Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 9 April 2012

Melayu mudah lupa-Tun M


 By Dr. Mahathir Mohamad 

1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).

2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".

3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.


4. "One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.

5. "It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law".

6. Lain padang lain belalang.
  

http://anwaribrahimblog.com/2008/12/12/pkrs-plan-for-the-monarch/ 
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2484#71746

anwar ibrahim sekali lagi menjadi bahan tulisan gap. bukan kerana dia merupakan tokoh badut negara yang perlu dipromosikan dalam blog sebagai senarai badut2 yang akan menyambut pelawat di zoo negara nanti,cuma pada waktu ini...saat ini dia sedang terhimpit dengan permainan 'political animal' nya sendiri. anwar mencipta banyak musuh dan kali ini musuhnya tidak lain tidak bukan ialah bangsa melayu. hanya 8 bulan sahaja anwar perlukan untuk menghancurkan satu persatu hak melayu, hak islam. segala agenda yang memungkinkan pegkhianat ini mencapai matlamat politiknya pasti akan dilakukan.

bermula dengan penghapusan DEB,perhimpunan black 14 yang menetapkan konsensus menghapuskan ketuanan melayu diganti dengan ketuanan rakyat antara isu pemula kekurang ajaran bangsa lain terhadap islam dan melayu. kit siang diajar biadap oleh anwar dalam isu pemilihan mb perak,karpal diajar kurang ajar oleh anwar kepada tengku mahkota sultan kelantan,bar council bermaharajalela bila anwar condong pada mereka dan berterusanlah penghinaan demi penghinaan hinggalah.....pada kongres tahunan PKR baru2 ini..

anwar ibrahim mengistiharkan dirinya kini hang tuah ! USUL MENGEMBALIKAN IMUNITI RAJA DICANANG..setelah puas menghina,menggadai segala hak melayu kini anwar berpusing 360 darjah..kini akulah pahlawan melayu bisik hati anwar. maka bertepuk sakanlah segala sakai2 melayu pakatan rakyat gembira dilihat sebagai hang tuah yang taat pada rajanya! gap ketawa sekali lagi melihatkan melayu pakatan ditipu..sesudah 16 sept tidak berhasil anwar 'mencipta' satu lagi isu bagi mengikat melayu pakatan dan pas untuk terus setia bersama anwar ! 

DISINI IANYA BERMULA.KRISIS 1983 (PINDAAN PERLEMBAGAAN) 

sebelum gap pergi lebih jauh menghentam anwar , maka sewajarnya kita membuat satu perjalanan semula sejarah krisis antara raja-raja melayu dan pemerintah. memang agak berat untuk menghuraikan semula satu persatu krisis pahit ini namun atas dasar sabdaan nabi saw yang menyebut 'berkatalah yang benar walaupun pahit' maka gap huraikan kronologi peristiwa2 penting ini demi kebaikan semua pihak. 

krisis raja2 dan pemerintah bermula sejak di zaman tunku abdul rahman lagi.waktu itu ia dibawah pemerintahan kerajaan perikatan.ia bermula dengan perselisihan pendapat di antara tunku dengan almarhum sultan selangor pada tahun 1963. isunya tentang hak tanah seluas 10 ekar di jalan duta.dalam surat perjanjian diantara kerajaan perikatan dengan sultan selangor ada disebut bahawa sultan selangor tidak boleh menyewakan dan menjual hartanah tersebut pada bila2 masa. sultan selangor menyatakan bantahan ke atas perjanjian tersebut atas justifikasi bahawa tanah 10 ekar dijalan duta itu merupakan tanah milik negeri selangor maka ianya secara automatik dimiliki oleh sultan. perselisihan ini reda beberapa ketika tanpa ada keputusan muktamadnya.

pada tahun berikutnya sultan perak secara indirectly menegur kerajaan negeri dalam titahnya dalam perutusan hari raya haji di masjid kuala kangsar. antara intipati teguran tersebut berkisar kepada keengganan kerajaan negeri menuruti beberapa permintaan istana. sekali lagi krisis ini reda untuk beberapa ketika.

krisis raja2 dan pemerintah panas kembali pada tahun 1981 antara dr mahathir dan sultan pahang yang ketika itu menjadi YDPA. ianya berpunca tentang konsesi balak. menteri besar pahang abdul rahim bakar telah 'diminta' oleh dr mahathir untuk meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan yang cukup serius antara kerajaan dan sultan pahang. 

bermula dengan isu inilah maka dr mahathir telah mengambil langkah berani melakukan PINDAAN PERLEMBAGAAN pada 1983. antara intipati pindaan perlembagaan tersebut adalah :-

MEMASTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA PENGESAHAN KEPADA RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.

sebahagian raja-raja melayu menentang pindaan perlembagaan tersebut.paling ketara ialah sultan pahang yang bertindak selaku YDPA telah tidak hadir dalam majlis mesyuarat raja-raja ke 128 di kota kinabalu. tindakan baginda ini telah menimbulkan protes dikalangan menteri-menteri besar dan ketua menteri. 

menteri besar kedah syed nahar shahbudin telah mengadakan mesyuarat tergempar dikalangan menteri2 besar dengan menyatakan bantahan kepada penyimpan mohor besar raja-raja.mb trengganu wan mokhtar ahmad membuat draf bantahan yang ditandatangani oleh kesemua mb2 dan ketua menteri.

krisi tidak berakhir disitu. mb kedah telah mengadakan rapat umum terbesar bagi menyambut kepulangan dr mahathir daripada kota kinabalu.perhimpunan rakyat itu dihadiri lebih daripada 50 ribu orang dan tatkala dr mahathir menjejakkan kakinya di airport kepala batas pada 26 nov 1983 beliau telah mengucapkan kata-kata penting di depan lautan manusia "KITA TIDAK LAWAN SESIAPA,KITA TIDAK AMBIL KUASA SESIAPA,TETAPI APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN ADALAH MENURUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN'.

perhimpunan di kepala batas merintis kepada perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada keengganan YDPA menandantangani pindaan perlembaan 1983. namun setelah beberapa ketika akhirnya timbalan YDPA sultan selangor telah menandatangani pindaan tersebut mewakili YDPA.

KRISIS TERCETUS KEMBALI.1993 IMUNITI RAJA2 DITARIK .

pada 1 disember 1992 detik hitam bermula kembali. insiden jurulatih hoki maktab sultan abu bakar douglas gomez dipukul oleh sultan johor telah menjadi titik tolak bermulanya krisis kekebalan raja-raja melayu dihapuskan. 

7 disember timbalan ketua polis negara rahim nor dalam pertuduhannya telah menamakan sultan johor sebagai 'orang yang memukul douglas gomes di bukit serene johor'.timbalan perdana menteri ghafar baba telah membawa usul penyalahgunaan kuasa oleh raja2 kepada rakyat. malah ahli parlimen arau YB shahidan kassim telah memberitahu sidang dewan rakyat bahawa keluarga diraja johor telah melakukan 23 kes salah laku sejak tahun 1972.

pada 11 disember 1992 kerajaan telah meminda perlembagaan yang menghadkan kekebalan raja-raja melayu. dalam keadaan yang semakin hangat itu pelbagai kesalahan telah dibongkar. insiden TMJ mendera seorang anggota polis dengan menyuruhnya mengawal kandang anjing di belakang istana dan digelarkan anggota polis tu sebagai anjing telah menggemparkan seluruh negara. 'hanya orang yang kurang waras sahaja sanggup memanggil orang lain sebagai anjing'..itulah luahan kata2 sesal rahim noor bila ditanya tentang insiden tersebut.( patutlah anwar ditumbuk oleh rahim nor dalam lokap dalam insiden 20 september 1998 bila anwar memanggil rahim nor bapak anjing ! )

21 jan 1993 TMJ dihadapkan di mahkamah majistret kerana mendatangkan kecederaan kepada mohd jafar selvaraj seorang penjaga gol hoki. bagaimanapun kes itu selesai dan mangsa hanya mendapat gantirugi sebanyak rm1k sahaja. TMJ dibebaskan dan keputusan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat.

anwar..siapa lagi kalau bukan anwar. kepala munafik ini antara manusia terlicik dalam dunia mengambil peluang di atas insiden orang lain mencapai cita2 politiknya ! 1993 merupakan tahun pemilihan agung umno. anwar yang pada asalnya loyal untuk tidak menentang ghafar baba bertukar pendirian. dan dikala keputusan tidak memihak kepada jafar selvaraju inilah anwar telah mengambil peluang 'mencurahkan minyak kedalam api' .

15 JAN 1993 ANWAR BIN IBRAHIM TELAH MENGGERTAK KESELURUHAN RAJA-RAJA MELAYU DENGAN MENGAJAK SELURUH BANGSA MELAYU MENGADAKAN PUNGUTAN SUARA ... SATU LANGKAH LAGI UNTUK TERCETUSNYA REVOLUSI !!!!!!!!!!!!

MALAH ANWAR JUGA TELAH MENCADANGKAN AGAR KEISTMEWAAN DAN KEMUDAHAN RAJA-RAJA MELAYU YANG TIDAK TERKANDUNG DI DALAM PERLEMBAGAAN DI TARIK BALIK. OLEH KERANA UGUTAN LUAR BIASA INI MAKA MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU DALAM MESYUARATNYA YANG KE 150 PADA 11 FEB 1993 TELAH MEMPERKENANKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MENGHAPUSKAN IMUNITI INI.

SOALAN GAP KEPADA ANWAR ..'KENAPA BAGI IMUNITI DAN BUKANNYA KUASA' ?

anwar pengamal the art of war karangan sun tzu, samalah seperti tun mahathir,lee kuan yew dll nama2 hebat politik dunia. salah satu tajuk popular dalam kitab ini ialah kisah kucing dan tikus. satu ketika seorang panglima di negara china risau akan kelakuan seekor tikus yang bermaharalela membuat kotor di rumahnya.. panglima ini pergi ke kedai menjual kucing,harapannya agar dapatlah kucing yang dibeli menangkap tikus di rumahnya.maka penjual telah memberikan kepada panglima tadi kucing yang pantas boleh menangkap tikus.namun setelah beberapa hari panglima ini datang balik ke kedai tersebut dan memberitahu bahawa kucing ini tidak berjaya menangkap tikus di rumahnya lagi. lalu digantikannya dengan kucing yang lain dan kegagalan demi kegagalan dialami. berpuluh kucing yang dibeli masih tidak mampu juga menangkap tikus tersebut. 

panglima itu berasa kecewa dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dia berjumpa dengan seorang budak yang sedang mendukung seekor kucing yang tidor di pangkuannya.beliau menceritakan masalahnya kepada budak itu dan setelah faham akan masalahnya budak itu memberikan kucingnya yang pemalas itu kepada panglima tersebut.jaminan budak itu tikus pasti tewas di tangan kucing nya ! panglima tersenyum dan kerana tidak mahu mengecewakan hati budak tersebt maka kucing dibawanya pulang. 3 hari berlalu dan kucing itu sentiasa tidur.tikus yang leka dengan kucing tidur tadi terus bermaharalela kerana menyangka kucing tersebut akan senantiasa tidur. sayang nasib tikus tadi malang kerana kucing yang disangka sentiasa tidur itu rupanya sedang memerhatikan gerak gerinya. satu hari seperti biasa tikus tadi lalu di depan kucing yang disangkanya sentiasa tidur,,entah mana datangnya tatkala lalu di depan kucing tadi si tikus terus disambar lalu dimakannya ! maka tamatlah riwayat si tikus mati ditangan kucing yang kaki tidor....

begitulah perumpamaan taktik politik anwar ibrahim. beliau berani memberikan janji imuniti kerana yakin pada satu hari akan tiba masanya raja2 melayu ini akan berbuat silap dan disitulah perangkap akan mengena. strategi memberi satu dan mendapat pulangan sepuluh dalam fikirannya. jika sekarang beliau boleh memberikan imuniti sekurang-kurangnya persepsi bangsa melayu sedikit sebanyak akan memihak pada beliau. dan ini akan pasti membalut luka2 yang tercalar selama 8 bulan pakatan rakyat membuat onar. 

kiranya selepas kekebalan diberikan maka anwar hanya perlu menunggu masa sahaja untuk raja-raja melakukan kesilapan.pada waktu itulah anwar akan sekali lagi mengambil peluang menekan semula raja2 melayu. dan mungkinkah era KETUANAN RAKYAT yang selama ini diidamkan oleh anwar akhirnya akan mengambil alih pemerintahan KETUANAN MELAYU YANG BERPAKSIKAN SULTAN ? inilah strategi politik jahat yang anwar sedang aturkan. percaturan inilah yang anwar telah kemukakan kepada pimpinan DAP dan erdogan. patutlah 10 hari selepas kongres PKR yang mahu imuniti diberikan semula, kita langsung tidak mendengar kata2 bantahan terutamanya pimpinan DAP ! kit siang dan karpal diam seribu bahasa.mereka bersetuju.kerana apa ? kerana sumber dalaman tertinggi pimpinan PKR memberitahu gap bahawa anwar telah elobrate secara detail game imuniti ini kepada DAP ! 

tumbangnya shah iran dan sistem beraja nepal merupakan hasil daripada PENGEKALAN SISTEM IMUNITI BERAJA. bila raja gnaendra melakukan kesilapan demi kesilapan dan beliau KEBAL dalam sistem perundangan maka seluruh rakyat nepal telah memberontak ! dan kealpaan inilah yang dimahukan oleh anwar..memberikan kekebalan kepada raja2 melayu dan yakin satu hari tatkala raja2 melayu ini terleka maka anwar berpeluang menjadi raja di malaysia !

kenapa anwar beriya2 mahu memberikan imuniti dan bukannya mengembalikan kuasa raja ? kerana jika anwar berjanji pada kongres PKR untuk mengembalikan kuasa raja2 melayu maka akan hilanglah sokongan sokongan bukan melayu pada anwar..hilanglah sokongan cina dan india,hilanglah sokongan NGO liberalis,hilanglah sokongan bar council ! selama ini anwar dijulang oleh bangsa2 lain kerana janjinya mahu memberikan hak sama rata, apa juga semuanya sama rata baik hak agama hak bangsa !

peristiwa 1993 sudah berlalu.kini sudah 15 tahun raja-raja melayu tidak memakai pakaian imuniti.hubungan antara raja/pemerintah dan rakyat berada di dalam keadaan yang cukup baik selama ini.kredibiliti raja-raja melayu semakin harum di mata rakyat.sebut sahaja nama raja nazrin kita akan terbayang future YDPA yang hebat.anwar..fatimah puteri nabi saw pun akan dipotong tangannya kalau didapati mencuri.keturunan nabi saw pun tidak kebal wahai anwar maka apa taraf kau menjanjikan kekebalan pada manusia wahai anwar !

ANWAR RAJA2 MELAYU TIDAK PERLUKAN IMUNITI..RAJA2 MELAYU CUKUP SEDAR PERMAINAN POLITIK KOTOR KAMU ! LIHAT SAHAJA PENETAPAN MAJLIS RAJA2 BARU2 INI YANG MEMBERI AMARAN AGAR JANGAN SEKALI2 ISU KETUANAN MELAYU DN ISLAM DIPERSENDAKAN ! BUKANKAH ITU AMARAN CUKUP JELAS DITUJUKAN KEPADA KAMU DAN KONCO2 MU !! KAMU INGAT KALI INI MUDAH UNTUK KAMU GULA-GULAKAN SEKALI LAGI RAJA2 KAMI ! NEHI BETI NEHI...KALAU KAMU ANAK JANTAN WAHAI ANWAR....

GAP CABAR KAMU ANWAR UNTUK BERANI KATAKAN SEKALI LAGI PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BAHAWA ANWAR BIN IBRAHIM DENGAN INI MENCADANGKAN AGAR KUASA RAJA-RAJA MELAYU DIBERIKAN SEMULA !

GAP CABAR KAMU ANWAR KATAKAN, SAYA DENGAN INI MENCADANGKAN AGAR RAJA-RAJA MELAYU DIBERIKAN KUASA PEMUTUS MENGHALANG ORANG MELAYU MURTAD !

GAP CABAR KAMU ANWAR KATAKAN, SAYA DENGAN INI MAHUKAN RAJA-RAJA MELAYU MEMPUNYAI KUASA PEMUTUS DALAM PENGUATKUASAAN ARTIKEL 153 !

GAP CABAR KAMU ANWAR KATAKAN, SAYA DENGAN INI MENCADANGKAN RAJA-RAJA MELAYU MEMPUNYAI KUASA KHAS MENGAWAL SELIA DAN MENAMBAHBAIK SEGALA DASAR-DASAR BERKAITAN EKONOMI DAN SOSIO ORANG MELAYU SUPAYA TERUS KEKAL !

BERANI KAH KAMU ANWAR?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya