Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 19 May 2012

Strategi DAP menjatuhkan kuasa Melayu



DAP Mahu Tubuh MCA ( Malay Christian Association )


DAP secara halus sedang merancang mahu menubuhkan MCA (Malay Christian Association) iaitu Persatuan Melayu Kristian.

DAP mendapati manipulasi sentimen Kristian bukan sahaja dikalangan kaum Cina malah jika disebarkan kepada BCA (Bumiputera Christian Association) masyarakat Bumiputera Sarawak boleh memenangkan PRK Parlimen Sibu dulu dan berjaya mendapat 12 kerusi DUN PRN Sarawak.

Modus Operandi DAP dalam menyebarkan MCA ialah Kristianisasi dibuat dengan cara "menggaram dan meragi". Baru-baru ini DAP meraikan BCA di Pulau Pinang atas kejayaan DAP di PRN Sarawak.

DAP demi kuasa dan menuju Putrajaya telah berjaya dengan:
  • Menghasut pengundi Cina bandar membenci pemimpin UMNO dan BN
  • Memecahbelah perpaduan orang Melayu menerusi pakatan dengan PKR dan PAS
  • Menghasut Bumiputera Sarawak, Sabah dan Orang Asli membenci pemimpin UMNO dan BN menerusi Bumiputera Christian Association
  • Menubuhkan Malay Christian Association secara halus dan rahsia

Islam tergugat kerana penularan kes murtad oleh golongan Kristian.

“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, seramai 200,000 orang Melayu Islam murtad dan ini adalah angka tiga tahun lepas,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Beliau berkata sedemikian di forum bertajuk Islam tergugat: Apa tindakan kita? anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Pusat Islam di Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Seramai 200 peserta dari 35 NGO menghadiri perhimpunan pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam Se-Malaysia itu.

Tambah beliau usaha murtad yang dijalankan pihak Kristian umpama usaha menggaram dan meragi kerana ‘kita tidak nampak garam dan ragi dalam makanan tetapi boleh merasanya.

Mengulas lebih lanjut perkara ini, beliau mendakwa bahawa Universiti Malaya pernah menjadi pusat penyebaran agama Kristian ketika beliau berkhidmat di situ dalam tahun 1980-an dan Petaling Jaya pula merupakan pusat gerakan Kristian yang giat mengeluarkan risalah Kristian berbahasa Melayu.

Justeru itu beliau melihat penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu sebagai usaha menyebarkan agama Kristian.

“Kes murtad lebih serius di Johor kerana terdapat MCA di Singapura.”

MCA merujuk kepada Persatuan Kristian Melayu.

Peranan ulama turut disentuh oleh bekas pensyarah tersebut.

Beliau membidas para ulama yang mengungkitkan isu remeh-temeh seperti nikah dalam masjid.

“Sepatutnya mereka bicara isu besar seperti perebutan mayat saudara baru.”

Sementara itu, Zainul Rijal dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia(PPPM) menyatakan bahawa kerisauan beliau terhadap Islam bermula apabila kumpulan pendesak Cina Suqiu membuat tuntutan semasa pilihan raya umum 1999, Suruhanjaya antara agama (IFC) dan writ saman Hindraf.

“Writ itu difailkan pada 31 Ogos 2007 di England antara lain meminta agar Perlembagaan persekutuan memansuhkan sekolah dan institusi agama seperti majlis agama Islam kerana Malaysia, dakwa mereka, negara sekular.”

Selain Ann dan Zainul Rijal, Abdullah Zaik dari Ikatan Muslim Malaysia (IMM) dan Zaid Kamaruddin dari Jamaah Islah Malaysia (JIM) turut menjadi panelis.

Ahli parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dan penulis blog Mahaguru-58, Mohamad Zainol Abideen yang mewakili Perikatan Bloger Muslim turut hadir.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya