PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 4 April 2012

Tun Mahathir kecam Amerika sekat minyak Iran.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit.

Sambil menyatakan tindakan itu tidak wajar, beliau turut menegaskan keadaan itu akan menimbulkan suasana tegang dari skop ekonomi.

“Saya tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat yang mahu melaksanakan sekatan terhadap minyak Iran sedangkan orang lain enggan berbuat demikian.

“Sekiranya negara lain enggan berbuat demikian, mereka akan mengambil tindakan umpamanya menyekat dagangan, mata wang dan pelbagai lagi.

“Amerika Syarikat hendak buat sesuatu buatlah tetapi mengapa perlu paksa negara lain. Cara mereka seolah-olah membuli negara seperti kita tetapi dia tidak berani lakukan terhadap China, India ataupun Eropah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Simposium bertajuk Budaya Global Menghasilkan Perpaduan Sejagat di sebuah resort di Melaka semalam.

Dr Mahathir berkata, kenaikan harga minyak yang berlaku juga disebabkan oleh AS.

“Amerika patut bayar semua kenaikan yang berlaku dan tidak sepatutnya rakyat yang menanggung semua ini.

“Ini tidak adil bagi negara miskin yang terjejas disebabkan kenaikan harga minyak sehingga banyak syarikat penerbangan mengalami gulung tikar,” katanya.

Beliau berkata, di Malaysia terdapat subsidi harga minyak yang diberikan kerajaan, namun ia akan meningkat sekiranya harga minyak terus naik.

“Apa yang dilakukan terhadap Iran hampir sama dengan apa yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini dengan menggunakan alasan kononnya negara terbabit ada membangunkan nuklear,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan AS berkuat kuasa. -SH

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya