Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 20 April 2012

Pas Sanggup Jadi `Kafir’ Dan `Munafik’ Kerana Takut Dihalau Dari BA



                                  Image

Akibat terlalu suka mengkafir dan memunafikkan orang lain, akhirnya tuduhan tersebut berpatah balik kepada Pas. Hari ini, umat Islam Malaysia menjadi saksi kepada kesanggupan Pas untuk menjadi `kafir’ dan `munafik’. Lebih malang lagi, Pas sanggup menjadi `kafir’ dan `munafik’ semata-mata kerana takut dihalau dari Barisan Alternatif (BA).

Benar, New Straits Times dan media perdana yang lain tersilap bila melaporkan “Keadilan, PRM may leave front”. Laporan ini telah ditegur oleh Dr Syed Husin melalui kenyataan akhbar yang disiarkan secara penuh oleh Harakahdaily. Kata Syed Husin, itu bukan apa yang dimaksudkan olehnya.
Sebaliknya, menurut Syed Husin kenyataan yang lebih tepat ialah, jika kata muafakat gagal dicapai kerana Pas tidak mungkin mengubah pendirian, bentuk kerjasama ini perlu diubah.

Boleh baca disini: http://www.harakahdaily.net

Menurut Syed Husin, semua parti yang bersetuju dengan perjanjian ini boleh menyertai pakatan tersebut. “Sekiranya ada parti yang tidak menyetujuinya, mereka bolehlah mengasingkan diri. Terserah kepada Pas atau parti lain untuk menentukan sama ada mereka hendak menyertainya atau tidak.”
Kenyataan Syen Husin ini jelas membuktikan bahawa bukan PRM atau Keadilan yang mahu keluar dari BA tapi Pas sebenarnya dihalau keluar dari BA jika masih berdegil.

Akibat ugutan PRM, Pas jadi serba salah. Reaksi pertama Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang menampakkan yang dia agak emosi sehingga mengeluarkan kenyataan berbunyi, “Pas tidak mempunyai sebarang keinginan untuk mempersoalkan polisi SOSIALIS yang dianuti oleh rakan-rakan di dalam dan di luar BA.”
Bagaimanapun segalanya berubah selepas itu. Mungkin disebabkan ketakutan, Hadi segera membuat kenyataan balas, tetapi kali ini Harakahdaily hanya menyiarkan kenyataan penuh Hadi dalam bahasa Inggeris.
Kata Hadi, Pas sekadar menunaikan `janji’ kepada rakyat negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri lain, termasuklah kerajaan Persekutuan, Hadi menyebut, "Sekiranya Pas diizinkan Allah untuk memerintah, pembentukan Kerajaan Pusat bergantung kepada persetujuan dalam Barisan Alternatif sebagaimana yang dibincangkan.”

Ada beberapa persoalan yang timbul berikutan kenyataan Pemangku Presiden Pas ini.
Pertamanya, adakah kenyataan Hadi ini bermaksud bahawa jika BA tidak mahu melaksanakan undang-undang hudud dan menegakkan negara Islam, maka Pas juga bersetuju untuk tidak melaksanakannya?
Semua rakyat Malaysia tahu, tidak mungkin Lim Kit Siang dan DAP akan bersetuju untuk menegakkan negara Islam. Tidak mungkin Syed Husin yang berfahaman sosialis (saki baki peninggalan komunis) juga mempersetujuinya.

Hishammuddin Rais juga telah membuat satu kenyataan yang menyeru agar semua intelektual, golongan pekerja, buruh dan semua rakyat untuk memikirkan secara serius mengenai pembentukan sebuah negara yang benar-benar demokratik dan sekular (bukan `Islamik’ seperti yang diimpikan oleh Pas).
Jelasnya dengan meletakkan keputusan di tangan orang bukan Islam dan orang yang tidak jelas fahaman Islamnya, bukankah Pas telah melanggar satu prinsip yang benar-benar diperjuangkan selama ini, iaitu "janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali selain orang-orang mukmin. Siapa saja yang berbuat demikian, maka terlepaslah dari pertolongan Allah"?
Bukankah ayat ini yang telah dijaja oleh Pas di merata-rata termasuklah di dalam usrah-usrah dan kursus-kursus latihan mereka?
Bukankah suatu masa dulu Pas pernah mengeluarkan `fatwa’ bahawa haram bagi mana-mana orang Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam, apatah lagi melantik mereka sebagai `wali’ atau pemimpin dalam kerajaan?


Mustahil Hadi Awang dan Pas lupa tentang hadis riwayat Imam Ahmad, yang sering mereka sebutkan di dalam ceramah mereka di kampung-kampung, iaitu, "Janganlah kalian mencari penerangan dari api Musyrikin (yakni meminta pertolongan kepada kaum musyrikin untuk berdepan dalam sesuatu peperangan)"
Lupakah Pas? Perlukah kita ingatkan Pas bahawa amat besar kemurkaan Allah swt ke atas orang yang berkata-kata tapi tidak pula melakukannya?
Persoalan yang kedua ialah, kenapakah Pas yang kononnya begitu gagah perkasa, kelihatan amat takut dengan ugutan PRM? Apa sajalah PRM untuk dibandingkan dengan Pas? PRM bukan parti popular di kalangan orang Melayu.

Umat Melayu yang kuat pegangan dan kukuh pengetahuan Islamnya tidak akan sedikitpun terpengaruh dengan ideologi sosialis.
PRM juga bukan sebuah parti yang popular di kalangan bukan Melayu, kerana ia tidak dapat membantu kaum bukan Melayu untuk mendapat sebarang pembelaan. Jasa MCA, Gerakan dan MIC jauh lebih besar kepada orang bukan Melayu, berbanding apa yang telah dilakukan oleh PRM sejak dari mula penubuhannya lagi.

Bukan senang bagi PRM untuk memenangi, walaupun sebarang kerusi di Kuala Lumpur, sebaliknya Pas memiliki dua buah negeri dan kononnya bakal menawan dua buah lagi neger, iaitu Kedah dan Pahang. Kenapa Pas perlu takut?
Hanya terdapat dua saja kemungkinan dari sikap `takut’ Pas ini. Salah satu darinya ialah, pemimpin-pemimpin Pas sudah merasa terancam dan semakin kehilangan sokongan rakyat Islam dan bukan Islam, Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Pas bernasib baik kerana isu `mata lebam’ menguntungkan mereka. Rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar Pas telah menyokong Pas hanya kerana mereka mahu mengundi BA. Oleh kerana `mata lebam’ bukan merupakan isu lagi, Pas agak gentar untuk berdepan dengan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkin juga ada sebab keduanya. Mungkin `keakuran’ Pas ini hanya sandiwara bermusim Pas untuk memperalatkan BA bagi mendapatkan sokongan orang bukan Islam dan juga penyokong-penyokong BA yang lain. Pas tahu, tanpa `kesepakatan’ ini mereka boleh melupakan hasrat untuk menawan Kedah dan Pahang.

Sikap `bermuka-muka’ Pas sebenarnya bukan asing kepada rakyat Malaysia. Serban dan jubah hanyalah sekadar `topeng’ bagi menunjukkan sifat mereka yang kononnya `beragama’.
Ingatkah kita suatu masa dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah menyebut yang Pas hanya mempergunakan Keadilan, begitu juga sebaliknya? Sebagai orang Islam kita tahu kenyataan Nik Aziz itu tidak Islamik, kerana dalam Islam, kita diajar bahawa sebarang kerjasama sepatutnya harus lahir dari keikhlasan dan semangat bertolak ansur.

Bagaimanapun, sebagaimana sifat seorang ulama palsu, Nik Aziz tanpa sebarang rasa bersalah menghalalkan kerjasama yang tidak diasaskan mengikut prinsip ajaran Islam, sebaliknya dia lebih selesa berkiblatkan ajaran politik Barat yang menghalalkan sikap tidak jujur dan perbuatan mempergunakan orang lain demi mencapai matlamat politik.

Pas amat licik dalam hal `bermuka-muka’ ini. Pas tahu, sekiranya Pas bertindak memungkiri perjanjian yang dibuat pada masa hadapan, Pas akan sentiasa dapat mempertahankan diri dengan meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu rakan-rakan di dalam BA.

Di antara hujah yang mungkin digunakan oleh Pas, ialah, mereka tidak bersalah kerana setiap ahli BA sendiri tidak bersikap jujur dan niat asal masing-masing hanyalah untuk mempergunakan di antara satu sama lain.
Nyatanya, Pas bukan sebuah parti Islam tetapi hanya sebuah parti politik yang boleh bertukar rupa dan berubah warna pada bila-bila masa. Sebagai parti politik mereka tidak pernah mengikat diri mereka dengan prinsip dan hukum Islam yang sebenar – hari ini mereka boleh jadi `munafik’, besok mereka boleh jadi `kafir’.
Demi kuasa, Kerajaan Persekutuan BA sudah hampir pasti menjadi sebuah kerajaan yang perlembagaannya tidak mungkin berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sebaliknya ditentukan oleh logika kelompok sosialis dan sekularis.

Di bawah per`sepakatan’ BA, Malaysia tidak mungkin lagi menjadi Negara `Islam’ Pas sebaliknya akan menjadi Negara `kafir’ Pas. 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya