka menggunakan senjata yang ada.Gas pemedih mata,peluru getah dan tembakan air akan menyerbu ke arah kumpulan penunjuk perasaan.Penunjuk perasaan semakin marah dan liar.FRU dan polis semakin tercabar,dan kitaran emosi ini akan berlaku berulang-ulang sehingga ada yang cedera dan terbunuh.

Sampai di sini,fitnah dan propaganda akan menjadi senjata paling menakutkan.

NGO-NGO ini akan menghubungi rakan-rakan luar negara mereka.Petisyen dan memorandum akan dibuat.Parti pembangkang pula mengadakan rapat-rapat umum mempengaruhi khalayak akan kekejaman kerajaan.Mereka tidak mengira kesan dan bahaya yang timbul,apa yang mereka tahu ialah jatuhkan kerajaan yang ada sekarang walau apa jua cara sekalipun.Keadaan bertambah panas,para penunjuk perasaan bertambah.Isu minyak naik,barang naik digembar-gemburkan ke tahap maksimum.Rakyat semakin marah.Sekarang kemarahan bukan berpunca dari Syiah lagi,namun hal-hal lain yang terpendam lama.Iran memutuskan hubungan diplomatik.Pada masa yang sama agensi-agensi 'ketenteraan' Iran menyeludup senjata-senjata untuk mempertahankan umat Syiah Malaysia jika berlaku apa-apa yang membahayakan.Umat Islam Malaysia semakin keliru.Ada yang masih terpinga-pinga dan berpeluk tubuh,manakala ada yang telah membeli tiket kapalterbang untuk lari dari situasi yang bermasalah ini ke luar negara.Singapura akan menempatkan banyak intelligennya di sana-sini untuk proses 'sulit'.Parti pembangkang dan NGO yang majoritinya kurang patriotisme dan rasis akan terus mengenakan tekanan.Yang terbunuh semakin meningkat.Kemudian Malaysia diisytiharkan darurat.

Pada masa ini Amerika dan PBB pun mengenakan tekanan ke atas Malaysia atas kapasiti keganasan dan hak asasi manusia.Sekatan ekonomi mungkin akan dikenakan dahulu.Akibatnya kadar inflasi semakin meningkat dan produktiviti berkurang.Pelabur lari dan matawang jatuh.Barangan makanan dan keperluan lain semakin mahal.Malaysia mungkin cuba meminta bantuan OIC,namun seperti biasa,negara-negara Arab ditekan supaya hanya bersikap tunggu dan lihat (oh...I see..) setidak-tidaknya sekadar menghulurkan simpati sahaja.Malaysia semakin tersepit.Pada masa yang sama NGO dan parti pembangkang mempunyai hujah baru;ekonomi yang jatuh walhal mereka tahu ini semua angkara Amerika dan sekutunya.Mereka pun berpiket buat kali kedua dengan gelombang rakyat yang menakutkan,rakyat yang kelaparan dan penuh kemarahan.Perdana menteri,menteri-menteri dan keluarga mereka semakin tertekan.Sampai tahap ini bukan sahaja polis dan FRU malah tentera pun dikerah kerana kini rakyat menubuhkan pasukan tentera gerila untuk menyerbu ke Putrajaya.Tentera dan pasukan gerila rakyat pun bertempur dan ini adalah perang saudara;majoriti yang berperang adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana kaum-kaum lain terutamanya Cina lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.Ini terbukti apabila tampuk pemerintah pembangkang di Perak bertukar ke tangan BN maka yang berhimpun beramai-ramai membantah adalah orang Melayu dan yang memulakan menghina dan memprovok Sultan adalah Melayu,kemudian diikuti oleh kaum-kaum lain yang dahulunya tidak berani memprovok Sultan kini menghamburkan kata-kata penghinaan di dalam ruangan komen,blog dan facebook.

Kelulusan pun dicapai di PBB,dan Amerika berserta NATO pun melancarkan 'air strike'

Yang terbunuh adalah rakyat Malaysia;majoritinya orang Melayu beragama Islam.

Tentera pelbagai negara memenuhi bumi bertuah ini.Tentera-tentera ini bukanlah orang-orang yang baik;bila ada kesempatan,atau melepaskan rasa bosan dan tekanan bekerja,mereka pasti mencari hiburan,lebih-lebih lagi segala tindakan mereka tidak mendapat penentangan.Mereka akan melakukan 1001 jenayah,merompak,menembak sesuka hati,menceroboh,membunuh,merogol,meliwat dan pencabulan hak asasi manusia.Selalunya kes-kes mereka akan ditutup.Ketika ini parti pembangkang hanya senyap tidak berkutik.Apabila Amerika menjalankan proses 'memulihkan demokrasi' antara calon-calonnya ialah sama ada orang Melayu yang berfahaman liberal atau seorang Cina atau dari ras lain yang 'Malaysian Malaysia'.NWO akan me'reset' kembali tradisi politik Malaysia (politik di tangan Melayu),apabila populasi kaum-kaum lain semakin menyamai populasi Melayu Islam ditambah ramai orang Melayu dibunuh dalam peperangan menentang keganasan.Orang Melayu dibunuh kerana mereka beragama Islam dan siapa beragama Islam cepat dituduh sebagai pengganas.Persetujuan dicapai,Malaysia menjadi sebuah republik,sistem raja berpelembagaan dimansuhkan;sultan-sultan dilucutkan kuasanya sehingga hanya menjadi orang biasa dari segi perundangan.Mereka dan kerabat mereka dihalau dari istana-istana atas alasan istana adalah hak milik kerajaan dan dibina menggunakan duit rakyat.Komuniti Syiah semakin bertambah kerana ramai Sunni bertukar mazhab kepada Syiah,seperti biasa hanya Iran yang 'mampu' bersuara mengutuk tindakan Amerika dan sekutunya ke atas Malaysia.Umat Islam Malaysia bertukar 'mazhab' (baca:bertukar agama) kerana patah semangat dan harapan dengan agama yang sekian lama mereka anuti (baca:tidak sabar dan putus asa dari rahmat Allah).Anehnya negara-negara Arab hanya membisu termasuklah Indonesia,kecuali beberapa kerat saudara seIslam di sana yang mengadakan rapat umum membantah serangan Amerika ke atas Malaysia.

SKRIP YANG SAMA BERLAKU KEPADA IRAQ DAN KINI LIBYA TEMPOH HARI.Jadi ini memang tidak mustahil berlaku kepada Malaysia.


Bagaimana untuk mengelakkan ini berlaku kepada Malaysia?

Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.Biar PKR dan DAP hidup segan mati tak mahu di dalam arus politik Malaysia.Jika ini berlaku,lama kelamaan ahli-ahli PKR akan kembali ke pangkuan UMNO dan BN.Maka ini akan mengurangkan pecahan undi Melayu;kembali ke nisbah yang sama sebelum penubuhan PKR-hanya berpecah antara UMNO dan Pas.DAP akan berseorangan,dan ini MENJADIKAN IA TIDAK RELEVAN KERANA KEMBALI MENJADI PARTI BERIMEJKAN RASIS DAN TIDAK POPULAR.Bila ia tidak popular,lama-kelamaan undi kepadanya hanya bersumberkan majoriti kaum Cina sahaja.BN seperti biasa akan menjalankan propaganda memburukkan DAP,sebagai usaha menaikkan kembali MCA dan Gerakan.DAP akan tersepit,seperti biasa kaum Cina akan menjalankan 'undi tidak percaya'.Ini kerana TABIAT BERPOLITIK KAUM CINA LEBIH KEPADA POLITIK EKONOMI DAN PELUANG EKONOMI.Ini nombor satu,barulah kepada isu lain seperti sekolah Cina atau lain-lain.MCA sebagai contoh sudah pasti banyak mendapat dana dari kerajaan maka cukup untuk menarik sokongan kaum Cina kembali.DAP akan semakin lama semakin malap dan kembali kepada status parti yang rasis,tidak popular,miskin isu dan berimej komunis,iaitu imej sebelum PAS dan PKR bekerja sama dengan mereka.



PKR akan bubar,kerana ketandusan isu.Sebenarnya PKR wujud kerana Anwar Ibrahim dan jika Anwar Ibrahim meninggal dunia atau keluar dari politik,PKR SUDAH PASTI AKAN BERKUBUR.Adalah lebih baik Anwar Ibrahim mengundurkan diri kerana dirinya sudah menjadi sarang fitnah dan liabiliti kepada partinya sendiri.Tidak penting sama ada beliau bersalah atau tidak,yang penting beliau sudah semakin tua dan tidak relevan lagi berada dalam politik.Lebih baik beliau berundur diri atau membubarkan partinya,ketika orang Melayu masih mengingati jasanya ketika di dalam kerajaan dan masih lagi kekeliruan tentang skandal-skandal beliau. Sekirannya Anwar Ibrahim lebih masih lagi mahu bertahan, lihatlah akan ada lebih banyak selongkar dan pendedahan aib dan jijik terhadap beliau dan keluarga.

Kini tinggal UMNO dan PAS.Ini lebih mudah untuk diuruskan.Apa yang menjadi kemarahan PAS dan kewujudannya ialah kerana UMNO TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH dalam pemerintahan.UMNO adalah parti Melayu bertunjang sekular dan hedonisme.Namun adalah tidak bijak jika kita bersekongkol dengan DAP hanya untuk menjatuhkan UMNO,yang majoritinya orang-orang Melayu beragama Islam.Tindakan yang bijak ialah bersabar dengan UMNO,berikan contoh yang terbaik dan berusaha berdakwah kepada UMNO supaya ingat Allah dan Rasul-Nya.Mungkin ini mengambil masa yang lama;tidak penting berapa kuantiti ahli UMNO yang insaf,yang penting kita mengambil tindakan yang betul sambil bertawakal kepada Allah s.w.t.Yang beri hidayah adalah Allah s.w.t bukan kita.Kita hanya berusaha.

Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa melihat pada diri pemimpinnya ada sesuatu yang ia benci hendaknya ia bersabar, sebab siapa yang memisahkan diri dari Jama'ah walau sejengkal kemudian dia mati, maka matinya seperti mati Jahiliyyah." – shahih muslim 3428

KESIMPULAN


Jadi apabila terdapat apa yang dinamakan kebangkitan rakyat atau revolusi,kita hendaklah bertanya kepada diri sendiri,apakah kesan dari revolusi ini mendatangkan keredaan Allah s.w.t.Jika tidak,ia adalah revolusi nafsu atau digerakkan oleh proksi-proksi NWO.Libya adalah contoh terbaik setakat ini,apabila kebangkitan rakyat menjadi medan kekacauan dan pembunuhan orang awam.Negara lain akan mengambil kesempatan menceroboh negara kita jika kita tidak mampu mengawal situasi dalam negara.Sebab itu tindakan kebangkitan rakyat di Libya adalah bodoh dan sia-sia.Kebangkitan rakyat adalah berguna jika tersusun dan MENGIKUT NIAT HANYA UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI.Selain itu adalah bodoh dan sia-sia.

Jika anda ingin menjalankan revolusi,anarki atau 'riot' fikirkan tentang ini.Pilihlah,sama ada anda ingin menjadi pejuang kebenaran atau rakyat yang gelojoh.Bukan semua penawar yang mereka tawarkan adalah ubat buat anda.Biasanya mereka akan menawarkan racun,buat hukuman dan amaran tarikh luput kepada boneka-boneka mereka;para pemimpin anda yang korup dan anda sendiri;para rakyat yang bodoh dan gelojoh.

Sabda rasulullah saw:"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya