PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Monday, 9 April 2012

Rasionalisasi Penghapusan PTPTN Dipersoal





Melihat kepada Asas-asas penubuhan PTPTN pada tahun 1997 dimana tujuannya adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% penduduk berumur 17-23 tahun memasuki pendidikan tertiari menjelang tahun 2020. Pengembangan pesat IPT-IPT di seluruh negara telah menyebabkan PTPTN memberi pinjaman hampir 50 Billion kepada pelajar-pelajar. PTPTN sedikit sebanyak telah meringankan beban-beban pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Dengan kos yuran pengajian diberi subsidi hampir 90%, PTPTN lebih kepada membiayai kos sara hidup pelajar2 IPT.

Bagaimana pula dengan pinjaman2 kerajaan negeri?adakah ia nya juga perlu dimansuhkan agar dapat diberi pendidikan secara percuma? Bagi meringan beban graduan-graduan untuk membayar PTPTN, seharusnya peluang-peluang pekerjaan perlu diperbanyakkan bagi menjamin peminjam2 PTPTN dapat membayar hutang mereka serta memberi peluang kepada generasi akan datang untuk menimba ilmu pada peringkat tertinggi.Lihat sahajalah angka-angka di atas ini. Sejak mengambil alih UNISEL daripada kerajaan BN, maka UNISEL telah mengalami kerugian yang teruk sekali iaitu -22 juta.
UNISEL adalah di bawah kuasa Perbadanan Menteri Besar Selangor. Mengapa jadi begini? Ini sebabnya UNISEL rugi, pelajarnya masuk UNISEL bukan untuk belajar tetapi diajar untuk pergi buat kerja politik di atas jalanraya (baca sini).
Jika kerajaan bertukar tangan, amatlah dibimbangi IPTA yang kini ada 20 buah akan mengalami nasib yang sama seperti UNISEL. Hancur institusi pengajian tinggi negara ini jika ditadbir oleh tangan yang salah.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya