Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 27 March 2012

Sangat Bahaya!! DAP hanya pergunakan orang Melayu!!



                                                        
Impian besar yang direncanakan oleh DAP menerusi gerakan sangat sistematik dan terancang untuk selangkah menawan Malaysia adalah bukan tuduhan berat dan rasis terhadap DAP. Kerana apa yang mereka telah cita-citakan adalah senada dengan ‘mentornya’ PAP di singapura.
Kini mereka nampak pelik kononnya memperjuangkan orang Melayu dan sebolehnya mereka ingin simpati dan prihatin kepada nasib orang Melayu-inilah cara mereka dalam mengatur strategi bagi menawan hati orang Melayu. Awas kerana apa yang mereka cuba lakukan hanyalah semata-mata memperalatkan bangsa Melayu.


Bukti sebelum ini, DAP lah orang pertama yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sebelum ini, menggunakan nama demokrasi maka mereka lantang mempertikaikan hak keistimeawaan yang sudah menjadi hak mutlak dan terkunci kemas di dalam kitab perlembagaan Malaysia.
Dengan menggunakan Melayu PAS dan Melayu PKR mereka berjaya memperkudakan mereka atas dasar untuk mencapai hajat membolehkan mereka menguasai kepimpinan di peringkat negeri dan sudah pasti hajat besar mereka untuk fokus kepimpinan negara pula. Dengan pengalaman yang sudah terlakar di Perak, kemenangan besar DAP di Perak semasa PRU 12 telah memperlihatkan calon DAP yang menang tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana pra syarat negeri melayakkan hanya orang Melayu yang layak menjadi Menteri Besar dan ini menjadi inspirasi DAP hanya mencari orang Melayu untuk di perkuda selepas ini.

                                          
Dengan menjerut leher Melayu Pas dan Melayu PKR, tugas DAP semakin mudah kerana DAP tidak perlu bersusah payah bertembung dengan Melayu UMNO dengan satu lawan satu kerana mereka hanya menunggang Melayu Pas dan Melayu Pkr untuk memecah belahkan Melayu Umno. Sungguh bijak DAP memainkan peranan dan sebolehnya Melayu akan mereka pijak selepas mereka mendapat mandat untuk mentadbir Malaysia. Lihatlah bertapa kejamnya mereka mengatur strategi dan inilah alat mereka untuk menarik sokongan cina MCA untuk menyokong mereka.

Kini Melayu harus sedar, DAP sanggup membeli sebahagian dari kita demi mempertahankan perjuangan mereka. Pergeseran dan perbalahan antara Melayu kerana fahaman politik melampau telah membuka ruang kepada mereka untuk ‘menanguk di air yang keruh’ dan semahunya mereka mahu Melayu mengelar mereka Tuan kepada negara Malaysia nanti.

                                              
Peringatan yang jelas kepada orang Melayu, 14 negeri yang mempunyai majoriti orang Melayu, jangan sesekali mengadaikan maruah kita sebagai bangsa Melayu bila diberikan janji –janji manis oleh DAP yang bersikap ‘ batu api’ kepada pergeseran orang Melayu.
Kepada Melayu Pas dan Melayu Pkr sedarlah perjuangan anda bersama-sama DAP hanya menguntungkan DAP sahaja, sedarlah kerana tak terpikul bebanan yang anda hadapinya nanti jika DAP sudah mula berkuasa. Janji mereka sebelum ini,adalah alat bagi meraih simpati palsu mereka yang akhir bangsa kita ditindas.

Mereka hanya mahukan Melayu sahaja untuk memakbulkan hasrat mereka dan ini sangat serius bahaya sama sekali-perangi DAP umpama kita perangi pengkhianat kepada negara!! Inilah perjuangan halal kita!!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya