Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 5 May 2012

Strategi DAP dalam menyusun melayu sertai parti itu.

                             


                                           

''DAP  sedang mengatur strategi untuk memindahkan pengundi dari kerusi yang mereka menang selesa ke kawasan yang dijangka diletakkan calon DAP pada PRU akan datang,

Semua strategi itu dirancangkan, kerana parti itu telah belajar daripada kegagalan wakil DAP menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU-12 disebabkan perlembagaan negeri mensyaratkan jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu.

Bagi orang Melayu terutamanya penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas mereka mungkin sukar mempercayai nafsu besar DAP itu yang jelas sekali cuba mendominasi pakatan pembangkang dengan memastikan seramai mungkin calon mereka menang pada pilihan raya.

Malah mungkin ada yang menganggapnya ia hanya khayalan. Ini memandangkan DAP terpaksa bergantung kepada PKR dan Pas kerana parti itu tidak diterima majoriti rakyat terutamanya orang Melayu.

Namun hakikatnya, itulah yang sedang dirancang DAP bagi menawan negeri-negeri berkenaan dan seterusnya Malaysia seperti mana dilakukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. DAP yang didaftar secara rasmi pada 18 Mac 1966 adalah parti serpihan PAP.

DAP ini sebenarnya sudah lama diperkatakan di kalangan pemerhati politik di negara ini. Ia diperkukuhkan lagi dengan kemasukan bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 2008 yang kini Naib Pengerusi DAP dan senator. Terbaru yang masuk DAP, Zairil, anak bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Mohd. Khir Johari.

Seorang lagi Melayu dalam hierarki DAP sekarang ialah Ahmad Ton yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat. Rata-rata aktivis Melayu dalam DAP sekarang adalah elit bandar berfikiran liberal yang mungkin kurang kefahaman mengenai kehendak majoriti kaum itu.

                                    
Sekiranya ada orang Melayu menjadi Menteri Besar di atas tiket DAP, mereka hanya berfungsi sebagai simbol sahaja kerana kuasa sebenar akan dipegang Exco-exco DAP di belakangnya.

Atas nama demokrasi dan hak sama-rata, DAP secara terang-terangan sering kali mempersoalkan kedudukan serta hak istimewa orang Melayu, jadi kita jangan harapkan pendirian ini akan berubah.

''Jika dilihat sejarah parti ini, memang terdapat orang Melayu dalam kepimpinan DAP. Ada di kalangan mereka yang menang ketika pilihan raya seperti Naib Pengerusi DAP, Ahmad Nor bagi kerusi Parlimen Bayan Baru pada 1990," katanya yang juga bekas Pengerusi Program Sains Politik USM.

                                                 
Menyentuh mengenai hasrat DAP untuk mendominasi pakatan pembangkang, ia adalah strategi biasa setiap parti politik untuk memastikan mereka mempunyai lebih kuasa tawar-menawar ketika pembentukan kerajaan nanti.

Kepada orang Melayu, usah gadaikan maruah kaum sendiri semata-mata kerana terpengaruh dengan janji manis DAP. Lihatlah nasib orang Melayu di Singapura yang terus terpinggir walaupun terdapat di kalangan mereka menjadi calon atas tiket PAP.

Orang Melayu dalam parti pembangkang khususnya PKR dan Pas pula, mereka sepatutnya menilai semula tahap kejujuran DAP itu.

DAP nampaknya mahu lebih kuasa berbanding sekarang. Jadi kaum Melayu jangan menjadi seperti Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya