Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 21 July 2012

DAP rasis.!! Halang Syed Mokhtar ambil alih Penang Port!



                               
 
DAP dah mula serang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Paling hebat, diorang canang kat Penang bahawa Tan Sri Syed Mokhtar memiliki hutang sebanyak RM34.4 bilion..!!! Perghhh..!!! Banyak tuuuu..!!!

Rasanya, dah tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa DAP serang Tan Sri Syed Mokhtar secara tiba-tiba, kan? Ye la...Tan Sri Syed Mokhtar tak pernah kacau orang. Dia orang business dan tak interested dengan permainan politik...
Dalam kajian sumber dalaman DAP, aku dapat tahu bahawa diorang serang Tan Sri Syed Mokhtar sebab beliau nak take over Penang Port dari Kerajaan.

Penang Port tu bawah kerajaan, tapi mengalami kerugian lately. Nak tahu kenapa? Khabarnya Penang Port tu rugi sebab banyak kargo yang beroperasi secara "black market".
Siapa dalangnya? Khabarnya ia didalangi oleh tauke-tauke Cina yang kebanyakkannya menyokong dan memberi dana kepada DAP. Bila Penang dapat kat DAP, maka makin seronoklah diorang sebab DAP memang dikatakan dah lama beraksi sebagai "king" dalam hal ehwal "black market" kat Penang Port tu..!
 
                       

                                       Ini kempen DAP bukan NGO!

Pelbagai cara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng bersama aparat aparatnya untuk menghalang daripada pengswastaan Penang Port .Guan Eng dikatakan berpakat dengan pelbagai pihak daripada pemain industri hinggalah kepada NGO NGO yang tidak ada langsung dengan industri perkapalan,pengangkutan dan juga perkhidmatan.

Timbullah gesaan kononnya Penang Port harus diberi kepada syarikat anak tempatan dan diuruskan anak tempatan. Cuba korang fikir gesaan ini keluar daripada pejabat ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP yang semua orang tahu adalah bukan anak negeri Pulau Pinang malah ditendang keluar daripada DAP Melaka dek kerana penyelewengan ratusan ribu ringgit wang kutipan derma.

Bidaan yang terbaik dan tertinggi dimenangi oleh Seaport Terminal Sdn Bhd untuk mengambil alih Penang Port Bhd. Apa yang menariknya syarikat ini berjaya menunjukkan pencapaian terbaik dalam menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan bersaing hebat dengan Pelabuhan Singapura diantara salah satu daripada lima pelabuhan paling sibuk didunia.


Tahap pengurusan dan penawaran yang lebih baik kepada pelanggan membuatkan pelabuhan Singapura terjejas apabila beberapa syarikat perkapalan gergasi seperti MEARSK Liner telah berpindah ke Tanjung Pelepas.

Apa agenda Lim Guan Eng mahu menghalang sebuah syarikat yang terbukti bagus dan berpengalaman berjaya mengalahkan Port of Singapore daripada menguasai Penang Port?

Banyak peluang pekerjaan dan juga! penamba hbaikkan bakal berlaku di Penang Port ,Jika hasrat mengswastakan Penang Port tidak menguntungkan rakyat dan juga pekerja sudah pasti kesatuan sekerja akan menghalang.

98% pekerjanya adalah daripada Melayu dan mereka langsung tidak menghalang malah menyokong. Apa yang tak kena dengan Lim Guan Eng dan regim DAP?
Kesatuan Sekerja Sambut Baik Gelombang Kedua Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang
BUTTERWORTH, 11 Julai (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-pekerja Penang Port Sdn Bhd menyambut baik rancangan kerajaan untuk melaksanakan gelombang kedua penswastaan pelabuhan itu kepada pengendali baru bagi meningkatkan pelaburan swasta.

Presidennya Anuar Omar berkata kesatuan percaya rancangan itu mampu menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan selain mengurangkan beban kerajaan, selain menggalakkan perkongsian awam-swasta.

"Kami menyambut baik penswastaan ini dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan gelombang kedua penswastaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, pihaknya berharap keselamatan dan kebajikan 1,435 pekerja kumpulan sokongan iaitu 98 peratus daripadanya pekerja Melayu diutamakan apabila penswastaan itu dilaksanakan oleh pemilik baru Pelabuhan Pulau Pinang.

Anuar berkata kesatuan itu juga memberi jaminan kepada pemilik baru berkenaan bahawa pengambilalihan itu diterima baik oleh semua warga kerja.

-- BERNAMA


Nama Penang Port bukanlah satu nama kecil di Selat Melaka. Selain dari pelabuhan Melaka, pelabuhan Pulau Pinang adalah antara pelabuhan terpenting di dalam peta geografi Asia Tenggara. Itu fakta.

Namun sejak Guan Eng mentadbir Pulau Pinang, keadaan Penang Port semakin membimbangkan di mana struktur kewangannya mencatatkan kerugian yang agak besar.

Dipercayai ia berpunca dari sabotaj dari Kerajaan pimpinan Guan Eng, termasuk aktiviti pengoperasian haram yang hampir tidak terkawal oleh "tauke-tauke" Cina yang menyokong dan dipercayai memberi sumbangan dana besar kepada DAP pada setiap kali pilihanraya di negeri itu.

Justeru itu maka timbullah cadangan untuk menswastakan pelabuhan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan tersebut dan nama ahli perniagaan bumiputera terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari adalah antara nama yang disebut untuk mengambil alih Penang Port.

Mendengar nama Syed Mokhtar yang banyak mengimarahkan Islam dengan hasil perniagaannya di negara ini, dilaporkan bahawa Guan Eng tidak senang duduk dan bimbang sekiranya Penang Port diambil alih oleh tokoh perniagaan dari Kedah itu.

Berkemungkinan dia takut pengambilan Penang Port oleh Syed Mokhtar akan menghentikan dan menj! ejaskan aktiviti-aktiviti "tauke-tauke" Cina yang menabur dana kepada DAP selama ini, apatah lagi PRU ke-13 semakin dekat.

Maka dia pun menyekat pengambil alihan itu dengan memberi alasan paling tidak profesional, paling bodoh dan sama sekali merugikan jika dilihat dari sudut ekonomi sesebuah syarikat. 


                                                



Sejak akhir-akhir ini wujud perasaan tidak senang hati segelintir kaum lain terutamanya dari DAP terhadap Syed Mokhtar. Tony Pua tidak lama dulu dengan bantuan malaysiakini dan malaysia insider telah berusaha untuk membunuh perniagaan NFCorp dengan mengatakan daging lembu yang dijual mereka beracun. Tony Pua itu juga dengan bantuan anak puaka si Nurul Izzah cuba membunuh perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia. Baru-baru ini pula Tony Pua itu juga cuba untuk memburuk-burukkan Syed Mokhtar. Lihat di sini.

Tidak cukup dengan itu baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang yang berlidah biawak turut mempertikaikan tindakan Syed Mokhtar untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang.  Katanya pihak pengurusan Penang Port tidak mahu orang luar mengambil alih pelabuhan berkenaan. 

Sungguh melucukan....

Orang luar tidak boleh ambil alih pelabuhan, tetapi anak cina dari luar boleh pula mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang ?

Tiada alasan untuk menolak Syed Mokhtar daripada mengambil alih pelabuhan berkenaan kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya menguruskan pelabuhan lain dengan baik. 


Pada masa ini Pelabuhan Pulau Pinang dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Seperti yang kita tahu ada sesetengah entiti perniagaan yang berada dibawah kerajaan sukar untuk mereka membuat untung. Sebab semua pihak yang yang berada dalam entiti tersebut berfikiran untung atau rugi tidak menjadi masalah kerana mereka sentiasa dipayung oleh kerajaan.

Contoh terbaik adalah MAS....

Pelabuhan Pulau Pinang adalah pelabuhan utama di bahagian utara tanah air. Banyak kilang-kilang di Pulau Pinang , Kedah dan Perak bergantung kepada pelabuhan tersebut untuk urusan import eksport kargo. Pengeksport dan pengimport dari Selatan Thailand juga turut bergantung kepada pelabuhan itu. Tetapi pelabuhan tersebut berada dalam kerugian. Sehingga tahun 2010 pelabuhan tersebut menanggung hutang lebih RM 800 juta. Siapa yang tanggung hutang tersebut ? Sudah tentulah kerajaan..... Duit siapa ? Duit pembayar cukai....

Semakin hari rakyat semakin bertambah dan setiap tahun bebanan kerajaan juga meningkat. Mengapa perlu kerajaan nak tanggung semua itu jika ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mengelak kerajaan menanggungnya ?

Sebab itulah kerajaan memilih untuk menswastakan pelabuhan itu. Kenapa pula kerajaan pilih Syed Mokhtar ? Kerana Syed Mokhtar telah membuktikan kejayaan dalam mengendalikan dua pelabuhan di Johor. 

Melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr M, Syed Mokhtar telah membeli Pelabuhan Johor melalui tender pada harga RM 330 juta dari kerajaan. Kemudian beliau bangunkan pelabuhan tersebut sehingga menjadi sebuah pelabuhan yang hebat. Kehebatan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah membuatkan beberapa buah syarikat perkapalan besar antarabangsa yang sebelum itu bertapak di Pelabuhan Singapura telah memindahkan operasi mereka ke Tanjung Pelepas. Saya masih ingat lagi bagaimana marahnya Singapura pada waktu itu. 

Dibawah Syed Mokhtar Pelabuhan Tanjung Pelepas berada dalam keadaan yang cukup berjaya hari ini. Sekarang mereka mengendalikan 6 juta TEU setahun. Apabila syarikat maju pekerja dapat gaji dan kemudahan yang baik. Kerajaan juga dapat pungut cukai daripada syarikat. Situasi menang-menang...

Jika Syed Mokhtar telah membuktikan kejayaannya di Johor, tidak ada salahnya kerajaan hendak swastakan Penang Port kepada beliau.Semuanya untuk menjamin pelabuhan berkenaan agar terus maju dan pekerja juga akan mendapat pendapatan yang baik.

Kita lihatlah bagaimana antara MAS dan Air Asia. MAS berada dibawah kerajaan dan Air Asia milik individu. Setiap tahun MAS rugi dan Air Asia pula setiap tahun untung, sedangkan harga yang ditawarkan oleh Air Asia lebih murah dari apa yang ditawarkan oleh MAS. Sebab apa MAS rugi ? Sebab semuanya bermentaliti mereka dipayung oleh kerajaan. Manakala Air Asia pula perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka tidak dipayungi kerajaan. 

Apabila Air Asia masuk ke dalam MAS , pekerja-pekerja MAS cuba nak buat hal. Sebab apa ? Sebab mereka takut diminta bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan syarikat mencapai keuntungan. Pekerja MAS semuanya dah banyak lemak kerana bagi mereka apa pun terjadi syarikat mereka dipayung oleh kerajaan dan pendapatan serta kemudahan untuk mereka terjamin. Sebab itulah MAS tak boleh maju....dan sampai bila kerajaan nak tanggung biawak hidup tersebut ?

Tetapi saya difahamkan situasi di Penang Port berbeza dengan di MAS. Difahamkan tidak menjadi masalah kepada pekerja-pekerja mereka untuk pelabuhan itu diswastakan. Yang cuba menghalang adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Semuanya kerana sikap rasis. Kemudian bagi alasan kerana Syed Mokhtar orang luar.

Halo Guan Eng, lu kencing dalam tempulung dan lu kasi tilik lu punya muka. Tanya lu punya muka lu mana punya olang ? 

Sama-sama kita doakan kejayaan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.....

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya