Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 21 April 2012

Kenapa DAP digelar Kafir Harbi??




                        



Selepas perjanjian Inggeris- Belanda 1824, berlakulah satu perubahan politik yang amat besar impaknya kepada tanah air yang kita diami sehingga hari ini. British mula masuk daun dalam pentadbiran raja-raja melayu sebagai penasihat dan seterusnya menguasai istana dan kuasa sultan.
Pembukaan ladang dan lombong bijih menyebabkan kemasukan rakyat British dari negeri-negeri jajahannya seperti China, Hong Kong, Ceylon dan India.  British juga banyak membina jalan-jalan untuk menghubung ladang-ladang getah dengan bandar untuk membawa hasil mahsul negara ke bandar pelabuhan seperti Port Weld. Port Swettenham, Port Klang dan sebagainya.
Kedatangan kaum cina secara besar-besaran ke Sarawak pula disebabkan oleh Kapitan Wong Nai Siong yang telah mendapat izin daripada Rajah Brooke dan kemasukan berterusan sehingga Sarawak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1963.
Di Semenanjung pula terdapat juga penghijrahan secara sukarela berpunca dari kesusahan hidup di tanah besar, mereka datang menaiki tongkang dan singgah di bandar-bandar pelabuhan utama seperti Keppel Habour Singapura, Port Klang, Port Weld dan Port swettenham.
Di Borneo pula tempat mendarat mereka ialah Kuching,  Sungai Merah Sibu,  Miri, Jeselton dan lain-lain pelabuhan seperti Tawau. Ini belum dikira kemasukan mereka ke Thailand, Filipina dan Indonesia. Cuma yang memberi masalah ialah sebahagian daripada mereka membawa ideologi komunis dan bertujuan untuk menguasai  Nusantara  dengan fahaman komunis.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) penduduk Melayu telah ditanam dengan semangat dan kesedaran anti penjajahan. Ini disebabkan juga kerana Jepun kurang bijak menambat hati orang Melayu seperti yang dilakukan oleh British. Jepun membawa ideologi Asia untuk Asia.
Orang Cina yang membawa fahaman Komunis telah membentuk MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) dibawah kepimpinan Chin Peng turut sama membantu British menentang Jepun. Komunis juga ingin mengembangkan pengaruh mereka sehingga ke Indonesia.
Orang Melayu ketika itu juga banyak menubuhkan pakatan untuk bersama MPAJ menentang Jepun dan selepas berakhirnya Jepun British melabelkan kesemua mereka sebagai Komunis. Shamsiah Fakeh dengan Angkatan Wanita Sedar. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (Rashid Midin) dan banyak lagi pertubuhan lain.
Selepas zaman Jepun juga bermulalah bertelagahan kaum antara Melayu dan Cina dan akhirnya membentuk parti-parti politik mengikut kaum.  Komunis yang mula bertapak di Malaya sejak 1930 mula memusuhi orang Melayu sehingga mencetuskan perang saudara pada tahun 1948. British melabelkannya sebagai darurat untuk membolehkan syarikat perladangan dan lain-lain menuntuk ganti rugi daripada syarikat insurance.  Perang saudara atau darurat berlansung selama 13 tahun, lebih lama daripada  pendudukan Jepun yang hanya lebih kurang 3 tahun 8 bulan.
Penentangan Melayu terhadap Malayan Union telah menyebabkan Umno tertubuh pada tahun 1946.  MCA juga tertubuh dalam suasana yang tertekan kerana sebahagian orang Cina dikurung dalam kem-kem atau kampung baru untuk memutuskan hubungan dengan komunis.  MCA adalah untuk menjaga kepentingan dan perlindungan kepada orang Cina.
Begitu juga dengan MIC untuk membela kebajikan kaum India di ladang-ladang Bristish dan membela nasib pekerja keretapi, PWD dan lain-lain jabatan yang ramai pekerjanya adalah orang India.  MIC lebih kepada ekonomi orang India dalam menuntut pembelaan dalam soal gaji dan kenaikan gaji, kebajikan dan soal-soal lain tetapi tidak langsung menyentuh soal politik dan kuasa politik kaum mereka.
Malaya Union yang diperkenalkan oleh Parti Buruh Britain bertujuan untuk menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada naungan British kepada jajahan langsung British. Menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu dan memperkenalkan konsep jus soli. Jus soli ialah ciptaan barat iaitu rakyat British (cina, India dan lain-lain ) dari negara Komenwel atau yang berusia 18 tahun dan menetap selama 10 tahun diberi kewarganegaraan,
Dipendekkan cerita untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Umno, Mca dan Mca telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dalam segala hal bagi mencapai cita-cita rakyat terutama Melayu untuk merdeka.  Orang Cina, India, Punjabi dan lain-lain keturunan yang sudah lama menetap di Tanah Melayu hendaklah setia kepada raja-raja Melayu, patuh kepada perudangan dan perlembagaan persekutuan, Faham akan adat istiadat orang Melayu, menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Boleh berbahasa Melayu dan tahu adat resam dan pantang larang orang Melayu. Mudah saja syaratnya. Oleh itu wujudkan Perikatan yang memenangi pilihanraya pertama yang diadakan pada tahun 1955.
Bagaimanapun kontrak sosial yang dipersetujui oleh datuk nenek mereka telah ditentang oleh puak-puak dan saki baki komunis dan saki baki MPAJA ini. Apabila Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapore dari Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965 , dua tahun selepas merdeka  bersama Sabah dan Sarawak.
Tunku menyingkirkan Singapore kerana Lee Kuan Yew telah menuntuk jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Tunku melepaskan jawatan kerana alasan LKY ialah penduduk kaum Cina di Semenanjung dan Singapore lebih ramai daripada orang Melayu.
Oktober 1965 sebaik sahaja penyingkiran Singapore Dap ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 18 Mac 1966. Parti ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap Tunku dan juga Umno.  Oleh kerana Dap menentang kerajaan Persekutuan dan menentang dasar-dasar negara dan menentang agama Islam dijadikan agama rasmi maka layaklah Dap dilabelkan sebagai kapir harbi.
Dap mendesak kerajaan Malaysia menjadikan Malaysia sebagai negara Sekular dan menghalang perlaksanaan Hukum dan Undang-Undang Syarie digunapakai. Tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Wakil rakyat Dap Tan Seng Giaw dan Paul Tan dari Majlis Agama-agama telah menyuarakan desakan supaya di isytiharkan Malaysia adalah sebuah negara sekular . Ini telah disuarakan oleh wakil Dap sewaktu seminar Ke Arah Memperkenalkan Undang-Undang Syariah di Universiti Islam Antarabangsa pada bulan Februari 1989, waktu Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Karpal Singh juga dengan angkuh pernah menegur Nik Aziz dan Pas agar terima hakikat tafsiran dan dakwaannya bahawa Malaysia adalah negara sekular dan beliau mencabar jika Pas hendak melaksanakan sebuah negara Islam langkah mayatnya dahulu.
Terlalu banyak keangkuhan dan kebiadapan Dap yang dilakukannya terhadap Islam dan orang Melayu sehingga ke hari ini. Lim Guan Eng pernah pertikaikan pembinaan masjid yang makan jumlah yang besar di Pulau Pinang, dia juga menuntut agar wang zakat di baitulmal diberikan kepada bukan Islam. Teresa Kok meminta agar azan tidak dilaungkan melalui pembesar suara, wang judi lumba kuda diberikan kepada fakir miskin Islam. Ini semua contoh-contoh penentangan Dap terhadap Islam.
Seperti biasa apabila Umno , Mca dan Mic bersetuju dalam kontrak sosial untuk sama-sama merdeka dan mereka menjadi rakyat Malaysia , Pas dengan mudah mengkafirkan Islam Umno kononnya bersama kafir. Nik Aziz dalam pertengkaran dengan Ustaz Mohd Nor Idris di sebuah rumah di Gua Musang juga telah menunjukkan kedangkalan ilmu dan fahaman Islam yang ada pada Nik Aziz.
Ketika Ustaz Mohd Nor menyuruh Nik Aziz bertaubat sebelum mampus kerana menyokong Dap Kapir harbi dengan pantas Nik Aziz menjawab “Mu pun sokong Mca”. Ini jelas menunjukkan Nik Aziz tidak faham akan agenda Dap dan tidak dapat membezakan antara kafir zimmi dan kafir harbi.
Apatah lagi pengikut Pas yang hanya bermegah dengan baju cekak musang dan kopiah putih di atas kepala , pada hal kosong dan cetek ilmu agama. Yang penuh dalam kepala mereka ialah Islam Pas yang diterima melalui kuliah dan ceramah oleh pemimpin mereka sahaja.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya