Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 5 May 2012

Ketua menteri Melayu di P.Pinang kalau DAP kalah



 Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN: 21 di tanah besar dan 19 di sebelah pulau.
Dalam PRU12 pada tahun 2008, Pakatan menang 29 kerusi – DAP 19, PKR 9, PAS 1 – dan BN 11.
Peta di bawah menunjukkan taburan pengaruh Pakatan lawan BN.
                                       
Kesemua kerusi BN dipegang Umno dan Adun-adun Melayu.
Kesemua kerusi DAP dipegang Adun-adun Cina dan India, tiada yang Melayu.
  • Kerusi Perai (N16) dipegang P. Ramasamy, timbalan ketua menteri (II) iaitu seorang “warlord” DAP.
    .
  • Kerusi negeri yang dipegang DAP di tanah besar (N7, N8, N9) ketiga-tiganya terletak di Bagan, iaitu kawasan Parlimen Lim Guan Eng yang berciri bandar.
    .
  • Juga di tanah besar ialah kerusi negeri DAP N13 dan N15 yang kedua-duanya terletak di Bukit Mertajam, iaitu kawasan Parlimen Chong Eng, ketua Wanita DAP.
    .
  • DAP telah memenangi N19 – sebuah kerusi dekat sempadan Kedah – dengan menumpaskan Tan Cheng Liang, ketua Wanita MCA Pulau Pinang.
Kerusi-kerusi DUN selebihnya yang dipegang DAP adalah terletak di bahagian pulau.
Adun PAS yang seorang itu menang di Permatang Pasir, iaitu sebuah DUN di kawasan parlimen Permatang Pauh.
Daripada 9 kerusi PKR — Adun Cina 5, Melayu 3 dan India 1.
Kerusi PKR: 4 terletak di pulau, 5 di tanah besar. Yang di pulau: Adun Cina dua orang, Melayu dan India masing-masing seorang satu.
Melihat sekali kepada peta, mampukah warna biru muda (kawasan luar bandar dan separa luar bandar) berjaya ditukar supaya menjadi biru tua?
Khususnya adakah boleh BN menumbangkan Pakatan di 5 kerusi yang dipegang PKR dan sebuah lagi oleh PAS di tanah besar?
Timbalan ketua menteri (I) Mansor Othman kalah di Pulau Betong (N39) dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 tetapi menang pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei 2009.
BN tidak meletakkan calon di PRK Penanti dan peratusan yang keluar mengundi hanya 46.15%.
Daripada analisa statistik, nampak benar kemenangan Pakatan di negeri kecil di utara itu diperolehi di atas tonggak undi Cina. Malah Adun PKR Maktar Shapee pun bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang bergalaskan undi Cina.
Penduduk Pulau Pinang berjumlah 1,561,383 orang — Cina 670,400, Melayu 636,100 dan India 153,500. Bumiputera bukan-Melayu seramai 6,100.
Melayu yang tinggal di tanah besar seramai 410,700 orang (49% penduduk) berbanding Cina 287,100 orang (34%).
Melayu yang duduk di pulau pula seramai 226,400 (31%) berbanding Cina 382,400 orang (53%).
Lebih ramai yang tinggal di tanah besar (838,999 orang) dari di pulau (722,384). Kaum Melayu majoriti di tanah besar dan kaum Cina majoriti di bahagian pulau.
Dalam tempoh lima tahun (2006-2010) lepas, etnik Melayu di Pulau Pinang bertambah seramai 38,800 orang manakala etnik Cina bertambah seramai 26,300 orang.
(Nota: Data dari tahun 2006-2009 adalah anggaran dan data tahun 2010 adalah dari Banci Penduduk dan Perumahan 2010.)
Dalam tempoh yang sama juga (2006-2010), jumlah penduduk di tanah besar Pulau Pinang bertambah seramai 22,800 orang manakala di bahagian pulau hanya bertambah seramai 15,900 orang.
DAP membayangkan parti itu tidak memerlukan undi kaum India, katanya
Ketua menteri Lim Guan Eng telah berkata baru-baru ini ketika berucap di jamuan mengutip derma DAP yang berjaya mengaut sebanyak setengah juta ringgit(termasuk dari developer yang murah hati?) bahawa dia memerlukan 90 peratus undi Cina bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu. [Kemaskini: 4.40pm Mac 20, Zairil Khir Johari baru memuatkan rakaman ucapan di YouTube]
Petikan laporan The Star (18 Mac 2012):
“Lim Guan Eng was not exaggerating when he claimed to have the support of 90% of the Chinese in Penang.
The Chinese did make up about 90% of those who paid between RM60 and RM100 per head to attend the DAP’s election fund-raising dinner on Tuesday night.”
Waima Guan Eng dan partinya DAP tidak memandang pun kepada kaum India walaupun masyarakat itu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah penduduk negerinya.
Penyokong DAP berkata ketua Pemuda Umno P. Pinang (gambar atas) lebih hitam legam lagi dari menteri besar yang "hitam metalik" itu
Perangkaan menunjukkan etnik Melayu bertambah pada kadar yang lebih tinggi berbanding etnik Cina, dan pertumbuhan penduduk di tanah besar ialah pada kadar yang lebih tinggi berbanding pertumbuhan penduduk di bahagian pulau.
Namun lebih ramai pemuda Cina yang berdaftar sebagai pemilih berbanding Melayu kerana DAP giat menjalankan kempen pendaftaran.
Memandangkan undi Cina ‘solid’ (kukuh) di belakang DAP, nampaknya jawatan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri tidak akan tergugat pada PRU13 dan PRU14.
Namun sekiranya BN berjaya merampas balik Pulau Pinang (kebarangkalian rendah dalam masa terdekat ini), ianya akan berlaku hanya kerana undi Melayu diberikan solid kepada Umno.
Kesimpulannya jika BN menang di Pulau Pinang, ketua menteri akan dilantik dari kalangan pemimpin Umno (mengimbas kepada sejarah Sabah).
Apapun, keputusan PRU menggambarkan Pulau Pinang negeri yang paling ketara menggaris gejala pemisahan kaum.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya