Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 7 June 2012

Lupa sejarah punca utama Melayu berpecah.!

                                
                                 



Di Malaysia atau dulunya Tanah Melayu banyak fakta sejarah yang kita tidak tulis atau berselindung jika pun mahu ditulis. Puncanya kerana menjaga keharmonian kaum. Sejarah sebaliknya, tidak mengenalbatasan kaum,bangsa,puak,warna kulit malah agama sekali pun!Siapakah yang berani menafikan sejarah? Jadi mengapa kita harus menipu sejarah demi menjaga hati pihak- pihak tertentu! 

Jika kita semak buku sejarah untuk anak-anak kita atau pun buku sejarah, fakta sejarah yang sensitiviti kaum hanya ada sepintas lalu atau tidak dicatit langsung! Sedangkan ini adalah faktor sejarah yang patut diketahui olih jenerasi akan datang tanpa berselindung! Ini Supaya jenerasi baru tahu apa yang berlaku dan menghormati sesama kaum,celik sejarah,tahu asal usul,peka dan bukan pekak sejarah dan tahu dimana bumi dipijak dan disitulah langit yang harus dijunjung!

Sekadar beberapa Fakta sejarah yang mahu dilupakan untuk renungan!!

1. Kekejaman Komunis Bintang Tiga selama beberapa bulan selepas Jepun menyerah kalah!Perlu paparkan dalam sejarah.

2. Kejadian ‘Hartal’pada tahun1967 di Pulau Pinang oleh peniaga dan kaum tertentu kerana tidak mahu menerima wang kertas gambar DYMM Yg Di Pertuan Agung mengganti wang kertas Kapal Layar untuk satu ringgit,lima ringgit dan sepuluh ringgit gambar Queen dan sawah padi warisan penjajah dan sebagainya.Mereka menconteng wang kertas tersebut kerana tak mahu guna wang ada gambar raja Melayu! Telah terjadi beberapa rusuhan.

3. Peristiwa 13 Mei 1969. Siapa dalang dan Puncanya dan kesannya perlu dimaklum pada generasi muda sebagai satu iktibar bukan menyembunyikan nya!

                                          

                                         
Semuga peristiwa’Interlok’ yang memalukan penulis sastera Melayu tidak berulang dan menular kepada kesusasteraan Melayu yang lain! 


" 13 Mei merupakan satu ingatan berkekalan kepada kita semua tenang bahaya yang akan timbul daripada sikap mengetepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan ,adat resam , dan adat istiadat pelbagai kaum terutaman sekali dalam masyarakat negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama   

                                                                               Tunku Abd Rahman Putra Al Haj 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya