Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 4 April 2012

“Golongan KHAWARIJ mengancam Perpaduan ISLAM di Malaysia”



KHAWARIJ baru yang terdiri dikalangan orang politik boleh menyebabkan golongan ini boleh mengajak penyokong mereka kearah kesesatan, kerana banyak mengamalkan ajaran bidaah dalam islam dan ada kalangan Pemimpin mereka menerima golongan Syiah di Malaysia boleh menyebabkan  ajaran islam terpesong dari landasan yang sebenar.
Golongan Khawarij ini adalah golongan  yang meletakkan hukum keatas orang lain mengikut taksiran sendiri, seperti mengkafirkan orang islam yang bertentangan pendapat dengan golongan mereka.
Nabi s.a.w bersabda ; kata Nabi s.a.w “ Yakruju sayakhrudhumin dhikdhiha darrojul” (akan keluar daripada tulang sulbi lelaki ini yakni Zulkhuwaisirah mereka yang muda usianya hijau usianya tetapi bodoh cara mereka berfikir). Mereka ini kata Nabi s.a.w “ mereka membaca al-quran tetapi tidak melepasi kerengkung mereka” yakni dari sudut praktikalnya mereka tidak mempraktikkan dia ataupun dari sudut kefahaman mereka tidak memiliki kefahaman yang sebenar.Pernah diceritakan oleh para sahabat r.a Ajmain tentang ciri-ciri mereka golongan khawarij ini golongan yang sangat kuat beribadat hingga wujud di dahi-dahi mereka kesan-kesan solat, akan tetapi kata Nabi s.a.w mereka keluar daripada agama seperti mana keluar panah daripada busurnya.
Maka daripada perkataan Nabi s.a.w kita tidak ingin menuduh dan melabelkan kelompok ini khawarij, kelompok ini kafir, tidak. Kita tidak ingin sedemikian rupa. Tetapi kita sayang dan kasih kepada teman-teman dan saudara kita yang kita lihat bercirikan pemikiran tersebut, pemikiran yang sangat serius bahkan ibni masruj r.a pernah menamakan mereka ini anjing daripada anjing-anjing neraka. Ini merupakan perkataan yang serius daripada kalangan sahabat.
Mereka inilah yang bangkit daripada zaman Othman Affan r.a mereka ialah golongan pertama yang melakukan demonstrasi, demonstrasi pertama dalam sejarah Islam dilakukan oleh golongan khawarij.
Mereka bangkit menentang kepimpinan Othman bin Affan sehingga menyebabkan terbunuhnya Othman bin Affan. Kemudian mereka bangkit lagi di zaman Ali dan Muawiyah ketika mana berlaku perselisihan pendapat di antara Ali dan Muawiyah mereka bangkit mengkafirkan Ali, mengkafirkan Muawiyah, mereka berlepas diri daripada kedua-dua orang sahabat Nabi yang dijanjikan batang tubuh mereka syurga Allah s.w.t. Maka betapa seriusnya kelompok ini mereka mengasingkan diri di tempat yang bernama Harura’ dan sebagainya di mana Ali ibni Abi Talib menghantar Ibni Abbas r.a untuk berhujah dengan mereka.
Dan Ibni Abbas apabila mereka sampai di perkampungan khawarij ini lantas Ibni Abbas berkata “lihat kalian, lihat sesiapa yang bersama dengan kalian. Tidak ada seseorang pun yang bersama-sama kalian merupakan sahabat Nabi r.a ajmain. Tidak ada pun di kalangan kalian sahabat Nabi”. Maka perkataan Ibni Abbas dapat kita fahami perjalanan metadologi, pegangan idealogi khawarij ini tidak pernah dianuti dan dipegangi oleh para sahabat r.a ajmain.
Bila kita bercakap tentang pegangan dalam beragama. Tak kira parti mana, kalau berpegang dengan ajaran yang bercanggah dengan prinsip Islam, maka dalam hal tersebut dia dikategorikan sebagai orang yang melakukan kesilapan dan kesalahan.
Masalah yang berlaku pada hari ini apabila wujud sikap menghukum, bila wujud sikap menuduh, bila wujud sikap melabel, ini yang masalah, kerana sikap kita juga mudah dilabel dan kita juga terdedah kepada pelabagai tuduhan.
Golongan khawarij merupakan  kelompok yang mana seperti disebutkan tadi mereka kelompok yang mengkafirkan asas mereka. Mengkafirkan pelaku dosa-dosa besar, itu asasnya. Begitu juga yang kedua asas pegangan khawarij ini mereka akan memberontak kepada pemerintah yang dilantik dengan cara yang sah, Itu sikap mereka zaman berzaman.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya