Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 12 July 2012

DAP bakal bertanding 90 Kerusi?

                                        


                                             

KUALA LUMPUR – DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.


Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.


Pas pula yang meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi.


Jumlah kerusi Pas itu sama dengan peruntukan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ‘diturunkan pangkat’ berbanding 97 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum 2008 lalu, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal diangkat sebagai Ketua Pembangkang.


Bagi DAP, ia penambahan 43 kerusi berbanding 2008 sekali gus, meletakkan parti itu dalam kedudukan terbaik dan selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin parti mereka jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya melantik Anwar.


“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.


“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa suarapakatanrakyat.com.


Pada pilihan raya 2008, DAP menang 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi iaitu pencapaian sebanyak 59.57 peratus berbanding PKR yang hanya menang 31 kerusi daripada 97 kawasan Parlimen, manakala Pas pula paling sedikit iaitu 28 kerusi.


Sementara itu, mykmu.net pula berkata, jika pun pembangkang gagal menawan Putrajaya, DAP akan sentiasa berada tiga hingga empat langkah ke depan berbanding PKR dan Pas dalam menentukan hala tuju pakatan, sehingga parti itu layak digelar ‘abang besar’ selepas ini.


Lebih memburukkan keadaan dakwa blog itu lagi, daripada 66 kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, sehingga kini hanya 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’ dan keadaan berkenaan memberi kelebihan tambahan kepada DAP kerana rata-rata calon PKR bukan Melayu.


“Andai kata kuota pembahagian ini kekal dan dengan mengambil kira sokongan masyarakat Cina kepada DAP serta perpecahan undi Melayu, parti itu akan memenangi jumlah kerusi Parlimen lebih besar. Makanya, Pas kekal sebagai balaci dan PKR akan jadi pendokong kuat DAP.


“Ditambah dengan sokongan wakil rakyat PKR yang bukan Melayu, bakal Perdana Menteri bukan Anwar tetapi pemimpin DAP itu sendiri dan kalau pun Anwar dilantik demi untuk menjaga perasaan orang Melayu, ia sekadar boneka seperti mana di Perak sebelum ini.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya